
Walaupun sukar hendak mempercayai, namun itulah hakikatnya. Ibu saudaraku Hjh Rafeah binti Hj Dayat yang lebih aku kenali termasuk saudara mara terdekat dengan panggilan sebagai Che Inah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.05malam, Rabu 10hb April 2013 pada usia 53 tahun kerana kanser paru-paru dalam rumahnya sendiri di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Arwah baru sahaja pulang mengerjakan umrah bersama jiran-jiran taman perumahannya...