Asas kepada KM ialah semangat berkongsikan data, maklumat dan pengetahuan. Sistem komputer hanya sebagai alat penyampai dan pemudahcara. Dalam organisasi kerajaan, seseorang tu tertakluk kepada pertukaran tempat kerja apabila telah lama bertugas, kenaikan pangkat atau mengikut spouse. Ilmu dan kepakaran yang ada dikepala, fail, buku catatan sewajarnya dapat dikongsikan bersama supaya memudahkan orang lain mengambil alih tugasannya. Dengan peningkatan keupayaan infrastruktur IT sekarang, penggunaan audio video, imej dan softcopy menjadi mudah dikongsikan. Cumanya standard perlu dipersetujui mengikut ISO atau mana-mana standard yang sudah establish.Namun cabaran dalam melaksanakan KM ialah pandangan pihak pengurusan berbanding core services kepada pelanggan. Makanya KM hanya dianggap sebagai penyokong kepada core services. Akibatnya terkesampinglah pelaksanaan KMS. Begitu jugalah apabila ku ajukan kepada bos bila nak mula KM ? Tunggu dulu, buat yang core sekarang … Pengetahuan juga dianggap sebagai power , untuk carik makan atau survival seseorang. Sebab itulah kekadang dalam sesuatu organisasi, masih ada sifat kedekut berkongsikan ilmu.
Tetapi entah macamana boleh tersebur kewujudan www.saujanautama.net dalam bengkel tersebut sehingga dijadikan contoh sebuah laman komuniti dalam berkongsikan maklumat. Katanya itu tindakan baik dalam mewujudkan awareness di kalangan komuniti, berkongsikan maklumat sebagai suatu dokumentasi bagi sesuatu komuniti. Memang pun bagiku kewujudan www.saujanautama.net untuk manfaat semua penduduk dan berharap akan lebih ramai.
2 Komen:
i agree your idea ! very nice blog
Although there are differences in content, but I still want you to establish Links, I do not know how you advice!
Post a Comment