
Musim durian tiba lagi. Malah mungkin di sesetengah tempat, telahpun habis. Durian yang dimaksudkan ialah durian kampong kerana durian kawin ‘hasil kajian’ dengan nama berpangkalkan ‘huruf D’ seperti D24 dan D101 boleh didapati sepanjang masa, tiada bermusim. Tanda musim durian memuncak ialah apabila harganya jatuh sehingga beberapa sen sahaja sebiji. Ketika itu, pemilik dusun durian merungut dan pendapatan lumayan seperti peribahasa ‘durian runtuh’...