
Berikut adalah komenku terhadap finalist Anugerah Carta Nasyid IKIM 2007 sebagaimana yang diumumkan senarai 10 lagunya dalam siaran Carta Nasyid IKIM pada 1 Disember 2007 di Radio Pilihan Utamaku ... Tahun 2005 dapat menonton secara live sekeluarga di Auditorium MBSA Shah Alam, Anugerah Carta Nasyid IKIM 2005 setelah bersusah payah mendapatkan tiket masuk. Menarik juga, cuma mutu bunyi dan suara perlu dipertingkatkan. Ataukah penyanyi nasyid yang...