
Buat pertama kalinya aku puasa di Putrajaya setelah berpindah sejak Jun 2009 yang lalu. Apa yang istimewa atau kelainananya ? Mungkin masih sukar nak diceritakan tambahan masih pada awal atau minggu pertama Ramadhan, tetapi ada beberapa pengalaman untuk dicoretkan di sini. Selain daripada makan bersama keluarga, aku kira yang menceriakan Ramadhanku sebelum ini ialah aktiviti di Surau Al-Hidayah. Terasa kerinduan dengan suasana dan kemeriahan surau...