Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Perjalanan Haji : Hari Penyempurnaan Ibadah Haji

Hari 40 ( Ahad 29 Nov / 12 Zulhijjah )

Hari ini adalah hari terakhir aku berada di Mina dan perlu melontar jamrah buat kali terakhir pagi ini. Kami dimaklumkan bas untuk bertolak balik ke Mekah bagi jemaah KT03 adalah pada jam 11.00 pagi.

Aku terlewat bangun, kekira 3.00 pagi. Perutku terasa tak selesa, namun di tandas, orang beratur panjang. Setiap pintu tandas sekurang-kurangnya 5 atau 6 orang beratur. Setiap seorang kalau 5 minit, sudah 30 minit.

Kencing Dalam Botol
Argh, aku sudah tak tahan nak buang air. Lantas aku capai botol air mineral yang ada di lantai dan aku lepaskan air kencingku dalamnya berdekatandengan dinding khemah jemaah Indon. Seorang Indon memarahi aku, jangan buang di sini. Memang ketika itu aku menghadap ke dinding khemah jemaah Indon tu. ‘Apa perasaan anda kalau orang buang di tempat anda ?’, katanya sambil mengetuk atau memukul dinding khemahnya menghalauku.

Aku katakan, ah dalam botol. Indon tu masih tidak puas hati, lantai mengintai perbuatanku. Ah, peduli apa, aku teruskan hajatku. Lepas selesai, aku tutup semula botol dengan pentupnya lalu buang dalam bakul sampah. Harapnya si Indon tu tengok perlakuanku dan dapat pengajaran. Ingat aku ni bodoh tak bertamaddun dan tak berakal, nak buang pakai lepas kat khemah orang ? Lagipun cara ini yang juga diajar dalam ceramah haji TH.

Kemudian sambung beratur untuk buang air besar. Aku tahan-tahankan sambil membaca surah Al-Lahab atau surah penahan berulang kali. Bayangkan kalau terlepas dalam ramai-ramai orang tu. Namun alhamdulillah, tertunai hajat dalam bilik air semasa giliranku.

Sentiasa Ada Ruang

Lepas solat suboh, aku terus bersiap untuk melontar. Kekira jam 6 pagi, kami pun bertolak. Dalam khemah kami, nampaknya hanya tinggal yang uzur dan mewakilkan lontaran kepada orang lain. Orang memang ramai, namun perjalanan ke tempat melontar tidaklah susah sangat. Aku ambil tingkat satu sebagaimana melontar pada hari pertama. Alhamdulillah tiada ada masalah. Sentiasalah berdoa, ‘Rabbi yassir wala tuassir, Ya Allah, permudahkan kami, berilah laluan, berikanlah laluan Ya Allah’.

Walaupun ramai mana orang kelihatan dalam setiap kali mengerjakan amalan dalam ibadah haji dan umrah, aku berkeyakinan bahawa akan ada tempat bagiku untuk turut melakukannya sama. Allah akan memberikan ruang. Jarak perjalanan bukanlah suatu halangan besar bagiku. Panas matahari seperti sudah biasa. Ratusan ribu atau jutaan manusia tidak begitu menyesakkan. Akan ada ruang untuk kita, insya’allah.

Alhamdulilah, sudah habis melontar dan berdoa, terasa lega dan syukur dapat menyelesaikan ibadah melontar. Ya Allah, terimalah ibadah dan doa kami, terimalah haji kami dan berilah kami peluang untuk kembali ke sini semula suatu hari nanti.

Jika di Mekah terdapat ramai peminta sedeqah, tidak kurang juga di komplek melontar di Mina. Gaya, cara dan pakaian tidak banyak berbeza sebagaimana dilakukan di Mekah dalam menarik perhatian ramai. Selamat tinggal kompleks melontar, jumpa lagi. Hanya tinggal dua lagi amalan haji dan aku bertekad untuk selesaikan hari ini juga, iaitu Tawaf dan Saie Haji.

Aduhai Sarapan Di Mina

Jam 8.00 pagi sampai di khemah, sarapan telah tersedia. Tak tahulah apa nama hidangan pagi itu, macama nasi bercampur kicap, secuit kuah dan telor. Tak rasa apa-apa. Apabila di tambah dengan serunding daging Malaysia, baru berselera dan laju saja aku memakannya.

Sarapan di Mina kurang meyelerakan bagi ku, entah apa-apa. Dapor dan stok makanan bukan main besar, malah pekerjanya ramai. Apakah memang segaja dilakukan demikian, mengajar kita agar lebihkan ibadah berbanding makan sedap-sedap. Walaupuan semuanya disediakan oleh pihak muasasah, tetapi takkan TH tak ada hak untuk bersuara ?

Tapi makannnya entah apa-apa. Berlainan pula dengan menu makan malamnya yang selalunya lebih sedap. Baru aku diberitahu daging yang kami makan semalam ialah daging unta. Entahlah, tak dapat nak aku bezakan sangat, daging unta dan lembu. Sekurang-kurangnya tahulah yang aku dah merasa daging unta, setelah 40 hari berada di Tanah Suci ini .. ha ! ha !

Perjalanan Pulang Ke Mekah

Selepas sarapan aku berkemas dan bersiap sambil menunggu pengumuman bas sampai oleh TH. Namun ramai yang tidak endahkan nasihat TH dan menunggu juga diluar khemah sehingga menyesakkan laluan.

Jam 11.00 pagi, bas pertama memang sampai. Aku dan isteriku yang memang sudah bersedia terus naik bersama barang-barangku yang bertambah sikit berbanding dengan semasa hendak datang ke Arafah dahulu. Sebelum naik, pihak muasasah memberikan pek makanan sorang satu. Ah, jadi susah nak bawak pulak.

Dapat tempat duduk, tetapi masih tidak selsesa. Sempit dan sesak dengan barang-barang. Patutnya gunakanlah tempat penyimpanan barang di bawah bas. Entahlah. Bas pulak tiada air-cond, main buka tingkap masuk angin saja.

Jalan raya memang sesak walaupun di highway. Perjalanan tidak lancar dan asyik tersekat-sekat oleh brek-brek menyebabkan aku terasa hendak muntah. Walaupun hanya 5 km, namun jam 12.30 tengahari sampailah semula kami di Hotel Janadriyah. Makan tengahari tidak disediakan di hotel, tetapi kami makan dengan makanan yang dibekalkan semasa naik bas di Mina tadi.

Gelagat Kenderaan Haji
Lepas makan tengahari dan solat zuhor di hotel, aku dan isteriku ke MH untuk selesaikan ibadah hajiku. Hanya tinggal tawaf dan saie. Memang kelihatan orang ramai dijalanraya, malahan ada yang mungkin terus dari Mina, berdasarkan pakaian dan barangan dibawa bersama.

Pada ketika ini barulah nampak kenderaan motosikal banyak digunakan. Di sini nampaknya tidak perlu memakai topi keledar untuk menunggang motorsikal. Bumbung kenderaan pun jadi mangsa, asalkan boleh jalan. Bagaimana keselamatannya walaupun mungkin tidak laju pergerakannya ? Tidak menjadi kesalahan ke ?

Kekira 2.30 petang kami sampai di MH. Kami tetap memilih untuk tawaf di lantai Kaabah, walaupun ditingkat satu dan dua agaknya selesa. Mungkin selesa tetapi jarak perjalanannya jauh berganda, fikirku.

Kesesakan Luar Biasa

Aduss. Ramainya orang. Ramai giler !!! Tapi nampak anggun Kaabah yang ditinggallkan 4 hari lalu. Kaabah kini dengan kelambu baru. Memang sebelum ini aku mendapat maklum bahawa kelambu Kaabah yang bernilai SR17juta tu ditukar semasa jemaah haji sedang wukuf. Ketika itu orang tak berapa ada di MH.

Aku duduk membaca al-Quran sementara menunggu masuk waktu asar. Sebaik azan asar, terus qamat dan solat. Cepat tidak seperti selalunya. Solat sunat pun tak sempat. Aku rasa ramai yang tidak dapat solat asar, khususnya yang sedang tawaf sebab tersekat dengan kesesakan orang ramai. Sebaik solat asar aku menunggu isteriku di tempat yang dijanjikan untuk memulakan tawaf. Lama juga menunggu dan akhirnya bertemu. Mungkin sebab orang ramai sangat.

Tawaf yang aku lakukan kali ini memang luar biasa daripada yang selalu dilakukan semasa umrah. Perjalanan tersangat sangat perlahan dan sungguh sesak terutamanya di lingkungan Hijir Ismail. Mulalah berpeloh dalam kepanasan waktu asar tu. Dalam sesak-sesak itu pun ada yang cuba melintas keluar masuk, malah ada yang hendak bertentang arus. Atau itu mungkin puncanya tidak lancar perjalanan tawaf.

Sesekali di lingkungan Hijir Ismail, aku yang turut menggunakan kekuatan tangan kiri bagi melindungi isteriku, hilang kawalan dan hampir tumbang bersama arus manusia yang mengelilingi dan menghimpit kami. Tak dapat dibayangkan kalau tumbang. Dalam masa yang sama perlu dipastikan bahu kiri sentiasa ke Kaabah sebagai syarat sah tawaf. Entah dalam pusing ke berapa, isteriku mengadu stokinnya koyak.

Sesekali terdengar jeritan dan perbualan berbahasa arab yang lantang, entah bertekak atau apa, tidak tahulah. Sunggar sukar keadaan ini, tetapi mengapa hanya di lingkungan Hijir Ismail. Tempat lain kira ok sikit. Setiap kali melalui lingkungan Hijir Ismail, setiap kali itulah aku berdebar, apakah cabaraannya kali ini dan bersiap sedialah. Apakah patutnya ditutup sahaja Hijir Ismail ketika ini, supaya orang tidak keluar masuk semata-mata kerana hendak solat dan berdoa dalamnya ?

Habis sahaja tawaf kami cari tempat untuk solat sunat. Lantai Kaabah sudah penuh, akhirnya kami ke kawasan berdekatan Bukit Safa. Ngam-ngam habis solat sunat, azan magbrib berkumandang. Maknnya mula tawaf 3.40 petang dan selesai 5.10 petang, satu jam setengah untuk tawaf. Berbanding hanya 20 – 35 minit ketika umrah biasa.

Solat maghrib pun dilakukan sejurus azan dan iqamat. Cepat sahaja, imam pun baca surah pendek. Lepas solat maghrib kami melakukan saie di tingkat bawah yang biasa dilakukan. Walaupun nampak macam ramai orang, tetapi kelihatan ok saja alirannya. Agaknya ramai yang naik ke tingkat atas lantaran menjangkakan sesak di tingkat bawah.

Alhamdulillah, Selesai Haji
Kekira satu jam setengah juga kami bersaie, sedangkan selalunya sekitar 45 minit. Habis saie terus azan masuk waktu isyak. Kakiku mulai terasa sakit dan lengoh-lengoh. Sukarnya tawaf dan saie yang dilakukan. Namun syukur alhamdulillah, terasa leganya selesai mengerjakan semua amalan rukun dan wajib dalam ibadah haji. Redha dan yakin sahajalah kesempurnaan apa yang diperlakukan, khususnya semasa tawaf dan saie tadi. Selesailah kemuncak perjalanan sejak tiba di Tanah Suci 21 Oktober lalu. Ya Allah, terimalah haji kami, terimalah umrah kami, terimalah doa dan amalan kami. Kurniakah syurga sebagaimana yang engkau janjikan.

Berebut di KFC
Keluar dari kawasan MH, aku singgah di kedai menjual makanan segera KFC. Hotel kami masih tidak menyediakan makanan tengahari dan malam. Esok petang baru ada. Nampak orang pun ramai dan bersesak dalam kedai tersebut. Walaupun beratur, akhirnya berebut dan berasakan dan tolak menolak juga untuk mendapat giliran dan makanan.

Apalah orang Islam nie, asyik nak berebut sahaja … betapa seksanya hanya untuk mendapatkan sekotak makanan segera dengan harga SR15. Rasa rempahnya sama macam kat Malaysia sahaja, maklumlah resepinya sama. Cuma ayamnya mungkin lain sikit.

Lemah longlai menuju ke hotel. Selepas makan malam, terus rehat dan tidur. Letih tetapi puas hati.
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah