
Insya’allah hujung bulan aku ini, aku sekeluarga serta bonda akan menunaikan Umrah ke Tanah Suci Mekah. Dalam membuat persiapan untuk melaksanakan ibadah tersebut aku dan keluarga telah beberapa kali mengikuti beberapa kali kuliah atau kelas mengenai ibadah Umrah yang dianjurkan oleh syarikat Travel Agent yang akan menguruskan pemergian kami nanti. Bagi aku dan isteri mungkin ini ulangkaji. Bagi anak-anakku barangkali perlukan penekanan yang lebih...