Buat pertama kalinya aku puasa di Putrajaya setelah berpindah sejak Jun 2009 yang lalu. Apa yang istimewa atau kelainananya ? Mungkin masih sukar nak diceritakan tambahan masih pada awal atau minggu pertama Ramadhan, tetapi ada beberapa pengalaman untuk dicoretkan di sini. Selain daripada makan bersama keluarga, aku kira yang menceriakan Ramadhanku sebelum ini ialah aktiviti di Surau Al-Hidayah. Terasa kerinduan dengan suasana dan kemeriahan surau lamaku.
Kebetulan cuti sekolah, maka jalan pun agak clear waktu pagi. Cuma bila nak keluar pejabat dari Putrajaya balik ke rumah waktu petang, jam teruk nampaknya. Memasing nak kejar time waktu buka puasa di rumah bersama keluarga. Masalah pulak nak kejutkan sahur. Nampaknya isteriku terpaksa gunakan talipon dari tingkat bawah untuk kejutkan satu demi satu ahli keluarga bangun untuk bersahur. Yealah, takkan nak terjerit-jerit dari tingkat bawah. Nanti orang sebelah dengar pulak ... ha ! ha !
Bazar Ramadhan
Apakah ini yang dikatakan kemeriahan Ramadhan bagi Umat Melayu ? Satu-satunya Bazar Ramadhan Putrajaya berada di tapak yang sama dengan Pasar Malam Putrajaya. Fuh !! Bersesak macam pesta membeli belah nampaknya. Ramainya tidak macam pasar malam biasa. Walaupun terdapat pelbagai juadah dijual, namun aku tidak kisah sangat hal juadah berbuka.
Tetapi yang aku kira menariknya di Bazar ini ialah terdapat banyak gerai yang pembelinya siap beratur panjang untuk mendapatkan giliran membeli / mendapatkan juadah yang dikehendaki. Bagus dan berdisiplin rakyat 1Malaysia ... Tapi nampaknya macam kat gerai jual ikan bakar dan ayam panggang sahaja. Sama ada memang itu yang favorite atau memang masakan gerai tersebut sedap. Sebabnya ada juga gerai laian jual yang sedemikian, tetapi tak ada orang beratur pun ..
Rahman Balik Bercuti
Mungkin ini menceriakan suasana Ramadhan kami tahun ini. Rahman balik bercuti, sampai KLIA 24 Ogos dan bertolak pulang ke Edmonton Kanada nanti pada 10 Ogos nanti. Dua tahun kami tidak bersama Rahman. Nampak perubahan ketara sebab sudah naik remaja, sedikit talkative dan ceria bersama anak-anakku yang lain. Anak-anakku yang lain siap buat ’baner’ sambutan kepulangan.
Kami ambil kesempatan berbuka puasa di Taman Warisan Pertanian. Suatu yang amat jarang kami sekeluarga lakukan, iaitu berbuka puasa di ’luar’. Lepas ini plan nak bawa Rahman balik kampung Terengganu dan Johor.
Sebagai Pengerusi Penaja Surau P14
Teringat pada awal pindah ke Saujana Utama, hari ke-2 Ramadhan 2000. Malam pertama di Saujana Utama dah kena jadi imam terawih. Ketika itu, penduduk sekitar 25 keluarga sahaja. Tapi di sini, 4 hari sebelum masuk Ramadhan entah secara kebetulan or nasib tidak menyebelahiku, ‘terlantik ‘ sebagai Pengerusi Penaja Surau P14. Tak mengapalah sebagai penaja sahaja dan aku kira sementara sahaja, sebab aku kira ramai lagi yang lebih layak di Precint 14, Datuk/Dato’/Tan Sri serta Pegawai Kanan Kerajaan ramai di sini.
Yang penting dengan barisan AJK yang ada, dapat kami merancang persiapan sekadarnya menjelang Ramadhan. Tidak dapat banyak yang berjaya dilakukan, solat terawikh dengan imam tahfidz jemputan, makluman kepada penduduk, dapatkan tambahan kipas untuk keselesaan jemaah serta rayuan sumbangan. Kami hanya mengunapakai bangunan Surau SMK Prescint 14(1) yang juga dinamakan sebagai Surau As-Syakirin, sejak akhir Mei 2009.
Terawih 20 rekaat dan 8 rekaat pertama surau kira hampir penoh. Lepas 8 rekaat, hanya tinggal ¾ saf sahaja. Bila 20 rekaat, nampak banyak aktiviti terbatas, tadarrus dan tazkirah payah nak diselitkan. Tapi itu keputusan AJK masa mesyuarat penubuhan penaja. Moreh pun masih kurang dapat sambutan. Pinggan mangkuk jug air serta cawan masih belom ada. Tambahan pula, takde stor !!!
Namun aku kira kesempatan gunakan surau sekolah nie, boleh buat aktiviti bersama pihak sekolah yang melibatkan remaja atau pelajar. Selain itu, perkara utama ialah bagaimana meningkatkan kehadiran para jemaah dalam solat fardhu lain serta mengerakkan pembinaan bangunan kekal Surau P14 dengan pihak berwajib. Khabarnya tapak sudah ada. Yang penting sekarang kena buat surat perletakan jawatan di Surau Al-Hidayah Saujana Utama serta jawatan-jawatan lain .... ha ! ha
Solat Terawih Di Masjid Besi
Masjid Sultan Tunku Mizan mula digunakan pada malam 1 Ramadhan untuk terawih. Aku sekeluarga ambil kesempatan solat di sana pada hari Selasa 25 Ogos 2009 untuk merasa pengalaman masjid baru yang khabarnya boleh memuatkan 20K para jemaah.
Wah memang besar dan menarik. Jemaah memang ramai, tapi tak dapat aku agak jumlahnya. Bacaan Imam Terawih jemputan dari Syria malam itu sungguh sedap. Tidak terasa penat atau tidak selesa walaupun 20 rekaat. Sistem siarayanya jelas. Walaupun takde aircond atau kipas namun takdelah panas sangat. Mungkin air tasik dan kolam sekitar masjid tersebut mendinginkan ruang utama solat yang seperti takde dinding
Since namanya masjid besi dan dikatakan menggunakan 70 strukturny a daripada besi keluli, aku serta ramai lagi kelihatan asyik mengetuk-ngetuk tiang or dinding. Mungkin sama keinginan dengan ku untuk pastikan betol ke besi. Tapi sebenarny a tidak nampak sangat atau terasa besinya. Mungkin struktur dalaman atau binaan sebelah atas yang tidak terketok oleh tangan.
Melaksanakan Kerja Di Luar Stesen
Aku dijangkakan berada di luar rumah atau ofis ku selama 3 minggu bagi melaksanakan tugasan jabatanku, sehingga 16 September 2009 atau nak dekat raya. Maknanya buka dan sahur di hotel. Tetapi weekend balik rumah juga. Nampaknya kuranglah solat terawih berjemaah aku tahun ini. Mungkin agak rugi juga, kureng peluang nak dapat banyak pahala. Tetapi untuk berjemaah, banyak masjid bersekitaran menjadi pilihanku untuk solat suboh.
Berbuka posa di hotel ini giler betol .... macam pesta makanan aje. Tapi aku terpaksa kontrol diri aku demi keselesaan dan kesihatan. Kalau dulu aku sering tolak berbuka posa di hotel-hotel, tapi kini terpaksa hari hari nampaknya. Tapi tidak hari-hari hidangan secara buffet, ada juga yang pakai hidang ikut ’Chef choice’. Sekali tu makan ala Jepun di Restoran Jepun. Aduss ... nak muntah dibuatnya, tetapi makan ajelah sebab sudah lapar.
Sahur pulak tidak seperti masa selalu breakfast dengan pelbagai hidangan. Hidangan macam itu aje, nasi dengan lauk pauk, bubur nasi, salad, kuih serta roti. Tak semangat dibuatnya, tetapi makan jugalah untuk ambik berkat bersahur.
2 remaja sengaja rentang tangga tengah jalan
17 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment