Pulau Langkawi dan Pulau Labuan adalah merupakan Pulau Bebas Cukai, sebagai satu usaha kerajaan untuk mengalakkan industri perdagangan dan pelancongan. Atau senang sikit, nak ‘majukan’ pulau berkenaan. Barangan bebas cukai ialah semua, kecuali petroleum serta barangan petroleum. Mungkin ada barangan lain tapi, itu tak pastilah. Bagi menikmati pengecualian cukai tersebut, pengunjung atau pelancong ke pulau-pulau tersebut perlu berada sekurang-kurangnya 24 jam di Labuan dan 48 jam di Langkawi. Yang dibenarkan pun ada syarat had-had tertentu, umpamanya kain batik tidak melebih 3 helai setiap orang. Kalau beli kereta pula memang murah, tetapi nak bawak balik ke Semenanjung atau tanah besar, ada syarat-syaratnya. Tapi kalau melewati Pegawai Kastam kat airport atau jetty lalu di tanya "Banyak barang encik borong?". Jawab aje, ‘Semua guna sendiri, bukan nak jual, bagi adik beradik sedara mara serta jiran’. Rezeki baik selamat tanpa cukai. Kalau kena pun mintalah tawar reganya. Pulau Labuan merupakan merupakan sebahagian daripada Wilayah Persekutuan atau di sebut juga sebagai Wilayah Persekutuan Labuan. Ia merangkumi keseluruhan pulau yang mempunyai keluasan 98 km persegi sahaja berbanding Langkawi, 528km persegi. Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba terutamanya pulau yang berhampiran. Terdapat 5 pulau sekitar Labuan, berbanding Langkawi mempunyai 99 pulau ketika air pasang dan 109 ketika air surut. Namun Labuan lebih ditonjolkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) sejak 1990 manakala Langkawi lebih kepada industri pelancongan dan ditambah dengan mitos serta lagenda Mahsuri. Labuan dikatakan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".


Aku rasa tidak terfikir untuk ke sini lagi, berbanding dengan sudah tentunya Langkawi !!!!
0 Komen:
Post a Comment