Argh, sedar-sedar sudah jam 4.30. Siaran langsung di TV menunjukkan solat Suboh sedang berlangsung. Ya Allah, apalah salah kami hingga tidak terkejut pagi ini. Tak bunyi ke alarm handphone memasing. Mungkin ada hikmahnya. Solat jemaah dikalangan ahli keluarga dalam hotel. Kalau ikut ‘fatwa’ Tabung Haji 2009, asal solat dalam tanah haram dapat gandaan pahala 100,000 kali juga.
Lantas aku mengambil keputusan ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf sunat selepas sarapan pagi. Jam 7.00 pagi aku ke Masjidil Haram. Seperti biasa, setelah solat tahiyatul masjid, sunat taubat dan hajat, aku pun tawaf. Walaupun mulai terasa panas, tapi rasanya tidak ada masalah sangat. Orang pun tidaklah berapa ramai. Aku pernah berhasrat untuk ke Hajarul Aswad jam 3.00 petang. Ini kerana sebelum ini aku lihat kekira jam 3 petang orang memang teramat kurang di Masjidil Haram, namun ketika itu panas pulak.
Selesai tawaf, aku berjaya memasukki Hijir Ismail dan seterusnya mengusap rukun Yamani. Dalam perjalanan keluar, aku lihat keadaan seperti tenang di kawasan ramai berhampiran Hajarul Aswad. Akupun ambil keputusan merapatinya dan terus bernekad. Mungkin inilah harinya untuk aku dapat mengucup Hajarul Aswad.
Mengucup Hajarul Aswad
Aku semakin menghampiri kelongsong perak yang terletak dalamnya Hajarul Aswad. Aku tanggalkan cermin mata dan masukkan dalam beg sandangku. Bimbang kalau terjatuh, tentunya akan terpijak-pijak dalam asakan orang ramai. Keadaan yang tenang tadi tetiba bertukar menjadi menyesakkan. Himpitan orang ramai yang berasak untuk mendapatkan peluang ke Hajarul Aswad semakin kuat terasa. Aku kuatkan dirikan, kuatkan pertahananku. Aku bernekad bahawa inilah harinya, Ya Allah berilah ku peluang kali ini. Allahu Akbar, Allahu Akbar aku bertakbir bersama beberapa jemaah lain.
Lantas aku tekupkan mukaku ke dalam kelongsong perak tersebut. Terasa beberapa batu berjaya aku sentuh dan kucup dengan bibirku. Daripada lapan kepingan batu, tidak pasti berapa yang berjaya dilakukan. Tidak sempat nak kira atau mungkin payah nak kira. Di belakang orang terus menolak-nolakku. Selesai, aku keluarkan kepalaku. Lantas aku memijakkan kaki kananku di binaan Syahzarwani di kaki Kaabah. Dengan satu tolakkan ke belakang, aku berjaya mengeluarkan diriku dari asakan jemaah yang ramai dibelakangku. Kelihatan jemaah lain menyerbu masuk cuba menggantikan tempatku.
Semuanya berlalu dengan pantas. Aku keletihan dan berpeloh-peloh sehingga basah jubahku. Lantas aku mencari ruangan di lantai Kaabah untuk solat sunat selepas tawaf dan duduk merehatkan diri. Ya Allah, apakah nikmat yang aku perolehi daripada mengucup Hajarul Aswad dalam keadaan yang baru aku alami tadi ? Tak mengapalah, terseraah dan terpulanglah kepadaMu ya Allah untuk menilainya.
Seterusnya, aku mencari tempat yang agak stategik untuk merehatkan diri. Aku berhenti di salah satu tangga yang agak lenggang dengan Kaabah betul-betul kelihatan dihadapan tanpa terselindung. Sambil sesekali memandang Kaabah, aku meneruskan bacaan al-Quranku.
Keistimewaan Hajarul Aswad
Hajarul Aswqad dianggap batu yang punyai kelebihan dan ketinggian khusus yang tiada pada batu lain. Ia pernah dikucup oleh Rasulullah s.a.w. dan para nabi dan rasul sebelumnya. Ia menjadi tempat pertemuan bibir orang soleh dan para jemaah haji dan umrah sepanjang umur sejarah.
Terdapat beberapa hadis yang menyebutkan bahawa mengucupnya akan dapat menghapuskan dosa kecil sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Mengusap Rukun Yamani dan mengucup Hajarul Aswad dapat menghapuskan kesalahan (dosa)” ( H.R Tirmidzi )
Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “Demi Allah, Allah s.a.t akan membangkitkannya pada hari kiamat kelak, baginya dua mata. Dia akan melihat dengannya dan baginya lidah yang mampu berkata-kata menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” ( H.R Tirmidzi )
Rumah Kelahiran Rasulullah s.a.w
Kira-kira jam 9.30 aku beredar untuk ke kawasan yang pernah dan sering aku kunjungi semasa mengerjakan haji tahun 2009 dahulu. Mula-mula aku singgah di bangunan yang dinamakan Perpustakaan Rasulullah, yang dibina di atas tanah yang pernah menjadi tempat kelahiran Rasulullah s.a.w.
Masjid Kuching Tiada
Dalam aku berjalan kaki menuju kawasan lama yang pernah aku tinggal masa mengerjakan haji dulu, aku lihat banyak telah berubah. Banyak kedai dan hotel berdekatan telah tiada kerana telah dirobohkan.
Ziarah Tempat Lama
Seterusnya aku teruskan lagi ke kedai-kedai berhampiran tempat masa aku pergi haji dulu. Nampaknya tidak banyak berubah, seperti itu juga kekal dan tidak dirobohkan. Kebanyakkan kedai-kedainya masih wujud dan beroperasi. Cuma orang sahaja yang tidak berapa ramai. Maklumlah bukan musim haji. Aku cuba cari buah delima dikedai-kedai yang pernah aku beli dahulu. Nampaknya tidak terjual, diluar musim barangkali.
Tempat Nyaman Di Masjidil Haram
Untuk solat Zuhor hari ini, aku ke tempat yang dikatakan ada aircond oleh al-Ustaz semasa Tazkirah semalam. Aku masuk di pintu no 39. Wah memamg sejuk dan nyaman suasananya. Sudah nak balik balru tahu ada tempat sesejuk begini. Terasa macam di Masjid Nabawi. Ketika kami sampai orang tidak berapa ramai lagi.
Sempat Satu Umrah ?
Hanya tinggal beberapa hari untuk berada di Makkah, aku mulai bimbang sama ada seroang dari anakku uzur semasa dalam perjalan ke Makkah tempohari, sempat ‘clear’ untuk mengerjakan umrah. Tak kan nama saja pergi umrah, tetapi tidak sempat buat umrahwalaupun sekali di Makkah.
Klik Untuk Gambar Hari Ke-12
1 Komen:
Salam tuan. Blog tuan cukup terperinci dan memberi kefahaman yg jelas kpd saya ttg sudut2 yg penting di tanah suci. Insya Allah, tips dan segala laluan yg tuan ceritakan dalam blog ini akan saya cuba nanti apabila berada di sana nanti. Cara penulisan blog tuan pun cukup santai dan dihiasi gambar yang berkaitan sehingga tidak terasa bosan untuk meneruskan pembacaan. Yang lebih penting, tuan juga berkongsi perasaan secara jujur tentang beberapa kesulitan dan ini sangat penting untuk saya supaya lebih berhati2 apabila berurusan dngn mana2 pihak di sana nanti. Semoga Allah memberi ganjaran pahala atas perkongsian ini. Amin...
Post a Comment