Fiesta kali ke-7, sepatutnya semakin baik, semakin meriah dan semakin banyak penyertaan. Mungkin betul sebab aku cuba menghadiri sesi naik belon pada awal pagi dan lewat petang. Pameran, gerai jualan serta pertunjukkan lain aku tidak hirau pun. Mungkin ada peningkatan. Promosi dalam media tentulah yang terbaik.
Fiesta berlangsung selama 4 hari dari 12 hingga 15 Mac 2015. Tahun ini katanya ada 20 buah belon penyertaan dari serata dunia termasuk Korea, Filipina, Belgium, Perancis, Holland, Australia, Thailand dan USA.
Lihatlah bagaimana belon-belon ini boleh terbang ke udara. Menariknya belon-belon ini berwarna warni dan pelbagai bentuk.
Aku kira faktor cuaca yang selalu panas di Malaysia, maka belon dinaikkan pada awal pagi dan lewat petang. Kalau di negara sejuk, mungkin sepanjang masa agaknya.
Seperti biasa pelbagai tulisan pada belon dengan logo tertentu melambangkan penaja tentunya.
Ini termasuk satu yang tidak terbang-terbang pun ketika aku berada di sana. Harap besar sahaja belon tapi tak mampu nak terbang naik. Tentu ada sebab musababnya.
Cuma pada tahun ini sempat bersama keluarga dari Johor yang turut sama sempena majlis kesyukuran perkahwinan anakku pada 15 Mac 2015 di Pasir Mas.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
13 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment