Aku memang tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Tetapi apabila dikatakan beliau merupakan somebody di Singapore, maka aku tidak melepaskan peluang merakamkan detik berada di Masjid sewaktu kunjungan aku ke ke sana pertengahan Mac lalu. Apabila di search menerusi internet, pelbagai kisah rupanya boleh diperolehi. Entah mana satu yang betul-betul boleh diambil pakai. Beliau dikatakan berasal dari Kedah dan mempunyai hubungan terus dengan keturunan Rasulullah s.a.w. Dengan beberapa karamah yang diperlihatkan, beliau dianggap wali oleh umat Islam ketika itu.
Antaranya ialah kebolehan beliau berada di beberapa tempat dalam masa yang sama. Beliau pernah dilihat di Mekah sedangkan diketahui beliau tidak pun meninggalkan Singapore. Beliau dikatakan sering mengucapkan selamat jalan kepada pelayar dengan katanya “Saya akan berada di sana bila awak tiba”. Apabila tiba di destinasinya beberapa ketika kemudian, Habib Noh muncul menyambutnya di pelabuhan.
Habib Noh meninggal dunia pada tahun 1866 ketika berusia tahun 78 tahun. Sebelum mati, beliau pernah berpesan agar dikebumikan di Bukit Palmer. Namun apabila beliau meninggal dunia, cubaan untuk mengebumikan beliau di tanah perkuburan Islam Bidadari gagal apabila keranda beliau tidak dapat diangkat oleh sesiapa sedang kubur telah digali dan orang ramai hadir memberikan penghormatan terakhir.
Akhirnya sesorang teringat pesanan Habih Noh, lantas dikebumikan dengan selamat di Bukit Palmer yang kini turut didirikan Masjid. Ketika kerajaan Singapore mahu membina lebuhraya melintasi makam dari Tanjung Pagar, masjid tersebut hendak dipindahkan. Namun dikatakan umat Islam Singapore membantah. Akhirnya lencongan dibuat sehingga ketinggian makam tersebut searas dengan lebuhraya berkenaan.
Kini makam tersebut seolah-olah jadi macam ’keramat’ dimana ramai orang datang berhajat, berubat serta mendapatkan air penawar. Keliling makam kelihatan banyak botol-botol air mineral. Setelah solat zuhor di situ, aku juga sempat didatangi oleh sorang yang berada di situ memohon derma untuk membeli ubat bagi menyembuhkan penyakit ayahnya yang bernilai S$120. Argh ....
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
26 minutes ago
16 Komen:
Banyak tu nak derma Sing120, bagus sangat tu.
Kau ade belajar agama di mana mana ke bang.
belajar agama betul betul syirik hukum nya percaya pada kubur......yang menyembuhkan hanya Tuhan Yang Esa.Ramai orang tak bejar agama dengan betul akibat nya ada percaya kubur boleh bawa tuah atau batu .....semua hukumnya SYIRIK.NAUZUBILLAH HI MIN ZALIK.
ya allah !!!!! taubat lah abang ,,tahu tak kita percaya orang yg mati ada kuasa itu syirik!!!! tak ada nialai haji yg abang buat
saya mnghormati tuan.allah maha berkuasa.mnghidup dan mematikan manusia juga semua yang bernyawa.syafaat rasullulah teramat bermakna bila kita berada dipadang masyar nanti.mngziarahi makam2 wali juga para ambia juga pejuang2 syahid alim ulamak teramat bermakna untuk diziarahi.kita tidak mnanggap kubur itu berkuasa cuma sejarah dan kesan insan2 yang bersemadi itu mnjadi iktibar bagi manusia yang mahu berfikir dan mrenung.
Apa la abang ni. Baca la hadith dan nukilan ulama muktabar. Bertaubat bang.
Magam tu sepatutnya di pecahkan. Jadikan ia seperti perkuburan Baqi sahaja.
Kita tidak bolih mrnjatuhkan hukum syirik pada seaorang kerna kita tak tau niat dan iman sesaorang itu. Yang berhajat minta dibacakan doa olih imam ato penjaga makam yg diamanahkan sebab mgkn mgkn lidah mereka banyak berzikir baca alqur'an ada brrkah nya drpd lidah kita yg mgkn byk maksiat. Setau saya ramai yg membacakan alfateha utk almarhum habib noh tp mohon berkah menerusi keberkahan habib kerna beluau merupakan wali allah pewaris nabi.
Salam saudara2 kita.
1. Menghadiahkan fatihah kepada auliya Allah dan memohon doa dengan berkat doa wali2 Allah tidak salah.
2.Itu maknanya rabithah dan wasilah, dalam maksud umum dengat berkat doa orang2 yg dimuliakan Allah, kerana doa para kekasihAllah adalah maqbul disisiNya (Allah). Allah yg berkuasa dan berhaq memakbulkan doa, Allah jualah yg berhak memilih hamba2nya yg Dia kehendaki utk menjadi Wali2nya.
3. Nabi pernah berpesan kepada para sahabat nya yg besar2, apabila pergi ke suatu tempat dan berjumpa Uwais ai Qarni ( kalu tak silap, kalu sy tersilap sila tegur kan). mintak dia doakan apa2 hajat. ini salah satu contoh rabithah dan wasilah.
4.Tkasih atas komen, keperihatinan dan kemusykilan.
5. Niat2 di hati masing2 hanya Allah jua yg lebih mengetahui. Jatuh hukumnya berdosa, syirik dsb adalah haq Allah.
6. Kita sebagai hamba jangan putus asa mencari kebenaran sebagaimana version sebenar yg nabi Muhammad bawa.
7. "Kerana di zamanku nanti , umatku akan berpecah kepada 72 golongan, yg mendapat syafaatku nanti diakhirat ialah 1 golongan iaitu yg mengikutiku dan para sahabat2 ku, ahli sunnah wal jamaah." secara ringkas mafhum yg ana faham dari hadis yg guru ana ajar.
8. Mudah2an kita semua termasuk ke dalam golongan "an-am ta alaihim" iaitu yg diberi nikmat oleh Allah, sebagaimana dalam maksud al Fatihah yg kita baca dalam solat kita, bukan termasuk dlm golongan " maghdubi alaihim" dan bukan " waladdhollin"
Wasalam,
Keep in touch bro muslims,
I am also a learner, sentiasa mencari ilmu, belajar, diajar dan ditegur.
Ex- SmSj 1980's (end)
askum, sekadar ingin mmberi pndapat...
amat lah tidak salah sekadar menziarahi makam2 ulamak... bukan sekadar apa, untuk mengambil barokah atas kewalian beliau... cnthnye makam habib Noh... sekadar mengambil barokah, berkat kewalian beliau ape yang kite hendak kite dapat.. InsyaAllah... tp harus ingat, yg sebenar2nye Allah yg membuat segalanye.. Manusia tiada daya upaye... jgn mudah mengatakan syirik... jike tidak tahu rujuklah kitab2 muktabar... belajarlah agama.. baru kita tahu yang mana dibolehkan dan yang mana siriknye...
Dari Abi Hurairah katanya Nabi Saallahualaihiwassalam telah bersabda maksudnya
Sesungguhnya Allah telah berfirman,sesiapa yang memusuhi waliku,aku umumkan perang atasnya
TIADA SEORANG pun yangmenghampiriku dengzn amalan wajib yang Aku senangi dan yangme dekatiKu dengan amalan sunat hingga aku mencintainya,Aku akan jadikan telinga untuk memdengar ,Aku jadi matanya untuk melihat,Aku jadi tanganya untuk memegang dan aku jadi kakinya untuk berjalan.Jika dia minta perlindunganKu nescaya akan Ku berikan perlindungan itu kepadanya.
Kadang2 diam itu lbh baik..kadang2 diam itu tak patut...
Salah satu tajuk yg jarang diajar Ustaz2 dan kurang difahami Umat Islam di Malaysia ialah WASILAH. Maka mereka membenci perbuatan menzizarah makam tanpa Ilmu. Layaknya jika mahu menghancurkan makam.Kenapa tidak diseru utk hancurkan makam Rasulullah dan membidaahkan sesiapa saja yg memberi salam pada Baginda
Berjalarlah ilum tauhid Kitab Thuras Katib Mutabar. Jgan main ckp aje. Menhina Allah swt Rasulullah saw Sahbatnya ra atau ketutunan Rasulullah saw. Tptnya adalah jahanman. Taubatlah sblum akhir hayat....
Nyata terang-terang syirik ni. Bertaubatlah. Ziarah tak salah. Tapi mengharapkan meminta dari keramat & selain dari Allah nyata syirik. Ade ke orang buat sebegini pada makam Rasulullah?
Assalam
nak tmbh sikit fakta. Klau pemerintah spura nak buat satu projek mereka tak perlu persetujuan dr mana mana pihak. Dgn izin Allah swt makam habib noh x tertolak oleh bulldozer sbb tu kekal sampai hari ini. Harus di ingat yg mati telah mencapai tahap makam tertinggi dan harus di hormati dan di lawati. Kalau di kira tahap sambutan di sini tak se hebat saperti di iran pakistan dan terdekat demak dan pulau besar
The moral of the above story is. orang2 hajam yakni orang2 kebanyakan yang mengamalkan shariat islam memang selalunya berkata macamtu. Bagi merekalah menurut hukum shariat islam dikatakan syirik walaupun orang kesana tampa ada niat selain sebagai tanda menghormati mengingati habib noh adalah kekasih zatwajibalujud tuhan bernama allah. orang2 shariat tetap memandang serong bagi mereka haram tetap haram syirik tetap dikatakan syirik. Inilah amalan akidah & ikutan bangsa manusia2 yang berpandukan hukum shariat islam. Hakikatnya bangsa manusia lupa selain syariat islam ada lagi 3 cabang ilmu allah taalla yang wajip dituntut 3 ilmu tersebut bernama tariqat hakikat serta makrifattullah. Oleh kerana manusia2 yang mengamalkan shariat islam tidak mengetahui ilmu thoriqad hakikat serta makrifattullah maka segala yang dipandang dilihat umati Muhammad menziarahi makam dikatakan haram dan syirik. Oleh kerana perkataan syirik dan haram adalah milik zatwajibalujud tuhan bernama allah serta kekasihnya baginda Muhammad rassulluloh saw maka layakkah manusia melafazkanya sedangkan hanya allah taalla yang mengetahui dimana letaknya haram dan syirik. Menuduh manusia yang menziarahi makam adalah syirik adalah satu tuduhan yang berat. Sebaiknya manusia2 yang menuduh bertanya sendiri dengan zatwajibalujud tuhan bernama allah adakah benar syirik bagi manusia2 yang menziarahi makam2 dan keramat walli2 allah. The moral of the story is. Wahai bangsa manusia anda Mengaku beragama islam percaya pada allah taalla serta beriman pada ajaran baginda Muhammad rassulluloh saw serta alquraan. Bertemulah. Berjumpalah berbicaralah dan bertentang wajahtu wajahia dengan zatwajibalujud tuhan bernama allah. Sesungguhnya adakah manusia tersebut mengetahui jika ada nama ada rupa dan ada orangnya. Bertanyalah sendiri wahai bangsa manusia kepada tuhanmu bernama Lilahitaallah adakah benar umati manusia yang menziarahi makam dikatakan telah melakukan syirik.
waktu ziarah 24 jam ker
Post a Comment