Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikan pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, pahit, indah, muram, genting & gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Menjamu Mata Di Bukit Keluang

3 Februari 2019 : Photobooth baru sebagai tarikan pengunjung ke Bukit Keluang, Besut.

Singgah di Pasat Siti Khadijah, Kota Bharu

4 Februari 2017 : Kenangan Singgah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Masjid Selat Melaka

Destinasi wajib kunjungi jika ke Melaka sambil rehat dan solat ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Warna-Warna Nilai Square



Share:

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 - II

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 menutup tirainya hari ini dengan kunjungan oleh Perdana Menteri untuk sesi pembacaan buku 'Menakhoda Zaman" karyanya di gerai Institut Terjemahan Negara ( ITNM ). Tahun hadapan jumpa lagi dengan cabaran untuk mengekalkan rekod tahun 2010 ini. Pesta Buku telah berlalu, sekarang masa untuk membaca pula.

Semalam, aku ke sana sekali lagi bersama isteriku atas dorongan kuat untuk menyaksikan pelancaran buku "Polemik Isu Kalimah Allah" anjuran Kemilau Publika Sdn Bhd. Namun aku kecewa, sebab pelancar utamanya tidak dapat hadir kerana dikatakan ada program lainyang terpaksa dihadiri pada saat-saat akhir. Kalau aku tahu awal, mungkin aku tidak ke sana pada hari tersebut.

Aku agak terkejut apabila pengacara majlis pelancaran adalah Sdra Baharuddin Ali Masrom atau BAM yang ku kenali semasa sesama belajar di UKM 25 lebih tahun lalu. Tak sangka pula jumpa semula, hidup lagi dia. Masa belajar dulu, dia dulu memang orang kuat dengan pengaruh Anwar Ibrahim yang berselindung di sebalik ABIM, seangkatan dengan Sdra Mustafa Kamil Ayyob yang kini sebagai Naib Presiden Keadilan.

Sekarang macamana ? Lepas grad dia dikatakan bergiat cergas dalam UMNO sehinggalah krisis Anwar Ibrahim yang dipecat dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menyebabkan beliau turut sama dengan Parti Keadilan Rakyat ( Keadilan ). Belia diberitakan pernah menjadi Ketua Keadilan Tanjung Karang, tetapi kemudian memohon untuk masuk semula UMNO semasa kempen ketika pilihan raya kecil Parlimen Teluk Kemang dahulu. Sekarang ? Penganjur memaklumkan kepadaku, baru 3 bulan lepas dia join PAS !!!

Ada beberapa perkara yang menarik diperkatakan oleh pengulas serta penulis buku semasa pelancaran tersebut. Antaranya Ustaz wan Ji menjelaskan betapa istilah atau nama negeri Melaka juga dikatakan diambil dari perkataan Arab 'Malakat' yang bererti tempat pertemuan dengan merujuk kepada pertemuan pedagang pada ketika itu.

Bagi pelajar sekolah Tingkatan 1 sekarang, mereka telah ketahui hal ini. Tapi aku yang dah lama meninggalkan bangku sekolah, mungkin ini dianggap suatu yang baru.

Selepas pelancaran, biasalah bagi hadirin untuk mendapatkan tandatangan daripada penulis sebagai 'azimat' serta kenang-kenangan. Kelihatan rakanku Berlingo Merah turut sama tidak melepas peluang mendapatkan tandatangan daripada penulis Dato Mokhtar Petah

Sebelum bali, namapaknya aku bertuah kerana berpeluang bertemu dengan penulis buku parenting islamik yang tidak asing lagi di gerai Galeri Ilmu, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Beliau juga dikenali menerusi laman blognya iaitu di http://saifulislam.blogspot.com.


Share:

Menghadiri Majlis Jamuan Bagi Mengutip Derma

Pada malam 19 Mac yang lalu, aku berkesempatan menghadiri satu program jamuan perdana bagi mengutip derma pembinaan sebuah kompleks pendidikan islam. Program diadakan di sebuah hotel ternama di Putrajaya. Aku sebenarnya diajak hadir oleh seorang temanku, Kudin yang ‘membeli’ sebuah meja bagi syarikatnya sebagai satu cara menyumbang untuk tabung pembinaan tersebut. Kira dapat makan free sebenarnya.

Agak menarik juga program yang seingatanku, pertama kali pernah aku hadiri seumpamanya yang diadakan di hotel. Bersama-sama rakan-rakanku dari Saujana Utama yang hadir pada malam tersebut, kami membincangkan bagaimana program yang sebegini boleh diadakan bagi membantu mengisi dana pembinaan bangunan tambahan KIDaS.

Ku kira malam itu ada 80 meja semuanya. Satu meja dikatakan RM 3,000. So 80 X 3,000 = RM 240,000. Bagaimana hendak mengerakkan atau berjaya menjual meja-meja tersebut ? Apakah kena diswastakan kepada orang tertentu untuk mendapatkan sumbangan tajaan meja. Turut hadir pada malam tersebut kalangan non-muslim, siapakah mereka ?

Mengapa pula diadakan di Putrajaya ? Apakah target penganjur untuk mendapatkan sumbangan koperat yang berasal dari negerinya, yang kini berada di Lembah Kelang ? Dikatakan 3 orang tukang masak hotel tersebut berasaal dari negeri dan jajahan penganjur. So, walaupun berada di Putrajaya, tetapi hidangan adalah hidangan orang sana juga.

Selain jamuan makan turut diadakan persembahan nasyid oleh tiga kumpulan iaitu Mirwana, The Brothers dan Adnan Salleh. Tak sangka pula dapat saksikan persembahan nasyid dari kumpulan yang memang ku minati tu. Tetapi berapa pula penganjur nak bayar kepada kumpulan nasyid tersebut.

Rasa-rasa daripada RM 240,000, sekurang-kurangnya separuh dapat ke penganjur secara bersih. Maknanya sekitar RM 120,000 sahaja. Masih jauh dari keperluan penganjur yang sedang mengusahakan sebanyak RM 2.8 juta bagi menyiapkan kompleks yang dimaksudkan. Keseluruhan kompleks bernilai RM 3.5 juta dan kerja pembinaan dikatakan terhenti disebabkan kekurangan dana.

Namun pada akhir majlis, majlis dibuka kepada orang ramai untuk naik ke pentas menyampaikan sumbangan. Ramai yang naik kepentas memberikan sumbangan dalam sampul surat yang disediakan. Yang tertinggi diumumkan ialah sebidang tanah dengan nilai RM 40K.

Tidak dapat dinafikan, yang memotivasikan penyumbang ialah keyakinan akan kepentingan menderma bagi menyediakan bekalan atau sebagai saham diakhirat nanti. Selain daripada itu, apakah tarikan utama orang hendak menderma menerusi program seperti ini ? Pengecualian cukai ? Jamuan yang sedap dan tempat yang berprestij ? Tokoh yang hadir ? Kesan rayuan dalam ucaptama tokoh yang hadir ? Atau kumpulan nasyid yang membuat persembahan ?

Share:

Sekitar Pesta Belon Panas Putrajaya Ke-2

Ekoran daripada kejayaan serta sambutan mengalakkan apabila mengadakannya buat pertama kali pada tahun 2009, pesta tersebut diadakan lagi buat kali ke-2 pada 18 hingga 21 Mac 2010 di Precint 2 Putrajaya, berhampiran dengan Monumen Alaf Baru Kebangsaan. Aku berkesempatan hadir beberapa kali sepanjang pesta berlangsung bagi merasai sendiri pengalaman yang mungkin jarang diperolehi di tempat lain di Malaysia.

Orang memang boleh dianggap ramai setiap kali aku ke sana. Kena parking agak jauh atau pergi awal. Lagi pun ketika ini cuti sekolah. Selain acara berkaitan belon, pelbagai acara lain diadakan serentak seperti menaikki helikopter, glider, memanah, permainan kanak-kanak, mewarna serta pelbagai gerai jualan yang turut dibuka.


Bagaimana Boleh Terbang ?
Pengangkutan dengan belon panas dianggap sebagai antara kaedah pengangkutan yang tertua berjaya dilakukan bagi manusia. Melihatkan belon-belon yang besar-besar tersebut boleh terapung, apa yang membolehkan belon tersebut terbang tinggi dan bergerak ke suatu tempat lain.`

Satu prinsip asas sintifik fizik digunakan iaitu udara panas lebih ringgan dari udara sejuk. Apabila udara dalam belon dipanaskan, maka udara dalam belon tersebut menjadi panas dan ringan. Apabila ini berlaku maka sedikit demi sedikit belon akan terapung. Makin banyak udara yang dipanaskan dalam belon tersebut, maka makin ringan belon tersebut dan semakin tinggi kemampuannya untuk terapung. Prinsip yang agak berlainan digunakan bagi belon 'bergas ringan', dimana gas ringan seperti Helium digunakan untuk menjadikan belon bertambah ringan sehingga boleh terapung.

Belon tersebut terdiri daripada 3 komponen utama, iaitu sampul atau belon itu sendiri, gondola dan alat pembakaran.

Belon
Umpama belon biasa yang kita tiub untuk membesar, bentuknya seakan-akan sama. Belon udara panas mempunyai ruang terbuka pada bahagian bawah kerana udara di sekeliling gondola mempunyai tekanan yang sama dengan udara di sekitarnya. Selalunya belon ini diperbuat daripada fabrik jenis nilon, manakala permukaan yang hampir dengan penunu pembakar pula diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar.

Sebagaimana disebutkan tadi, semakin banyak udara yang dipanaskan dalam belon tersebut, makin ringan belon tersebut. Untuk mengangkat berat 1000 pound memerlukan 65,000 kaki kubik udara panas. Oleh sebab itulah, belon udara panas memerlukan saiz belon yang besar-besar. Bentuk dan corak belon inilah yang menarik perhatian ramai.

Gondola
Belon udara panas mempunyai bakul rotan atau gondola yang digunakan untuk membawa penumpang. Tidak ramai boleh dimuatkan dalam bakul tersebut, yang sudah tentu materialnya yang ringan bagi memudahkan belon tersebut naik ke atas.


Alat Pembakar
Pembakar yang diletakkan di atas gendola menggunakan gas Propana untuk mewujudkan udara panas ke dalam belon dan seterusnya mengerakkan belon naik ke atas dari permukaan bumi. Pemandu belon akan melakukakan pembakaran demi pembakaran bagi memastikan belon terapung dan bergerak mengikut keperluan.

Sifat udara panas tersebut tidak memungkinkan ianya keluar daripada mulut belon di bawah. Untuk mengawal atau mengurangkan udara panas dalam belon, satu injap dibuka di atas belon bagi membolehkan udara terlepas keluar

Hari Pertama ( 10pagi 18 Mac 2009 )

Pada pagi hari pertama kedatangan bersama dua anakku, hampa sebab tidak kelihatan belon yang dikatakan banyak. Tinggal belon untuk dinaikki, tetapi tiket untuk menaikki belon juga telah habis di jual. So kami cuma lihat belon-belon tersebut. Tiket hanya RM10, tetapi beratur panjang.

Selain daripada itu sempat meround sekitar gerai jualan yang disediakan. Selain pakaian, ada juga jualan peralatan permainan yang boleh terbang seperti kapal terbang, helikopter, layang-layang dengan mengaplikasikan pelbagai prinsip penerbangan. Nampak ada offer kasut jenama Crocs, kami sambar dua unit.


Hari Kedua ( pagi 19 Mac 2010 )

Tidak puas hati tidak dapat lihat belon pada hari pertama, aku datang seorang diri pada awal 7.00 pagi hari kedua. Memang mereka sedang bersiap untuk menaikkan belon masing-masing. Pelbagai jenis dan rupabentuk belon kelihatan disediakan. Kebanyakkannya memaparkan sama ada nama atau logo syarikat yang mungkin sebagai penaja atau pengendali belon berkenaan.

Lori-lori serta MPV terbuka sebelah belakang digunakan membawa pelbagai kelengkapan. Payah juga nampaknya. Tambahan pula, nampak ramai juga yang terlibat dalam menaikkan sebuah belon panas. Sudah tentu kosnya juga tinggi. Apakah mereka bertugas secara sukarela ?

Dapat dilihat dari mula belon dihamparkan di atas tanah, diikat kepada gendolanya, dimasukkan angin bagi mengembangkannya, dimasukkan udara panas dan seterusnya kembang naik keudara. Tapi belon tersebut tidak naik jauh sebab diikat dibumi sama ada kepada pokok atau kenderaan.


Hari Ketiga ( 9.00malam 21 Mac 2010 )Dari Masjid Besi

Pada hari ke-3 aku pergi sebelah malam sahaja iaitu tunggu di Masjid Besi sebaik selesai solat Isyak di sana. Dapat kami lihat beberapa belon yang diterangi cahaya, walaupun agak terlindung. Pemandangan malam tersebut memang menarik, dengan lampu-lampu yang menerangi sana sini, khususnya Jambatan Seri Wawasan.

Kemudian kekira dalam masa 15 minit, pertunjukkan bunga apa di adakan di tengah-tengah air tasek yang berhampiran. Ramai juga orang di Masjid Besi mengambil gambar dari situ dengan tripod masing-masing. Sungguh menarik suasana pada ketika itu. Namun aku rasa aku gagal nak dapat shoot yang paling baik bagi kameraku akibat setting yang kurang tepat.


Hari Keempat ( 8.00pagi 22 Mac 2010 )

Hari terakhir aku datang lagi dengan hasrat dapat tengok belon dilepaskan terbang. Aku memang bertuah pada pagi hari itu. Belon-belon dilepaskan terbang atau terapung ke udara. Sebab hari minggu, orang memang ramai datang menyaksikan belon-belon tersebut.

Dengan berlatar belakangkan bangunan sekitar tapak pesta, pemandangan agak menarik. Agaknya kalau ambil dari jauh, khususnya di tempat tinggi, suasana dan pemandangan yang menarik boleh dirakamkan.

Aku dapati tidaklah mereka pergi jauh sangat. Agaknya sekitar 1 atau 2 kilometer dari tapak pesta, then mulalah mereka terbang rendah dan seterusnya mendarat. Maka berkejarlah lori atau MPV yang mengangkut belon tu tadi bergegas mendapatkannya.


Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah