Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Menempuh 2014 Yang Mencabar ?

Lantaran kesibukan dengan kerja harian, menjelang maghrib 31 Disember 2013 aku masih di pejabat menguruskan masalah yang tidak habis-habis melanda. Kalau 31 Disember dua tahun berturut-turut lalu aku berada di Dataran Shah Alam, namun kali ini aku hanya berada di rumah sahaja. Hendak ke Masjid Besi yang turut menganjurkan sambutan tersendiri, malas nak bertembung dengan kesesakan pengunjung Sambutan Ambang 2014 di Dataran Putrajaya.

IKIM dengan Karnival Mahabbahnya di Wangsa Maju, manakala Ustaz Azhar Idrus di Butterworth boleh dilayan menerusi TV Internet sahaja. Namun aku tertanya-tanya juga, bagaimanakah hendak menyambut kedatangan 2014, atau perlukah ianya disambut ? Dapat pahala ke jika menyambutnya ( juga menyambut hari kelahiran Nabi Isa a.s ) atau berdosakah jika tidak mengendahkannya.

Namun menjelang akhir 2013, aku dan mungkin ramai warganegarawan lain mulai terasa betapa 2014 merupakan tahun yang sukar, khususnya berhadapan dengan kos hidup yang semakin tinggi. Harga petrol baru sahaja naik, harga gula menyusul dan kemudian tariff elektrik. Kesan kenaikan ini sebenarnya menyeluruh, walaupun kerajaan berkali-kali mengingatkan peniaga jangan menaikkan harga sesuka hati. Namun itu bukan jaminan, naik juga walaupun tidak sesuka hati.

Kemudian desas-desur kadar tol akan meningkat, kadar tambang bas termasuk bas sekolah juga naik. Ada pulak mulut celupar kata kalau tidak mahu bayar tol, lalulah jalan yang tidak bertol. Kurangkan gula, bukan setakat boleh berjimat tetapi boleh elakkan daripada kena kencing manis dan elak daripada kaki nanti kena potong. GST walaupun lama lagi, namun kebimbangan masih menebal dikalangan rakyat.

Masa kempen pilihanraya, benarkah parti kerajaan memerintah sekarang berjanji untuk tidak menaikkan harga barangan keperluan ? Nak turunkan harga kereta adelah. Namun masih tidak nampak sangat, kecuali pengeluaran model baru keluaran tempatan yang dikatakan'mampu milik'. Apabila rakyat suarakan bantahan, ada pula suara orang tidak sekolah, kalau tidak suka kerajaan Barisan Nasional, boleh pergi ke negara lain.

Demo TURUN
Ini membangkitkan lagi kemarahan orang ramai, lantas menganjurkan demontrasi Turunkan Kos Sara Hidup ( TURUN ) di Dataran Merdeka bagi memberikan isyarat kepada pemimpin kerajaan bahawa kita sedang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang meningkat. Bagi mereka, meningkat bukan disebabkan takdir semata-sama, tetapi mereka mendakwa disebabkan juga ketidakcekapan pemimpin kerajaan. Bukan semata-mata kerana takdir yang sudah tidak boleh dielakkan.

Demontrasi bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi mendesak agar turun harga barangan keperluan asas. Aku tak percaya mereka turun untuk mengulingkan kerajaan sebagaimana berlaku Arab Spring atau yang dekat, Thailand. Penemuan parang dan senjata tajam di celahan pokok tu sesapa pun boleh dakwa atau reka-rekaan semata.

Bagi meredakan keadaan serta barangkali untuk menunjukkan pihak kerajaan juga perlu berjimat cermat, 11 langkah berjimat diperkenalkan. Sejauhmana atau sebanyak mana penjimatan boleh dihasilkan ? Elaun PM sekitar RM16,000 sebulan. Kalau 10% potong baru RM1,600 atau RM 20,000 setahun. Berapa pula Menteri dan Timbalan Menteri ?

Berbaloikah pula kakitangan kerajaan yang menjadi mangsa mengikat tali pinggang. Tapi aku memang setuju dengan beberapa penjimatan berkaitan kakitangan kerajaan dan memang patut pun diamalkan sepanjang masa. Cumanya pengumuman langkah tersebut dimanipulasi pula ( walaupun mungkin ada kebenarannya ) seolah-olah memberi gambaran bahawa kakitangan kerajaan adalah punca utama pembaziran pentadbiran kerajaan dalam menggunakan elektrik, naik flight business class dan buat kain rentang.

Memang buat kain rentang yang kalau buat sendiri di kedai reganya cuma RM50, tetapi menerusi Local Order Kerajaan, harganya sampai RM200 sehelai. Giler ... salah sapa ? Alasan biasa pihak pembekal, tinggi sebab kerajaan lambat bayar. Mungkin kerajaan sendiri perlu melihat semula kaedah pembayaran kepada syarikat pembekal, supaya apabila cepat bayar, murahlah reganya.

Pendemo Adalah Penderhaka ?
Timbul pula daripada segi hukum, mereka yang berdemontrasi melahirkan rasa tidakpuasan hati atas kenaikan harga barang merupakan perbuatan ‘Bughah’ atau penderhaka sehingga darahnya halal ( boleh dibunuh ). Hebat juga !!!

Mentang-mentang demontrasi dilakukan oleh orang bawahan, hukum berkenaan mereka dipakai. Tetapi kepada pemerintah pula camana ? Bukankah pemerintah lebih wajar diberikan peringatan agar takutkan Allah dalam pengurusan harta rakyat jelata.

Apa pula hukumnya sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka dengan kos penganjuran dikatakan mencecah RM15 juta yang terpaksa dihentikan awal apabila dikunjungi pendemo-pendemo TURUN ? Di Putrajaya pula dikatakan kos penganjuran berjumlah RM5juta. Wajarkah walaupun ditanggung oleh sebuah bank.

Beberapa tahun dulu, lantaran kesuraman akibat Tsunami, tiada sambutan Tahun Baru yang rasmi di Malaysia. Boleh pulak ?

Isu Dunia
2013 terus menyaksikan pergolakan yang berterusan di Thailand, Syria, Palestine dan Mesir. Yang paling dikesalkan ialah apa yang berlaku di Mesir. Seperti orang Mesir sendiri yang menjahanamkan masa depan negaranya. Ini menimbulkan syak bahawa yang sebenarnya yahudi-Amerika berada di belakang semua yang berlaku di Mesir.

Pencerobohan Israel di Palestin terus-terusan sehingga memasuki kawasan Haram al-Sharif di Baitulmaqdis, yang mencetuskan ketegangan dan kekerasan. Apakah nasib Masjidil Aqsa pada tahun 2014 ?

Yang terakhir dan agak aneh ( tetapi mungkin ramai yanag tidak tahu ) ialah hukuman mati Abdul Kader Mullah bekas pemimpin Jamaat-e-Islami Bangladesh dalam krisis politik Bangladesh atas kesalahan apa yang dikatakan jenayah semasa perang kemerdekaan Bangladesh pada 1971. Bantahan ramai menyebabkan puluhan mati dan Bangladesh terus bergolak.

Azam 2014 ?
Entahlah, sering tidak serius dalam membentuk azam. Apatah lagi hendak menyatakan sama ada berjaya atau gagal. Kalau di pejabat, terpaksa menyatakannnya dalam bentuk bertulis. Itupun main copy daripada tahun lepas, akulah itu.

Kalau 2013 aku banyak berjalan dalam melangsaikan tugasan pejabatku. Dari Perlis sampai ke Sabah aku berjalan. Mungkin 2014 ini perlu banyak duduk pejabat membuat perancangan selain berjimat cermat menyahut seruan PM. So mungkin lebih banyak masa untuk mengisi blogku ini... ha ... ha.

apabila tahun baru Masehi, sibuk dengan Azam Baru. Tetapi masuk Tahun Baru Hijrah, Muharram takde terasa apa-apa pun ? Yang penting kena pastikan hari ini lebih baik di sisi Allah berbanding semalam dan tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas.

Kejayaan anak-anak dalam kehidupan duniawi yang kelihatan ini banyak memberikan warna-warni kehidupanku ini. Moga Allah memberkati kehidupanku dan ahli keluargaku.
Share:

0 Komen:

Blog Tazkirah

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Harian Metro

The Star Online

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

kata2