Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

01Mac : Walk-Of-Fame, 3-in-1 Museum

Memang Hollywood terkenal dengan industri hiburan dan perfileman. Banyak tarikan di sini pun berkaitan dengannya. Ini temasuklah muzium yang banyak terdapat di sini. Muzium tersebut bukanlah besar dan gah seperti Muzium Negara di Malaysia, tetapi sekadar menghimpunkan koleksi tertentu yang mempunyai tarikan dan nilai komersial.

Aku sempat mengunjungi 3 muzium yang menawarkan beli satu tiket pada kadar istimewa untuk ketiga-tiga muzium tersebut. Mungkin jika kita tidak minat atau tidak pernah mengikuti perkembangan sedikit sebanyak dunia perfileman dan hiburan, Hollywood tidaklah suatu yang begitu istimewa yang ingin dikunjungi.

Hollywood Walk Of Fame
Hollywood Walk Of Fame merupakan satu lagi tarikan pelancung di Hollywood kebetulan berdekatan dengan tempat penginapanku. Ia merupakan laluan pejalan kaki di sepanjang Hollywood Boulevard yang mengandungi kira-kira 2,500 terazzo dengan bintang 5 bucu.

Bagi setiap bintang tersebut, ternama nama-nama mereka yang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam industry hiburan seperti pelakon, pemuzik, pengarah, penerbit dan pemuzik. Walk of fame diuruskan oleh Hollywood Chamber of Commerce dan diselenggara oleh Hollywood Historic Inc.

Segalanya bermula pada tahun 1953, apabila President The Hollywood Chamber of Commerce iaitu E. M. Stuart, mencadangkan idea mewujudkan Walk of Fame. Stuart mencadangkan Walk Of Fame dengan maksud untuk "maintain the glory of a community whose name means glamour and excitement in the four corners of the world”.

Tahun 1955, konsep asas dan rekabentuk umum dipersetujui oleh Los Angeles City Council. Pada Ogos 1958, lapan nama bintang pertama diabadikan sebagai permulaan.

Sehingga Disember 2014, terdapat 2,538 bintang dengan jarak setiap satunya sejauh 6kaki. Ketika ini, untuk mengabadikan nama di Walk Of Fame bukan suatu yang mudah. Setiap tahun 200 pencalonan dibuat kepada Komiti Pemilihan dalam Hollywood Chamber of Commerce.

Pencalonan mesti mempunyai pengalaman 5 tahun dalam kategori industry hiburan. Daripada pencalonan tadi, hanya 20 penama dipilih pada bulan Jun. Yang terpilih bukan setakat bersetuju dengan bayaran USD 30,000 yang dikenakan, tetapi juga mesti menghadiri pelbagai majlis berkaitan penyampaian bintang tersebut dalam masa lima tahun.

Namun apalah yang istimewanya sangat nama diabadikan di Walk Of Fame ? Mungkin peminat mereka akan bergembira melihat nama bintang pujaan mereka di Walk of Fame dan ambil gambar bersamanya ?

Boleh tak buat yang seumpamanya di Malaysia ? Aku raa sekejap aje lepas pasang, sama ada kena kopek atau pecahkan. Terutamanya kalau artis tersebut buat hal, kena tangkap basahke, isap dadah, mulut celupar ke atau terlibat dengan jenayah ? Huhu ...

Kesibukan Laluan Walk Of Fame
Siang dan malam sentiasa sibuk. Sibuk dengan orang ramai yang mencari dan hendak melihat sendiri selebriti pujaan masing-masing untuk bergambar agaknya.

Juga sibuk dengan pelbagai ragam karaktor-karaktor filem mencari rezeki menerusi tips daripada pengunjung khususnya yang hendak bergambar dengannya.

Juga sibuk dengan aktiviti jual beli secara langsung ataupun daripada pelbagai kedai kekal yang terdapat di sepanjang Walk Of Fame.

Sebagai daya tarikan atau mungkin pelaris, sesetengah kedai memperagakan patung-patung personaliti di hadapan premis msreka

TCL Chinese Theatre
TCL Chinese Theatre merupakan pawagam yang terletak berdekatan dengan Walk Of Fame. Asalnya dibuka pada tahun 1922 kemudian bertukar nama mengikut pemiliknya hinggalah nama kini.

Yang menarik perhatian ramai ialah terdapat pelbagai set blok konkrit di halaman theatre ini yang di atasnya terdapat kesan tapak tangan, tapak kaki dan tandatangan personality popular khususnya dalam bidang perfileman sejak tahun 1920an sehingga sekarang.

Seperti biasa, ada yang mengambil kesempatan membuka gerai jualan cenderahati di sekitar pawagam ini. Memang orang sentiasa ramai di sini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dikatakan banyak diadakan majlis meletakkan batu konlrit ini khususnya yang dibiayai oleh syarikat perfileman untuk tujuan publisiti atau pelancaran filem baru atau mock ceremonies.

Hollywood Wax Museum
Juga terletak di Hollywood Boulevard di Walk Of Fame, terletak Hollywood Wax Museum yang merupakan wax museum yang paling lama beroperasi di USA iaitu mulai 1965 dan berterusan 50 tahun oleh pemilik yang sama.

Di negara kita yang popular adalah d i-City Shah Alam dan Penang.

Museum ini menempatkan patung-patung lilin selebriti Hollywood tersohor yang selama ini sering muncul di layar perak, lalu diciptakan semula seolah-olah ianya hidup di hadapan kita.

Antara patung yang terdapat disini mengikut kategori ikon Hollywood yang merupakan selebriti red carpet seperti Helle Berry, Ben Affleck, Angelina Jolie, Matthew McConaughey, Jude Law, Hugh Jackman, Samuel L. Jackson, Gwyneth Paltrow dan Johnny Depp.

Bersama Mickel Jackson. Sama tak gaya ? Ini kira sure tipu sebab beraksi dengana yang telah mati.

Jadi boss kepada Charlie Angel, siri popular TV yang kemudiannya di filemkan.

Apa khabar Wak President ? Aku yakin, patung ini ini dibina mengikut skala sebenar ketinggian orangnya.


Untuk kategori Bintang Klasik pula terdiri daripada Marilyn Monroe, Charlie Chaplin dan John Wayne.

Manakala daripada 100 teratas filem sepanjang masa pula King Kong with Jack Black and Naomi Watts, Mission: Impossible II with Tom Cruise, Titanic with Leonardo DiCaprio and Kate Winslet, Men in Black with Will Smith and Tommy Lee Jones, Terminator 2: Judgment Day with Arnold Schwarzenegger dan Forrest Gump with Tom Hanks

Museum Ripley's Believe It or Not! Hollywood
Suatu ketika dulu agak popular di TV rancangan Ripley's Believe It or Not. Entah ada lagike tidak sekarang.

Tetapi asasnya ialah ia merupakan himpunan peristiwa, barangan, item atau apa sahaja yang kelihatan ganjil dan luar biasa yang dilakukan oleh pengasasnya iaitu Robert Ripley.

Susunan bahan pameran dalam museum ini sungguh banyak dan padat. Robert Ripley merupakan seorang pengembara, pengumpul, wartawan dan seorang yang sukakan adventure. Beliau telah mengembara ke 201 buah negara dalam masa 35 tahun mencari kelainan, yang luar biasa dan yang sukar diperjelaskan.

Apa yang menarik dalam gambar di atas ialah gambar tersebut terhasil dari setem serta kepala peniti yang bulat tu.

Selain rancangan TV, ia juga telah dipersembahkan dlam pelbagai format seperti rancangan radio, buku komik, pelbagai siri buku serta muzium. Yang di Hollywood hanyalah merupakan salah satu daripada pulohan muzium seumpamanya di serata dunia.

Tetapi mereka mendakwa, yang di Hollywood menempatkan koleksi terbesar dari selebriti klasik Marilyn Monroe.

Dikatakan beliau memerlukan 2 jam untuk bersolek di hadapan cermin sebelum tampil melakukaan persembahan atau muncuk di khalaya ramai !!!

Walaupun bukan luas sangat muzium, tapi aku sudah mula letih. Ada satu lagi hendak dikunjungi selepas ini. Yalah, ini ketiga dan 2 muzium dah dikunjungi sebelum ini. Dah tak larat nak baca kisah yang dipaparkan.


Model orang yang mempunyai dua anak mata dalam setiap mata kiri dan kanannya. Pelikkan ?

Memang banyak yang pelik-pelik dipaparkan di sini serta membuatkan aku tertanya-tanya, betul ke ni ? Ke sesaja nak buat cerita.

Dengan bahan pameran dan artifak yang banyak, bagaimana mereka menghimpunkannya. Mungkin satu yang original, tapi di muzium lain ianya sekadar replica.

Hollywood Guinness World of Records Museum
Hollywood Guinness World of Records Museum juga terletak dekat dengan Hollywood Walk of Fame dan Hollywood Boulevard. Ia menempatkan koleksi gambar, video dan artifak yang mewakili ribuan fekod dunia dalam pelbagai bidang kehidupan manusia.

Pelbagai rekod dunia cuba dipamerkan dalam museum ini, tidak terhad kepada dunia glamour perfileman dan hiburan. Ini termasuklah sukan, pengembaraan angkasa, makanan, teknologi, fenomena semulajadi dan tingkahlaku haiwan.

Aku cukup tidak puas hati dengangabar di atas apabila Petronas Twin Tower tidak termasuk dikalangan bangunan tertinggi di dunia. Mungkin mereka tidak update agaknya bagi menampakkan Amerika saja yang terbaik !!

Mulalah aku persoalkan dalam hatiku tentang kesahihan maklumat atau fakta bahan pameran lain.

Berbanding dengan dua muzium sebelum ini, nampaknya persembahan dalam muzium ini kureng menarik atau aku yang sudah keletihan. Perlu banyak membaca tulisan-tulisan kenyataan apa bahan yang dipamerkan.



Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah