
Penunggang motosikal bawah umur akan berhadapan dengan masalah untuk memiliki lesen memandu sekiranya pernah membuat kesalahan jalan raya. Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, walaupun kesalahan itu dilakukan sekian lama, namun pesalahan berkenaan akan menjejaskan peluang mereka untuk memiliki lesen memandu kerana rekod itu disimpan. Sehubungan itu, beliau mengingatkan supaya golongan bawah umur ini tidak menunggang motosikal...