
Sambutan tahun baru 2012 yang aku hadiri tahun lepas yang juga diadakan di Dataran Shah Alam telah mencetuskan satu persepsi baru bagaimana umat Islam boleh menyambut tahun baru Masehi yang juga ulang tahun kelahiran Nabi Isa a.s. Pelbagai hiburan serta dentuman bunga api bukan lagi menjadi kemestian. Pengisian program boleh diaturkan sehingga tidak bertentangan dengan syarak. Makanya pada tahun 2013 ini kerajaan negeri Selangor sekali lagi menganjurkannya...