
Saban tahun diadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di bangunan PWTC. Untuk tahun 2012, ianya diadakan pada 27 April hingga 6 Mei 2012. Aku berkesempatan ke sana pada 1 Mei 2012. Mungkin itulah masa yang terluang untuk ke sana, lantaran ianya juga hari cuti sempena Hari Pekerja. Rupanya ramai yang sefikiran denganku, hadir pada 1 Mei kerana hari tersebut adalah hari cuti. Akibatnya, jadi sesaklah kat Pesta Buku tersebut. Aku kira sesak giler,...