
Muzium Kesenian Islam Malaysia terletak bersebelahan dengan Masjid Negara. Ia dikatakan sebagai muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam. Muzium ini mula dibuka pada 12 Disember 1998. Yang menariknya bangunan muzium yang bernilai RM 100 juta ini dibina dan diuruskan oleh Yayasan Al-Bukhary, sebuah yayasan yang diterajui oleh jutawan Melayu Islam yang tidak asing lagi iaitu Tan Sri Syed Mukhtar...