
Alhamdulillah, ibadah korban berjalan dengan lancar di Surau Al-Hidayah pada tahun ini. Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan sebaik selesai solat sunat Aidil Adha. Mungkin ini yang terbanyak pernah dibuat setakat ingatanku. Ini termasuk satu yang diterima dari Kerajaan Malaysia menerusi JKKKP Kuala Selangor yang aku sendiri hadir dalam majlis penyerahannya daripada Dato' Amiruddin Setro, ADUN Jeram. Hujan gerimis yang turun sejak Solat Aidil Adha...