Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

1e-Government Conference 2009

Pada 12 dan 13 Oktober yang lalu, aku berkesempatan pula menghadiri persidangan yang dinamakan sebagai ‘1e-Government Conference 2009’ dengan bertemakan ‘Transforming Service Delivery, People First, Perfomance Now’ di PICC, Putrajaya. Aku sebenarnya diminta oleh Ketua Pengarahku untuk hadir, sedang dalam masa yang sama turut terlibat dalam pameran mengenai perkhidmatan on-line JPJ.

Memandangkan pelbagai tajuk kertas perbincangan meliputi tugas dan peranan Chief Information Officer ( CIO ), rasanya patutnya CIO jabatanku yang menghadiri persidangan ini. Tiada jawatan khusus sebagai CIO dalam perkhidmatan awam, mungkin juga dalam swasta. Malah pembentang dari Singapura pun kata tiada such position dalam government ataupun swasta. Tetapi yang ada ialah peranan CIO yang selalunya dipikul oleh orang nombor dua dalam Jabatan atau sesuatu organisasi.

Persiapan gerai pameran telah diadakan sehari sebelum persidangan. Namun pada pagi tersebut, hanya tinggal menyiapkan semula set bahan pameran. Walaupun aku tidak dapat mengikuti keseluruhan sesi pembentangan, namun beberapa maklumat menarik aku perolehi sepanjang persidangan dua hari ini. Maklumlah, pembentang memang pakar dalam bidangnya. Selain daripada itu, biasalah bertemu semula dengan rakan-rakan dalam bidang IT sektor awam sama ada yang lama tai jumpa atau yang selaluaku berjumpa. Aku kira majoriti peserta adalah kakitangan kerajaan. Semua paper boleh didapati di http://www.mampu.gov.my/1e-gov/index.php?process=8

Majlis perasmian dilakukan pada hari kedua persidangan. Majlis disempurnakan oleh oleh Senator Tan Sri Koh Tsu Koon Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ucapannya dalam bahasa Melayu sungguh jelas sekali. Memang beliau akui akan peranan ICT dalam memangkin saluran perkhidmatan yang lebih cepat dan cekap. Namun bagi beliau, itu sahaja tidak cukup sekiranya tidak disertakan dengan how friendly kita dalam menyampaikan perkhidmatan tersebut.

Umpamanya kini passport boleh dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dala masa 3 jam,berbanding mungkin semingguatau sebulan sebelum ini. Tetapi jika semasa penyerahan passport tersebut oleh kerani di kaunter kepada pelanggan, tiada sifat mesra ditunjukkan, rakyat akan merasa tidak puas hati serta menilai atau memberikan persepsi bahawa kakitangan kerajaan tidak mesra.

Sebaik perasmian dan sidang akhbar, Tan Sri melawat gerai-gerai pameran yang disediakan sepanjang persidangan. Tidak ketinggalan, Tan Sri juga telah singgah dibooth jabatanku. Aku yang memang ditugaskan untuk menerima kunjungan tersebut, sempat menerangkan kepada beliau tentang beberapa inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatanku.

Booth pameran jabatanku memang sering dikunjugi oleh orang ramai. Antara perkhidmatan yang disediakan pada hari tersebut ialah pertanyaan tamat tempoh lesen memandu dan lesen kenderaan, semakan saman, semakan mata kejara dan kemaskini maklumat lesen memandu dalam MyKad.


Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah