Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Zina & Gejala Buang Bayi

Satu hari sedang berehat bersama keluarga, tetiba isteriku berkisah tentang seorang pelajar di sekolah menengahnya. Apabila ditanyakan tentang latar belakangnya, pelajar perempuan tersebut tetiba menangis. Apabila diselidiki, rupanya dia seorang anak luar nikah ( alun ) yang kini tinggal bersama neneknya. Aku agak tersentuh dengan kisah ini, betapa pelajar tersebut terpaksa menanggung kehidupan masa depan yang agak sukar, pandangan masyarakat, penerimaan majikan, siapa yang sudi mengambilnya sebagai isteri ... ah, banyak lagi.

Namun beliau dikira masih bernasib baik kerana masih dapat hidup berbanding bayi yang ditemui mati dalam buangan. Bayi tidak berdosa itu menjadi mangsa. Hak untuk hidup di dunia dihakis manusia yang dipandang tidak berperi kemanusiaan. Tetapi mungkin kerana peri kemanusiaan jugalah yang menyebabkan bayi dibuang, daripada hidup tetapi sengsara seperti pelajar tadi ? Kita mungkin memandang jijik perbuatan pembuangan bayi, tetapi pada masa yang sama memandang jijik juga kepada alun-alun yang masih meneruskan hidupnya.

Jika kita tidak mahu mendapat penyakit seperti demam selsema, namun demam tetap juga kita hidapi walaupun beberapa langkah kebersihan dan keselamatan dilakukan untuk mengelakkannya. Jadi, kita makanlah ubat yang bersesuaian sebagai penyelesaian. Begitu juga, kita tidak mahu kejadian buang bayi berlaku, namun ia tetap berlaku di samping pelbagai gesaan untuk menjauhi zina, pergaulan bebas dan hubungan terlarang. Jadi apabila berlaku kejadian buang bayi ini, bagaimana seharusnya kita berhadapan dengannya.

Namun hakikatnya ketika ini ramai di kalangan umat Islam, termasuklah remaja yang telah terjebak dalam zina. Kita mungkin terkejut dengan kenyataan oleh Dato' Mohd. Alwi, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara bebaru ini mengenai gejala kelahiran alun dikalangan gadis Melayu beragama Islam. Menurut perangkaan yang dikeluarkan, bagi tahun 2009 sahaja, jumlah alun yang dilahir dan didaftarkan dikalangan gadis Melayu beragama Islam yang ialah 17,300. Ini bermakna pada setiap jam, purata 2 orang alun dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam tahun lepas.

Manakala bagi tempoh 2004 sehingga 2009 pula, jumlahnya adalah 74,723. Ini bermakna setiap tahun purata anlun yang dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam adalah seramai 14,945 orang. Ini juga bersamaan dengan purata 2 orang alun dilahirkan setiap jam !!

Ini baru perangkaan yang dapat dikesan dan didaftarkan. Bagaimana pula dengan yang tidak dapat dikesan dan tidak didaftarkan ? Ini memang satu isu yang menggerunkan. Persoalan juga kemana perginya alun yang begitu ramai ? Apakah kerana yang non-muslim berzina juga, tetapi pandai mengelakkan diri daripada mengandung menerusi pelbagai cara ? Atau mereka ‘lebih bertanggungjawab’ iaitu berkahwin sebaik mengetahu pasangannya ‘termengandung’ ?

Andai kata ( semoga dijauhkan Allah ) tetiba, anak gadis kita yang berusia belasan tahun datang berlutut sambil teresak-esak merayu, “Mak, ayah maafkan saya, saya dah mengandung 5 bulan” ? Bagaimana pula jika ( sekali lagi moga dijauhkan Allah ) anak teruna kita yang juga belasan tahun memberitahu bahawa beliau telah membuat teman wanitanya mengandung ? Atau mak ayah teman wanitanya datang mengadu ? Apakah agaknya tindakbalas kita sebagai ibu bapa ? Mengherdik, menempeleng dan menerajang anak sebelum menghalau mereka keluar dari rumah ?

Oleh kerana kita amat jarang memperkatakan tentang cara untuk menangani masalah mengandung di luar nikah, ramai yang tenggelam punca bila ia berlaku. Bukan si gadis atau si jejaka itu sahaja yang tenggelam punca, kita sebagai ibu bapa juga sama.

Jika kita masih berkalau, kalau kuat iman, kalau selalu solat, kalau tahu kesan buroknya, kalau tahu hukum serta balasan Allah, tentu tidak akan melakukan zina. Masalahnya semuanya telah terlambat dan keterlanjuran berlaku.

Hukum Hudud
Jawapan pasti bagi menangani gejala pembuangan bayi ini ialah berbalik kepada al-Quran dan al-Sunnah dengan memakai undang-undang yang digariskan Islam. Umumnya dalam hudud, mewajibkan 100 kali sebatan bagi penzina lelaki dan perempuan dan direjam hingga mati bagi penzina yang telah berkahwin.

Memang betul sebagai Muslim, kita wajib menjauhi zina yang dengan itu kita boleh mengelakkan kelahiran alun ini. NAmun sejauh mana orang Islam sendiri berkeyakinan bahawa sekiranya hukum hudud dilaksanakan di negara kita, kegerunan timbul dan masalah ini dapat diatasi atau sekurang-kurangnya berkurangan ?

Namun masyarakat lebih memandang hukuman yang kelihatan kejam, tetapi tidak memikirkan hikmah dan natijah daripada pelaksanaannya. Berdasarkan situasi semasa, tidak nampak bayang bagaimana pelaksanaan hukum hudud menjadi pilihan khususnya kepada pemerintah.

Peranan Pemimpin
Sejauh mana pula pemerintah serius, bersungguh-sungguh dan jujur dalam menangani masalah zina. Apakah zina dipandang tidak haram atau bukan merupakan suatu jenayah memandangkan ianya atas dasar suka sama suka ? Tetapi apabila berlaku pembuangan dan pembunuhan bayi, para pimpinan melahirkan rasa sedih dan kesal yang amat sangat.

Sejauh mana kepentingan isu ini berbanding dengan kepentingan projek ekonomi berbilion ringgit serta mempertahankan kuasa dan kedudukan walau dengan apa cara sekalipun!! Tambah menyedihkan pemimpin yang mengaku melakukan zina pun masih boleh diangkat semula menjadi pemimpin kerana menghargai sikap gentlemennya.

Menutup Ruang Ke Arah Zina
Menjauhi zina adalah kewajipan setiap umat Islam. Memastikan zina tidak berlaku pula tanggungjawab masyarakat serta pemerintah. Jangan hanya melihat kepada kesan atau akibat sesuatu jenayah tetapi apa yang paling penting ialah melihat kepada punca dan dan elemen pencetus . Pergaulan bebas dan zina adalah punca kepada kes buang bayi. Justeru itu pelan penyelesaian pihak berwajib ialah menangani gejala pergaulan bebas dan zina yang kian berleluasa dengan menutup ruang ke arahnya.

Langkah yang lebih tegas perlu dilakukan untuk menutup ruang–ruang maksiat seperti Kelab Malam, disko dan karaoke, khususnya yang turut menyajikan arak. Sekat atau tutup juga aktiviti mungkar yang mendorong pergaulan bebas seperti konsert hiburan yang keterlaluan, filem yang mendorong rangsangan nafsu syahwat, lambakan bahan bacaan tidak bermoral serta laman web lucah.

Memperkaya Aktiviti Bermoral
Pemerintah, pihak berkuasa serta pemimpin masyarakat perlu segera mengambil tindakan berkesan dengan memperkayakan aktiviti bermoral dan didikan agama yang membawa masyarakat menghayati konsep dosa dan pahala.

Ini boleh dibuat menerusi pelbagai aktiviti motivasi, panggunaan papan tanda peringatan masyarakat kepada agama, insentif kepada pendakwah serta memperbanyakkan saluran, slot atau rancangan pendidikan Islamik dan mora di TV, radio dan media cetak. Iklan sama ada dalam media cetak atau papan tanda yang seksi atau mendorong kepada pergaulan bebas hendaklah dilarang sama sekali.

Jika berlaku juga ?
Walaupun pelbagai gesaan, kawalan dan penguatkuasaan, zina tetap berlaku dan di luar jangkaan kita. Keran itu ramai yang mencadangkan agar pihak berkuasa khususnya menyediakan pusat perlindungan atau penjagaan anak luar nikah, dimana ibu yang bakal melahirkan anak luar nikah itu dapat ditempatkan.

Masalahnya atau dilemanya pula, ini sering dilihat sebagai usaha untuk menggalakkan perbuatan zina. Benarkah andaian ini? Memperkatakan tentang bagaimana menangani masalah ini tidak bermaksud menggalakkan perbuatan zina. Sebaliknya mungkin boleh mengelakkan masyarakat kita dari tenggelam punca apabila berhadapan dengan keadaan ini.

Sebenarnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, telah ada sokongan-sokongan tertentu untuk membantu ahli masyarakat yang berhadapan dengan masalah ini. Cuma, bilangannya agak terhad dan maklumat mengenainya tidak begitu meluas.

Terdapat rumah-rumah bagi menempatkan gadis-gadis malang ini sementara menunggu kelahiran. Ada pihak tertentu yang boleh mencari ibu bapa angkat untuk bayi yang kehadirannya tidak dirancang itu. Tindakan ini boleh membantu si gadis serta keluarganya untuk berhadapan dengan musibah ini. Sekurang-kurangnya juga, ini berjaya mengelakkan bayi-bayi malang dari menemui ajalnya di tepi longkang, di lubang tandas, mahupun di dalam tong sampah. Memelihara nyawa itu juga satu kewajipankan ? Bayi alun juga berhak untuk dilindungi !!!

Meletakkan Bin/Binti Si Alun
Berbalik kepada kisah anak murid isteriku, bagaimana perasaan si alun apabila catatan pada surat beranak dan kad pengenalannya tiada nama bapa ? Sejauh mana perkara ini menjadi keputusan dalam Majlis fatwa Kebangsaan. Mungkin ada yang menjadikan ini sebagai alasan kenapa tidak diletakkan bin/binti kepada ‘ayahnya’, lantaran mungkin tidak dapat dipasti secara pasti siapa ayahnya yang sebenar ?

Menurut JPN, anak yang tidak sah taraf iaitu alun tidak boleh mencatatkan nama bapanya pada sijil kelahiran mereka. Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu berpendapat bahawa alun boleh di 'Bin' atau 'Binti' kan dengan Abdullah dengan maksud hamba Allah, bukan atas nama bagi seseorang tertentu. Namun fatwa tersebut masih belum diwartakan di peringkat Kebangsaan.

Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah