



dipetik daripada Laman Web Sinar harian, http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story2662747.asp
Saujanautama.net rapat hubungan komuniti
SAUJANA UTAMA – Penganjuran program riadah untuk komuniti Saujanautama.net di luar kawasan mampu mempromosikan portal komuniti berkenaan sekali gus mengukuhkan semangat kejiranan.
Pengerusi Panel Portal Saujanautama.net, Hassan Masrom berkata, satu kejohanan boling dianjurkan Saujanautama.net bagi memperkenalkan dan mempromosikan portal itu kepada masyarakat.
Menurutnya, kejohanan berkenaan dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat dan juga adalah usaha panel portal untuk mendapatkan dana bagi menyelenggarakan portal berkenaan.
“Aktiviti ini adalah perancangan ahli komuniti Saujanautama.net dalam mengaktifkan penduduk seperti di Saujana Utama, Seri Pristana dan Sungai Buloh Country Resort pada hujung minggu atau cuti sekolah.
“Dengan membawakan moto ‘Aspirasi Komuniti Saujana Utama’, portal Saujanautama.net menjadi medan bagi warga Saujana Utama untuk berbincang, bertukar pandangan dan mengikuti perkembangan komuniti ini,” katanya.
Hassan berkata, segala kegiatan ahli komuniti atau badan serta persatuan setempat dalam disiarkan dalam portal berkenaan sebagai makluman atau panduan penduduk sekiranya ada maklumat yang diperlukan.
Katanya, pada kejohanan berkenaan, sebanyak 28 pasukan menyertainya dan berbangga kerana kejohanan berlangsung meriah kerana masing-masing menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memenangi pelbagai hadiah ditawarkan penganjur.
“Pada kejohanan itu, pasukan Anggerik A muncul juara setelah berjaya menjatuhkan pin sebanyak 1,907 diikuti dengan Saujana Creative dengan 1,808 pin manakala tempat ketiga diraih pasukan Anggerik C yang berjaya menjatuhkan sebanyak 1,708 pin,” katanya.
Kejohanan berkenaan juga turut dimeriahkan dengan Cabutan Bertuah dan Juara Longkang manakala hadiah ditaja pelbagai syarikat sekitar Saujana Utama.
0 Komen:
Post a Comment