Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikan pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, pahit, indah, muram, genting & gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Menjamu Mata Di Bukit Keluang

3 Februari 2019 : Photobooth baru sebagai tarikan pengunjung ke Bukit Keluang, Besut.

Singgah di Pasat Siti Khadijah, Kota Bharu

4 Februari 2017 : Kenangan Singgah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Masjid Selat Melaka

Destinasi wajib kunjungi jika ke Melaka sambil rehat dan solat ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Menyusuri Sungai Melaka

Masa belajar sejarah Melaka di sekolah dulu-dulu, Sungai Melaka dikatakan merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Ia mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai itu merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan banyak lagi sejak ratusan tahun yang lalu.

Masa belajar di SM Sains Melaka sekitar 1981-1982 pula, Sungai Melaka kelihatan macam terbiar sahaja. Malahan Sungai Melaka pernah dilabel antara sungai paling tercemar di negara ini. Namun kini ianya telah dibangunkan semula bagi mengembalikan kegemilangan Sungai Melaka,

Sedikit demi sedikit, wajah Sungai Melaka ditransformasikan sehingga kini, banyak produk pelancongan baru ditambah seperti hotel bertaraf lima bintang, restoran eksklusif dan kedai cenderamata yang banyak dibina di sepanjang sungai.

Transformasi tersebut turut meliputi usaha mengindahkan dan menaiktaraf beberapa jambatan, pemeliharaan perkampun tradisional Melayu iaitu Kampung Morten serta laluan pejalan kaki sepanjang sungai Melaka yang dinamakan River Boardwalk.

Bagi menggalakkan pelancongan atau menyaksikan keindahan Sungai Melaka yang telah ditransformasikan, perkhidmatan bot khas Melaka River Cruise telah diperkenalkan. Ia dikatakan mulai dperkenalkan pada tahun 2008.


Aku berpeluang menaikinya pada petang 25 Disember 2015 yang lalu setelah beberapa kali hasrat tidak kesampaian sebelum ini.

Harga tikernya pelbagai, mengikut kategori orang awam, pelajar, warga emas serta berbeza bagi orang Malaysi dan bukan Malaysia. Perjalanan bukanlah menyusuri sepanjang Sungai Melaka, namun sekadar sebahagian sungai dari muaranya sepanjang 6 kilometer dengan mengambil masa hampir satu jam.

Sepanjang perjalanan, kami diterangkan oleh pre-recorded voice dalam dwi-bahasa, keadaan serta apa yang menarik di kiri dan kanan sungai yang sedang kami susuri. Ia turut diselangselikan dengan music irama tradisional dan lama-lama.

Di atas bot yang pelbagai rupabentuk, dapat dinikmati pemandangan bangunan dan rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

Terdapat juga bangunan-bangunan yang dihiasi dengan pelbagai mural yang tentunya mempunyai maksud yang tersendiri

Menarik juga pemandangan kiri dan kanan sungai walaupun air sungainya masih berbau busuk macam air longkang. Malah dikatakan ada kawasan tertentu, terdapat biawak membiak dan bersantai di bawah mural bangunan. Apakah disebabkan pembuangan sampah di kiri dan kanan sungai.

Dalam pelayaran juga, bot akan melalui 7 buah jambatan yang ditandai namanya pada setiap jambatan tersebut. Antaranya Jambatan Kampung Morten, Jambatan Old Bus Station, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng. Mungkin ada sejarah tersendiri nama-nama tersebut.

Tertanya juga, dimana pokok Melaka, pokok yang dikatakan darinya Melaka memperoleh namanya oleh Parameswara ketika satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja ?

Tapi melaka ada monorail, macam pernah dengo ? Memang dalam perjalanan kelihatan sebahagian railnya. Tapi kenapa sudah terhenti perkhidmatannya ?
Share:

Teruja di Museum 3D Langkawi

Teruja dengan satu tarikan terbaru di Langkawi, Museum 2D Langkawi di Oriental Village Langkawi. Bangunan 3 tingkat yang menempatkan Museum itu telah mula dibuka pada 7 Februari 2015 terletak bersebelahan dengan terminal CableCar.

Kini dikatakan merupakan museum 3D terbesar di Malaysia malah dikatakan kedua terbesar di dunia dengan kira-kira 200 artwork 3D yang dihasilkan oleh pelukis negara Korea. Mengapa korea ? Mereka sahajakah yang ada teknologi ini ?

Mungkin sebab tiket masuknya RM38 bagi dewasa, tidak berapa ramai yang masuk berbanding orang yang beratur dan lama menunggu giliran nak naik skycab.

Sebenarnya setiap satu gambar, diberikan panduan posisiti dimana gambar hendak diambil. kekandang kita tidak tahu apa maksud gambar tersebut, ambil sahaja. Lepas ambil gambar, baru tahu apa yang sebenarnya dimaksudkan.

Terfikir juga, apa kaedah lukisan digunakan sehingga menghasilkan seolah-olah gamabar dalam bentuk 3D.

Bagus juga tidak ramai, mudah nak mengambil gambar kenang-kenangan di dalamnya. Cerita banyak pun tak guna, lihat sahajalah antara gambar dan aksi yang sempat dirakamkan.

Nampaknya ramai juga orang kenamaan dan selebriti telah hadir di sini dan mengabadikan kenangan bersama-sama.

So, kalau ke Langkawi, jangan lupa singgah di sini. Berbaloi ...

Share:

Pengalaman Menaikki ETS

Kalau nak ikutkan, ke Pulau Langkawi yang paling selesa ialah menaikki kapalterbang. Bukan mahal sangat pun tambangnya sekarang, terutamanya kalau beli tiket awal.

Tetapi kali ini, aku nak cuba satu yang baru diperkenalkan iaitu ETS atau Electric Train Service ke utara oleh KTM Berhad. Pernah naik Komuter KTM sebelum ini, tetapi sampai Batu Gajah Perak sahaja.

Perkhidmatan ini sebenarnya telah bermula sejak Februari 2015. Kini ia menjadi pilihan pengangkutan ke utara, sehingga Padang Besar termasuk untuk ke Pulau Langkawi. Mungkin kerana masih baru, coach atau gerabak masih bersih dan baru, tempat duduk bersih dan selesa yang menjadikan perjalanan cukup selesa.

Berhawa dingin, ada tayangan video, wifi percuma yang laju dan tempat meletak barang, selain tandas yang luas dan bersih tetapi unisex. Maknanya tidak membezakan tandas wanita dan lelaki, guna tandas yang sama..

Kantin juga disediakan. Tetapi harga makananya agak mahal. Kalau ikutkan, tidak dibenarkan makanan luar di bawa masuk. Namun belasah ajelah.

Surau juga disediakan. Cukup muat untuk dua orang sekali solat. Seperti juga tandas, surau juga jenis uni-sex. Namun agak sukar untuk berdiri betul ketika solat, ketika ETS bergerak dan bergoyang-goyang.

Perjalanan dari Kuala Lumpur Sentral ke Arau mengambil masa kira-kira 6 jam. Bertolak 9.30pagi dan sampai stesen Arau jam 3.30. Kadar tambang RM 76 sahaja.

Satu keistimewaan menaiki ETS ialah dapat menikmati pemandangan luar yang menarik. Dari bandar, pekan, perkampungan serta ladang-ladang kelapa sawit serta sawah yang luas terbentang.

Kira oklah sistem pengangkutan ETS ni. Pengalaman yang menarik. Harap dapat sesama mengekalkannya, sama ada pihak KTMB serta penumpang juga.
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah