
Di sebalik beberapa perbezaan pendapat mengenai tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w, di Malaysia sambutan kelahiran Rasulullah s.a.w atau dipanggil Maulidur Rasul diadakan pada 12 Rabiul Awal. Hari tersebut merupakan cuti umum dan sambutan Peringkat Kebangsaan selalunya bermula dengan perarakan umat Islam mengikut kumpulan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, pelajar sekolah dan university serta NGO. Mereka membawa pelbagai sepanduk dan hiasan sambil...