
Pada 1 April 2012 yang lalu, aku berkesempatan mengunjungi apa yang dianggap sebagai satu tarikan baru Kota Kinabalu, Sabah iaitu Rumah Terbalik. Ia dikatakan satu-satunya rumah terbalik ketika ini di Malaysia, malah dikatakan yang pertama di Asia Tenggara. Malaysia Book of Records dikatakan telah mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini. Namun rumah tersebut bukanlah untuk didiami, sebaliknya sebagai tarikan kunjungan...