Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Buku 'Ini Semua Mitos'

Benarkah ucapan terakhir Rasulullah sebelum wafat ialah ummati, ummati ? Benarkah malaikat maut ziarah manusia 70kali sehari ? Benarkah kalau isteri benarkan suami berpoligami, dia akan dapat payung emas diakhirat nanti ? Benarkah sehelai rambut wanita dilihat lelaki bukan mahramnya, dibalas 70k tahun di neraka ? Benarkah bercerai bergegar Arasyh Allah ? Tidur lepas asar boleh jadi gila ?
Buku ‘Ini Semua Mitos’ menghimpunkan kira2 50 mitos dan kepalsuan yang sering tersebar dikalangan masyarakat kita. Juga diterangkan apa yang sahih berkaitannya. Rupanya cetakan pertama buku ini Mei 2022 dan kini dah masuk cetakan ke-7 !!! Buku ini dibeli masa Pesta Buku Pesta Buku Terengganu baru-baru ini.
Share:

Pesta Buku @ KTCC Mall Kuala Terengganu

Berkesempatan hadir pada hari terakhir Pesta Buku SMO @ Kompleks Membeli Belah KTCC Kuala Terengganu. As usual, target hanya cari buku2 lelong murah-murah. Buku baharu tu kalau setakat 10-15%, beli online pun boleh dapat lagi murah !! Alhamdulillah dapat juga beberapa buku yang daripada segi tajuk macam menarik dan tak pernah dengar walaupun diterbitkan oleh penerbit yang terkenal.
Ternanti2 juga Pesta Buku yang ‘bebas’, tidak dianjurkan oleh penerbit tertentu sahaja.
Kalau Pesta Buku SMO, makanya tiadalah penerbit, penjual atau pengedar lain akan join. So terhad jualan dan buku2nya …tetapi tadi hanya belanja RM156 untuk 18 judul buku !!!
Share:

Buku 'Sirah Di Sebalik Surah'

Susunan ayat dan surah dalam al-Qur’an adalah berdasarkan wahyu dan bimbingan langsung daripada Nabi Muhammad SAW. Ia bukan disusun secara rawak atau berdasarkan ijtihad para sahabat, mengikut tema tertentu atau tarikh penurunan. Susunan tersebut dikatakan bersesuaian untuk panduan, rujukan, peringatan dan amalan manusia sepanjang zaman. Namun buku ini agak menarik juga apabila mengkisahkan turutan penurunan surah dengan Sirah Rasulullah.
Ia mungkin sesuai dalam memahami garis hayat Rasulullah dari awal ajaran Islam yang dibawa oleh baginda, dakwah, hijrah, berkeluarga, bernegara, sehinggalah kewafatan. Salam Maal Hijrah 1447H !!
Share:

Buku 'Puasa Gaya Rasulullah'

Selama ini puasa dan ibadah Ramadan ikut gaya siapa ? Al-maklumlah zaman sekarang orang suka bertanyakan mana dalil Al-Quran dan Hadithnya ? Hadith sahih, daif ke atau palsu ! Apakah semua yang tidak dilakukan oleh Rasulullah dianggap bidaah. Sekarang ramai orang pandai bukan setakat ada ijazah master dan sarjana.
Ustaz google dan ChatGPT pun kini menjadi rujukan pantas … Sumber hukum ijmak dan qias malah bermazhab sudah semacam tak relevan lagi …. Selamat menunaikan ibadah Ramadan !!!
Share:

Jualan Gudang Utusan

Hasil tangkapan di Jualan Penutup Gudang Utusan Publication And Distributor Sdn Bhd tadi. Sedih pulak dengan penutupan Utusan.

Apakah kerana pengaruh media sosial atau kerana konsep dan kandungannya. NST, Berita Harian dan Metro pun khabarnya sedang bergelut untuk survive.

Ternanti bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dapat meneruskan penjualan Utusan yang telah berusia 80 tahun dan Kosmo 15 tahun pada tahun 2020 nanti.

Moga rakan2 yang berada dalam industri penerbitan buku dan suratkhabar dipermudahkan urusan dalam meneruskan kelansungan hidup masing2.
Share:

Rindu Tok Guru @ KLIBF 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIBF ) 2015 telah berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei di tempat biasa, PWTC, Kuala Lumpur. Alhamdulillah aku berkesempatan mengunjunginya walaupunn dalam waktu yang sangat terbatas. Tidak sempat juga untuk sampai area antarabangsa sebab ada buku yang hendak aku cari. Nama pun pesta buku antarabangsa …

Namun KLIBF kali ini mengingatkan aku kepada arwah Tok Guru ex-MB Kelantan. Maklumlah ini merupakan Fiesta Buku Antarbangsa KL pertama sejak Tok Guru meninggal dunia. Aku terperasan terdapat beberapa buku terbitan baru yang berkaitan dengan Tok Guru.

Cuma kali ini sebaliknya, orang lain melancarkan buku berkaitan Tok Guru.

Aku rasa beberapa kali dulu Tok Guru pernah hadir melancarkan buku baru. Aku sempat mengikuti majlis pelancaran sebuah buku berkaitan pemikiran Tok Guru dilancarkan.

Fiesta yang berlangsung kali ini nampak banyak buku berkaitan Al-Marhum telah diterbit dan dilancarkan. Penulis atau penerbit cuba memikat ‘peminat’ yang masih terasa akan kehilangan Tok Guru, masih terasa rindu kepada Tok Guru dalam melariskan jualan bukunya. Namun jika nak dibandingkan dengan jualan novel novel kontemporari, mungkin jualannya tidak setanding. Tetapi sekurang-kurangnya idea, nasihat dan buah pemikiran Tok Guru dapat disampaikan, dihayati, dikaji dan dikaji serta disebarluaskan kepada generasi semasa dan akan datang.

Agaknya ada juga buku-buku lama juga diterbitkan mula dengan wajah Tok Guru di letak di muka hadapan, menghiasi tajuk buku.

Memang aura Tok Guru begitu hebat sekali. Sama ada bagi seseorang yang pernah melihat beliau secara life atau tidak. Mungkin ada yang lebih kenal dan menyayanginya, setelah Tok Guru meninggalkan kita.

Teringat aku ketika menziarahi perkuburan arwah. Begitu saja keadaannya, kelihatan macam daif sangat. Macam rasa tidak layak dibiarkan sebegitu rupa. Terasa simpati pulak …. Tetapi didoakan arwah tenang dan sejahtera di sana, insyaallah.

Lagi gambar kenangan semasa KLIBF 2015 ...

Share:

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya MPH 2015

Rasanya tahun ini baru tahun ke-2 penganjuran, kalau tidak punkira baru setahun duaa. Pertama kali hadir menimbulkan kesangsian kepada ku. Kenapa dinamakan Antarabangsa ? Disertai oleh penerbit atau pengedar buku antarabangsa ? Penjualan buku-buku keluaran antarabangsa ? Atau sekadar gimik untuk menarik pengunjung ?

Entahlah, mungkin betul mana-mana satu saa ada yang tersirat dan tersurat. Aku pun hanya berkesempatan hadir pada hari terakhir, saat akhir sebelum pameran ditutup. Pameran berlangsung antara 17-22 Putrajaya Intrnational Convention Centre ( PICC ), sempena cuti sekolah.

Sejak akhir 2014, bermula dengan Big Bad Wolf, banyak pesta buku diadakan di Lembah Kelang, satu demi satu. Sebelum ini di Pesta Buku Selangor di Shah Alam dan kemudian Pesta Buku Islam Putrajaya. Baguslah untuk menyemarakkan minat membaca dan industri penerbitan buku tempatan.

Umumnya pameran dalam 2 dewan. Rasanya satu untuk buku 'antarabangsa' dan satu lagi untuk buku terbitan 'bahasa melayu'. Banyak buku antarabangsa sebagaimana yang diiklankan sudah habis stok, atau cuma gimik sahaja.

Pemilihan dewan aku kira ok, selesa untuk berjalan. Mungkin disebabkan orang tidak berapa ramai yang berkunjung. berbanding kalau di PWTC, ramai mungkin disebabkan kemudahan transport awam.

Rasanya tidak berminat sangat nak berkunjung lagi next year, buku bahasa melayu pun cuma 10% diskaun. Tetapi disebabkan aku ahli MPH, dapatlah diskaun 15%.
Share:

Pesta Buku Selangor 2015

Pesta Buku Selangor 2015 telah berlangsung dari 29 Januari hingga 8 Februari 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menjadi penaja utamanya. Sebenarnya aku selalu termiss event ini, apakah sebab agak jauh tetapi kebetulan ada hal lain atau di luar kawasan. Kali ini aku singgah lantaran kebetulan ada jemputan kawin di bangunan berdekatan.

Namun mungkin buat pertama kalinya aku just jalan-jalan,, tengok-tengok tanpa membeli apa-apa lantaran tak terjumpa apa-apa judul buku yang aku berminat untuk memilikinya. Ha .. ha ...

Sekadar aku kongsikan beberapa gambar suasana pesta tersebut kerana aku tahu akan menyusul beberapa pesta buku di Putrajaya dalam bulan ini dan bulan depan.

Kanak-kanak menguji permaianan minda yang dipamerkan di salah sebuah booth pameran.

Agak menarik juga peribahasa di atas, walaupun agak kasar bunyinya. Membaca Jambatan Ilmu, Tidak Membaca Jambatan Bangang .... huh !

Kehadiran pengunjung ku kira boleh tahan juga, tetapi dewan pameran tidaklah begitu besar. Cuma satu kawasan sahaja. Tak tahylah kalau ada di kawasan atau tingkat lain.

Ini yang menarik minat ku walaupun apabila aku bandingkan dengan nasakah yang aku pernah beli di Bandung tahun lepas, ianya lebih mahal walaupun setelah 50% diskaun. Namun ianya ku kira pembelian yang berbaloi.


Share:

KLIBF 2014 & Budaya Membaca

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur edisi yang ke-33 ( KLIBF 2014 ) berlangsung 24 April hingga 4 Mei 2014 di PWTC. Dikatakan ini adalah pesta buku yang terunggul di Malaysia. Mungkin kerana usia, dari dulunya hanya dinamakan Pesta Buku Kuala Lumpur. Masih teringat juga masa di universiti dulu pernah juga hadir. Hanya sejak 10 tahun lalu ianya menjadi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dari setahun ke setahun, ia menjadi semakin popular dan berjaya menarik penyertaan syarikat berkaitan buku dari pulohan kepada ratusan serta berjaya menarik pengunjung daripada jumlah puluhan ribu kepada ratusan ribu. Mungkin kini jutaan pengunjung datang ke pesta buku ini. Apa tidaknya, pada hari ketiga sahaja, dikatakan sudah menerima lebih daripada 300,000 pengunjung. Mungkin selaras dengan pertambahan penduduk Malaysia juga.

Aku yang hadir pada hari ke-3 sejak ianya dibuka, terasa akan kesibukan dan kesesakan di mana-mana bilik, ruang legar dan dewan pameran.


Apakah fenomena ini Ini menjawab persoalan atau kebimbangan cendikiawan pencinta buku terhadap resolusi satu kajian dahulu bahawa minat membaca buku di Malaysia sangat rendah. Kita hanya membaca 2 mukasurat setahun.

Memang penemuan itu telah mencetuskan pelbagai polemik. Tidak kisahlah bagaimana kajian dilakukan, tetapi bagaimana sebuah negara sedang membangun membangun dengan Wawasan 2020nya mempunyai rakyat yang dikira malas membaca ? Ini belum lagi soal apa yang dibaca.

Aku, malah mungkin ramai rakyat Malaysia lain pun dulunya banyak membaca untuk lulus periksa dan untuk pekerjaan. Dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti. Kita belajar macam bukan untuk menambah ilmu, tapi untuk lulus periksa, demi mengenggam sijil dan ijazah bagi melayakkan kita memperolehi kerja.

Mungkin lantaran itulah gerakkan mengalakkan membaca dipromosikan dengan berleluasa oleh pihak kerajaan khususnya menerusi Perpustakaan Negara dan Kementerian Pendidikan.

Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi melaksanaan fungsi Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian II Seksyen 4(2) iaitu : “menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca”.

Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1988, iaitu berobjektif memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti. Ia menjadi pemangkin kepada pelbagai penganjuran pelbagai program dan aktiviti kesedaran, memupuk minat dan pengalakkan membaca termasuk Pesta Buku Kuala Lumpur.

Selepas beberapa tahun gerakan dijalankan, kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia kemudiannya mendapati setiap orang secara purata membaca dua buku setahun.

Buku Dan Budaya Membaca
Ada peningkatan. Bagaimana pula sekarang ? Sejauh mana aktiviti membaca telah menjadi pilihan ketika berehat dan meluangkan masa untuk diri sendiri.

Sejauh mana rakyat Malaysia membaca dan mendapatkan buku untuk menambah pengetahuan, memperkembangkan hobi dan bakat, mencari penyelesaian atau membuat sesuatu persediaan ?

Aku kira walaupun pelbagai angka kajian dikeluarkan, namun orang Malaysia pada pandanganku masih tidak mempunyai budaya membaca yang baik. Masih jarang kita melihat orang membaca ketika menunggu atau setelah berada di dalam bas, keretapi atau kapalterbang. Baca facebook aje ?

Mungkin memang ada banyak pembaca, membaca akhbar, blog online dan majalah, tetapi mungkin tidak banyak orang membeli buku. Harapkan yang free sahaja.

Benarkah faktor harga juga menyebabkan kita kekadang masih berkira-kira untuk membelanjakan RM50 bagi membeli buku yang bagus berbanding membeli DVD cetak rompak atau rokok. Bagiku sebenarnya kita masih kurang dalam hal menghargai hasil orang lain, atau kita sendiri tidak dapat menilai sama ada sesuatu karya atau buku tersebut bagus dan bermutu. Jika tidak, masakan CD audio, VCD movie dan DVD software cetak rompak masih berleluasa.

Tidak tahulah sama ada kajian empirical hubungkait antara minat membaca dengan membeli buku untuk dibaca. Namun umumnya lebih ramai orang minat membaca, maka lebih banyak buku dikeluarkan di negara kita lantaran ada pembelinya. Kalau tidak tentu banyak syarikat penerbit gulung tikar.

Aku dan Penulisanku
Bagiku keterlibatan aku dalam menjadi editor kepada beberapa penerbitan majalah bulanan atau bulletin kelab di ofis dulu-dulu menyebabkan aku perlukan lebih membaca.

Ini ditambah keinginan memupuk minta membaca yang sama kepada anak-anak lantaran aku percaya ibubapa yang membaca akan mempengaruhi anak-anak untuk membaca.

Malahan pelbagai aktiviti membaca yang diterap kepada pelajar sekolah menerusi program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ) juga telah mempengaruhi ibubapa mereka juga untuk kembali kepada buku.

Facebook Membunuh Blogspot
Kiranya kemuculan awal blogspot menyemarakkan budaya membaca. Untuk menulis sesuatu, kita perlukan membaca beberapa penulisan dan pemikiran orang lain daripada makallah dan buku selain kini google di internet sahaja. Begitulah yang berlaku kepada ku, kekadang perlu mebaca untuk mencipta entry memenuhi blog.

Namun blogspot atau yang seumpamanya dengannya seperti wordpress, makin kurang popular apabila munculnya Facebook. Bagiku facebook membunuh orang ramai berkarya dan menulis menerusi blogspot dan wordpress. mana ade orang tulis panjang-panjang dalam facebook.

Hari Raya Buat Pecinta Buku
Walau apapun bagi pencinta buku, mungkin menerusi pesta buku seumpama KLIBF ini menjadi peluang bagi mereka untuk mendapatkan buku-buku yang sukar dicari dengan harga yang kira murah kalau pun tidak harga yang berpatutan.

Kiranya Pesta Buku Kuala Lumpur adalah hari raya untuk semua yang cintakan buku dan suka membaca. Kehadiran rombongan bas sekolah dari pelbagai negeri membuktikan betapa KLIBF memang sesuatu yang istimewa dan di tunggu-tunggu ramai. Baguslah begitu.
Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.