Sepatutnya hari ini ada program ziarah, tetapi memandangkan hari Jumaat, maka progam ziarah di tunda kepada esok. Namun seperti biasa kami bangun awal untuk ke Masjidil Haram, seawal 2.00 pagi. Lagipun nak ambil keberkatan malam Jumaat. Suasana di Masjidil Haram memang meriah, khususnya di lantai Kaabah. Seperti musim haji sahaja nampaknya.
Sejak jam 10.00 pagi lagi orang sudah berduyun ke Masjidil Haram. Jemaah wanita pun ada jugak. Kelihatan pasukan keselamatan berkumpul seperti untuk mendengar taklimat persediaan apa yang perlu dilakukan pada hari ini.Penyumbang Kesesakan
Selain daripada jualan lambak di tepi jalan yang illegal, kesesakan jalan juga disebabkan orang ramai meletakkan kenderaan di tepi jalan yang bukan kawasan yang dibenarkan. Acapkali kelihatan kereta peunuda penguatkuasa menunda kenderaan lain yang meletakkan kenderaan mereka di tempat yang salah. Tidak pastilah berapa saman yang dikenakan.
Bukit Abi Qubais
Untuk pergi balik Masjidil Haram, memang aku melintasi atau melalui hadapan Hotel Istana Diraja Kerajaan Arab Saudi. Hotel ini selaian menjadi tempat penginapan kerabat diraja Kerajaan Arab Saudi, juga menjadi penempatan bagi pembesar dan tetamu negara Islam lain. Kompleks bangunannya terletak di atas sebahagian daripada Bukit Abi Qubais, berdekatan Bukit Safa.
Ada riwayat yang menyatakan bahawa Jabal Abi Qubais merupakan bukit atau gunung yang pertama diciptakan Allah di permukaan bumi ini. Ibn Abas r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Bumi yang pertama dicipta ialah tapak Kaabah kemudian dilebarkan kawasan sekelilingnya, manakala bukit pertama dicipta ialah Bukit Abi Qubais”.
Diberikan nama Abi Qubais kerana mengambil sempena nama orang yang mula-mula tinggal di situ. Bukit ini juga pernah dikenali dengan sebutan Jabal al Amin atau bukit kepercayaan, kerana mengambil sempena Allah s.w.y telah menyelamatkan batu Hajar Aswad ketika taufan dan banjir bah semasa zaman Nabi Nuh a.s. Hajar Aswad kembali ditemukan oleh Nabi Ibrahim AS atas pertolongan Malaikat Jibril, ketika akan membangun Kaabah yang musnah. Batu-batu dari bukit inilah yang digunakan untuk membina Kaabah oleh Nabi Ibrahim a.s. ketika membina semula Baitullah. Jabal Abi Qubais mengeluarkan kembali Hajarul Aaswad, lalu dibawa oleh Sayyidina Jibril a.s. dan serahkan kepada Nabi Ibrahim a.s.Ketika berlaku Rasulullah s.a.w memperlihatkan mukjizatnya yang membelah bulan menjadi dua bahagian, satu bahagian berada di atas bukit ini dan satu bahagian lagi diriwayatkan di atas bukit Qu’aiqi’an ( bertentangan dekat Bukit Marwah ).
Disebabkan kedudukannya yang tinggi juga, ia menjadi tempat strategik untuk melihat keadaan persekitaran , sama ada ketika berlaku peperangan, rombongan masuk dan menyeru orang ramai. Di atas bukit ini, Nabi Ibrahim a.s dan Rasulullah s.a.w pernah berdiri di bukit ini menyeru kepada umat manusia untuk meyembah Allah. Bilal juga pernah melaungkan azan dari atas bukit ini. Malah ada juga disebutkan Nabi Adam dikebumikan di kaki bukit ini. Waullahu alam.
Tapi yang tak sedap dengar ceritanya, kalau diperhatikan gerbang Masjidil Haram ang menghadap istana, hanya memiliki satu menara dan bukannya dua sebagaimana di tempat lain. Dikatakan jika satu lagi menara dibuat, ia akan menghalang pemandangan Raja kepada Kaabah dari bilk tidurnya. Entahlah.
Bukit Qu’aiqi’an
Mungkin boleh disebut kembarnya. Ia terletak bertentangan dan berdekatan Bukit Marwah. Ketika ini sebahagian bukit ini sedang rancak dibangunkan semulas sebagai sebahagian daripada pembesaran dan pembangunan semula persekitaran Masjidil Haram. Terdapat sekurang-kurangnya dua hadis atau peristiwa yang dikaitkan bukit ini dengan Bukit Abi Qubais. Satu darinya sebagaimana disebutkan tadi iaitu ketika peristiwa mukjizat terbelah bulan.
Munajat di Kawasan Saie
Dua anakku yang period, kami bawa juga ke Masjidil Haram semasa solat Maghrib dan Isyak. Yealah, sekurang-kurangnya boleh berzikir dan bermunajat sambil melihat-lihat Kaabah di celahan tiang dalam masjid. Kami difahamkan bahawa wanita yang period, boleh berada di kawasan saie, antara Safa dan Marwah kerana dianggap di luar Masjidil haram.
Seperti biasa, solat Maghrib dan Isyak kali ini aku dapat berada di lantai Kaabah lagi. Tetapi antara keduanya aku ke tempat saie dimana anak-anak berada. Di sana agak sejuk sikit sebab ada air-cond dan kipas.
1 Komen:
melihat Jabal Abi Qubais,terkenang hotel murah dar-al-kamar tempat kami tinggal semasa umrah dulu.betul2 setentang dgn bukit tersebut...lepas terowong tu.
Post a Comment