Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Permata Perak Yang Dikagumi

Sekonyong-konyong kemelut melanda politik Perak. Kerajaan Perak bertukar tangan daripada PR kepada BN. Sungguh drastik ianya berlalu, tetapi meninggalkan banyak kesan yang menyebabkan kita tertanya-tanya. Benarkah begitu, benarkah benar segalanya mengikuti peraturan ? Pihak BN bertegas dengan alasan, Sultan Perak adalah bekas ketua hakim negara, takkan perkara ini tidak diketahuinya. Namun pihak PR masih bertekad yang kerajaan baru BN tidak sah. Pelbagai alasan perundangan diberikan sehingga rakyat semua jadi konpius, walaupun diberikan oleh pihak yang dikira berautoriti memberikan pandangan seperti penasihat undang-undang, peguam dan hakim.

Benarkah MB tidak boleh dipecat oleh Sultan ? Kalau hendak pecat pun menerusi sidang DUN, menerusi undi tidak percaya ? Apakah pembubaran Dun sesuatu yaang bertepatan berdasarkan perundangan ? Daripada isu perlantikan MB sebaik selesai PRU12 sehingga kini, banyak yang kita belajar daripada percaturan politik Perak. Mungkin Ir Nizar tidak pernah terfikir untuk dilantik sebagai MB sebelum PRU12. Ir Nizar juga mungkin tidak pernah terfikir untuk dilucutkan jawatannya sebegitu rupa. Aku rasa bukannya beliau beria-ia hendakkan jawatan MB tu, tetapi demi maruah dan kepentingan ummah, maka demikian tindakannya. Walaupun mungkin boleh dianggap sebagai pendatang baru dalam dunia politik, tetapi aku rasa beliau adalah ’Permata Perak’ yang cukup berharga.

Berhadapan dengan pelbagai isu seperti penggunaan Camry sebagai kereta rasmi exco, tanah perkampungan baru dan isu pajakan999 tahun, Ir Nizar mungkin cepat belajar dan mudah menguasai persekitarannya. Beliau juga berdepan tuduhan menjadi boneka DAP, menjual kepentingan Melayu, diapit tujuh Exco bukan Islam, ditambah Speaker dan Timbalan Speaker juga bukan Islam, dengan tenang Nizar mengemudi bahtera Kerajaan Negeri Perak selama 11 bulan. Tetapi beliau kini digambarkan sebagai ’penderhaka’.

Aku rasa tiada tokoh politik yang ’selamat’ jika bertembung dengan sultan atau istana. Konflik dengan istana selalunya tidak berpihak kepada orang politik. Justeru, kita boleh bayangkan bagaimana episod ini akan berakhir? Sungguh sukar bagi Ir Nizar. Malah ada suara-suara mencadangkan agar Ir Nizar akan di ISA kan berikutan keenganaan beliau melepasakan jawatan sebagai MB, termasuk ditarik balik gelaran Dato Seri yang diberikan kepadanya.

Melihat wajahnya dikaca TV serta media masa, aku sebenarnya jadi simpati. Tetapi dalam kekalutan yang didengari dalam media masa itu juga, aku sebenarnya jadi semakin kagum dengan beliau. Ir Nizar tetap tenang, berani, tegas dan menampakkan keyakinan beliau berada di jalan yang benar. Wajahnya tetap ceria dan berseri, walaupun mungkin di dalam hatinya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Entah kenapa dalam tempoh kemelut politik Perak yang menyebabkan peralihan kerajaan di Perak itu, saban waktu aku asyik teringatkan beliau. Bagaimanakah beliau ketika ini, tidur, makan, minum serta anak-anaknya. Anak-anak ku yang juga bersimpati dan mengkagumi Ir Nizar bertanya, kenapa jadi begitu, benarkah begitu dan apakah akhirnya nanti ? Malah Kakyong anak sulongku nak turut berdemontrasi lepas Jumaat pada hari 'MB Baru' angkat sumpah, tetapi 'ditinggalkan' kawan-kawannya. Manakala Kak Di asyik bertanya, macama tak begitu ceria walaupun baru selesai khatam hafazan al-Quran 6 Februari lalu.

Hanya sekali aku mendengar ucapan beliau secara live, iaitu semasa WCIT 2008 di KLCC. Ucapannya sungguh menarik. Bergema dewan dengan ayat suci al-Quran dan bagi membayangkan friendship dan kemesraannya, beliau melambai-lambaikan tangan kepada para peserta WCIT2008 semasa mengakhiri ucapannya. Berikut adalah satu petikan mengenai Ir Nizar yang aku terima menerusi e-mail rasanya, lama dulu. Ternyata beliau mempunyai banyak keistimewaan.

Pengalaman luas aset utama Nizar terajui Kerajaan Negeri Perak
Johari Jaafar
Thu | Mar 13, 08 | 12:46:32 pm MYT

Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar/buka kitab di masjid-masjid dan suara-surau, malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah