Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Showing posts with label singapura. Show all posts
Showing posts with label singapura. Show all posts

Ke Maritime Experiential Museum and Aquarium Singapura

Aku berpeluang menghadiri IBM Connect 2015 – Executive Xchange di Singapura dari 1hb hingga 3hb September 2015 anjuran syarikat ICT IBM. Pesertanya adalah di kalangan delegasi CIO pengguna sistem atau solution IT IBM sekitar Asean. Topik banyak berlegar di sekitar cabaran dan peluang disebalik kecenderungan manusia sekarang terhadap penggunaan media sosial.

Malah menurut kajian, 80% responden memberi respon bahawa perkara pertama dilakukan sebaik bangkit tidur adalah mendapatkan smartphone memasing. Lantaran itu IBM menjalin kolaborasi dengan Apple, Facebook untuk kekal relevan. Dalam masa yang sama, bagaimana menghadapi expectation pengguna, isu keselamatan, keperluan analytic computing, Big Data dan mengambil manafaat daripada cloud computing.

Sepanjang program, aku ditempatkan di Hotel Hard Rock Singapore. Terasa macam kurang selesa bunyi ‘Hard Rock’. Salah satu tarikan berdekatan penginapanku ini ialah Maritime Experiential Museum and Aquarium. Ia menempatkan Maritime Experiential Museum dan SEA Aquarium yang mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri. SEA Aquarium pula dikatakan merupakan aquarium terbesar di dunia.

Maritime Experiential Museum
Bermula dengan Maritime Experiential Museum yang merupakan arkiologi maritime dan kekayaan sejarah penerokaan lautan dan perdagangan Asia suatu ketika dahulu.

Ingat masa belajar sejarah sekolah dahulu perdagangan rempah ratus serta pertukaran barangan dagangan yang menjadi aktiviti utama sehingga penjajahan barat di rantau Asia, termasuk Asia Tenggara dan Malaysia.

Mungkin pameran ini cuba untuk menunjukkan tentang kepentingan Singapura sebagai pelabuhan perdagangan yang utama suatu masa dahulu sehingga ia merupakan sebahagian daripada Laluan Sutera.

Kapal Admiral Zheng He
Di tengah-tengah bangunan setelah melepasi pintu masuk, ditunjukkan sebahagian daripada binaan saiz sebenar kapal seorang Admiral bernama Zheng He.

Malah pembinaan muzium ini dikatakan inspirasi daripada Admiral Zheng He who yang dilantik oleh Maharaja semasa pemerintahan Dinasti Ming untuk melayarkan 300 kapal dengan 28,000 kru bagi melaksanakan penerokaan lautan.

Dalam badan kapal Zheng He yang dipamirkan, ditunjukkan juga rempah ratus, barangan kebudayaan yang diperolehi daripada setiap negara yang diterokai.

Jewel Of Muscat
Ia merupakan sebuah kapal pemberian kerajaan Oman kepada negara Singapura. Kapal yang dibina semula tersebut berdasarkan kapal yang sering digunakan dalam kurun ke-9 dengan menggunakan teknik dan bahan binaan tradisional.

Ia dilayarkan dari Oman pada tahun 2010 tanpa sebarang peralatan navigasi canggih dan tiba di Singapura 5 bulan kemudian.

Typhoon Theatre
Dengan tambahan tiket SIN2, kumpulan kami masuk ke satu bilik theatre yang agak besar. Dihadapan pengunjung ada skrin yang besar. Seolah-olah kami berada di atas kapal besar dan dengan bantuan teknologi multimedia, pengunjung seolah-olah berada dalam kapal laut yang sedang belayar.

Aku mula cuak, kot-kot ada kejutan. Kedengaran bunyi guruh dengan tempat duduk kami sesekali turut bergegar, terasa sejuk seperti di tengah-tengah laut. Malangnya pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar dalaam bilik ini.

Diwujudkan suasana seolah-olah kapal kami meredah cuaca buruk, gelora laut, angin dan kilat sabung menyabung. Akhirnya kapal kami karam ke dalam laut bersama-sama dengan lantai kapal yang juga menurun ke tingkat bawah. Bila keluar dari bilik theatre, memang kami telah berada di tingkat bawah berbanding tingkat mula-mula masuk tadi.

Shipwreck Habitat
Keluar terus menuju kepada aquarium besar yang memaparkan habitat sekitar kapal yang karam di dasar laut. Mungkin cuba melanjutkan perasaan tentang apa dialami di bilik theatre tadi.

Namun agak kecewa kerana gagal mengambil foto dengan baik dalam suasana aquarium yang ‘low light’.

Aquarium Lautan Terbuka
Aku rasa ini yang menariknya aquarium di sini. Di Malaysia, setakat di Pusat Sains Negara dan Langkawi tetapi kecil sahaja tangkinya. Di Aquaria KLCC aku belom pernah pergi lagi.

Habitat lautan di sini dapat dilihat dalam aquarium gergasi secara natural. Dikatakan terdapat lebih daripada 100,000 hidupan lautan serta lebih 800 spesis terdapat di sini.

Ini boleh mencetuskan kajian lanjut tentang habitan dan ekosistem mereka. Sebagaimana pengunjung lain, aku mengambil kesempatan untuk duduk sambil berehat dan memerhati dengan sepuas-puasnya mahluk ciptaan Allah yang pelbagai itu.

Ia dikumpulkan mengikut habitat dari serata dunia seperti Laut Cina Selatan, Laut Jawa, Selat Melaka & Laut Andaman, Teluk Bengal, Teluk Parsi & Laut Arab serta Laut Merah.

The Living Fossil
Ia merupakan sebahagian daripad pameran ‘Sea Monsters: Past and Present’ yang kebetulan berlangsung ketika aku ke sana. Living fossil bermaksud organisma yang mengekalkan bentuk yang sama walaupun telah berjuta bertahun serta kurang atau tiada lagi spesis yang seumpamanya.

Agak menarik juga bila mengetahui rupanya aada beberapa yang biasa di temui rupanya termasuk juga sebagai fossil hidup seperti belangkas dan ikan tembakul ( betul ke ? )

Ini sahajalah peluang melencong dari jadual IBM Connect 2015 – Executive Xchange yang agak ketat.

Universal Studio sekadar mampu menjengok pintunya. Tidak ada masa sebenarnya. Selain kadar pertukaran yang tinggi, masuk sorang-sorang sekadar nak berselfie merakam pengalaman tak best la. Lagipun pernah pergi sebelum ini.

Malaysia Food Street sekadar nak merasa makanan halal Malaysian. Menarik juga suasananya. Ku kira pembangunan sekitar Sentosa Resort World ini adalah usaha Singapura dalam menaikkan industri pelancungan yang sekaligus meningkatkan pendapatan negaranya.
Share:

Menziarahi Makam Habib Noh

Aku memang tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Tetapi apabila dikatakan beliau merupakan somebody di Singapore, maka aku tidak melepaskan peluang merakamkan detik berada di Masjid sewaktu kunjungan aku ke ke sana pertengahan Mac lalu. Apabila di search menerusi internet, pelbagai kisah rupanya boleh diperolehi. Entah mana satu yang betul-betul boleh diambil pakai. Beliau dikatakan berasal dari Kedah dan mempunyai hubungan terus dengan keturunan Rasulullah s.a.w. Dengan beberapa karamah yang diperlihatkan, beliau dianggap wali oleh umat Islam ketika itu.

Antaranya ialah kebolehan beliau berada di beberapa tempat dalam masa yang sama. Beliau pernah dilihat di Mekah sedangkan diketahui beliau tidak pun meninggalkan Singapore. Beliau dikatakan sering mengucapkan selamat jalan kepada pelayar dengan katanya “Saya akan berada di sana bila awak tiba”. Apabila tiba di destinasinya beberapa ketika kemudian, Habib Noh muncul menyambutnya di pelabuhan.

Habib Noh meninggal dunia pada tahun 1866 ketika berusia tahun 78 tahun. Sebelum mati, beliau pernah berpesan agar dikebumikan di Bukit Palmer. Namun apabila beliau meninggal dunia, cubaan untuk mengebumikan beliau di tanah perkuburan Islam Bidadari gagal apabila keranda beliau tidak dapat diangkat oleh sesiapa sedang kubur telah digali dan orang ramai hadir memberikan penghormatan terakhir.

Akhirnya sesorang teringat pesanan Habih Noh, lantas dikebumikan dengan selamat di Bukit Palmer yang kini turut didirikan Masjid. Ketika kerajaan Singapore mahu membina lebuhraya melintasi makam dari Tanjung Pagar, masjid tersebut hendak dipindahkan. Namun dikatakan umat Islam Singapore membantah. Akhirnya lencongan dibuat sehingga ketinggian makam tersebut searas dengan lebuhraya berkenaan.

Kini makam tersebut seolah-olah jadi macam ’keramat’ dimana ramai orang datang berhajat, berubat serta mendapatkan air penawar. Keliling makam kelihatan banyak botol-botol air mineral. Setelah solat zuhor di situ, aku juga sempat didatangi oleh sorang yang berada di situ memohon derma untuk membeli ubat bagi menyembuhkan penyakit ayahnya yang bernilai S$120. Argh ....
Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.