Jualan buku giler yang dinamakan 'The Big Bad Wolf Sales' telah kembali bermula pada 5hb Disember dan tanpa henti berakhir 15 Disember 2013. Seperti pada tahun lepas ianya diadakan di The Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Serdang. Macam tahun lepas juga, gimik jualan ialah the world's biggest book sale dengan anggaran jualan lebih daripada tiga juta buku. Entahlah ...
Aku sempat juga hadir pada 13 Disember 2013 dan keadaaanya seperti tahun lepas juga. Memang ramai pengunjungnya. Tapi aku perasan seperti judul buku yang di jual pada tahun lepas, tidak kedapatan pada tahun ini. Ada juga, tapi amat kurang. Apakah judul buku yang dijual pada tahun lepas habis kesemuanya.
Juga berbeza pada tahun ini, terdapat lebih banyak buku terbitan dalam Bahasa Melayu. Itupun kebanyakkanya terbitan PTS dan mungkin juga yang kurang popular atau laris di pasaran. Namun aku kira jualan tersebut hanya melibat kekira 5 hingga 10% daripada judul yang dijual dalam jualan tersebut. Lagipun dalam masa yang sama Jualan Buku 1Malaysia juga berlangsung di PWTC.
Buku-buku dujual dengan potongan harga 75-90% berbanding dengan arga asal. Memang kire murah giler lah... Inilah masa nak memenuhi lemari atau rak buku di rumah ?
Memandangkan keluasan dewan yang begitu besar, untuk kemudahan pengunjung, kotak-kotak bagi mengisi dengan buku-buku yang terpilih disediakan.
Sebenarnya kalau bawa troley kecil pun bagus sebab kalau dah kutip buku serta dimasukkan dalam kotak, lama kelamaan kotak pun jadi berat. Namun kemudahan menyimpan bagasi secara percuma disediakan, so bolehlah park di pusat penyimpanan buku dalam kotka-kotak dibuat.
Ronda punya ronda, hanya beberapa buku sahaja yang menarik minatku untuk membeli dan mendapatkannya. Begitu juga kepada anak-anakku yang turut bersama mengunjungi juala ini.
Sebagaimana biasa, ruangan atau sudut permainan serta jualan makanan turut diadadaan di tingkat atas. Daripada atas, nampaklah jelas berapa luas serta keadaan pengunjung.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
14 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment