Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Ke Bukit Merah Lake Town Resort

Entahlah, tak semena-mena dapat peluang ke Bukit Merah Lake Town Resort ( BMLTR ). Sebelum ini asyik lalu saja dan lihat saja dari Lebuh Raya PLUS. Nak singgah tak berapa nak sudi sebab kata orang agak mahal. Biasalah kalau ada taman tema begitu. Berpeluang ke sana tiga hari dua malam ( 9 hingga 11 April 2010 ) siap dengan makan minum serta tiket combo untuk tiket masuk semua yang ada dalam taman tema tu.

Memang agak menarik juga BMLTR ini. Orang tidak berapa ramai ( boleh survive ke ? ) ke sini. Nak mandi dan main air pun tidak sesak. Lihat majoritinya pengunjungnya famili Melayu dan tak adalah yang berpakaian seksi meksi semasa masa mandi manda. Apakah kerana pengusaha BMLTR ini orang melayu iaitu Dato Mustapha Kamal MKLand, maka orang Cina kureng atau tidak gemar nak mengunjunginya ?

Sebenarnya aku ke sini kerana bersama ofis-mateku untuk Berhari Keluarga. So aturcara dan urusan dilakukan oleh anak buahku. Aku cuma sediakan yang sepatutnya seperti kosnya. Sebelum acara bebas pada hari pertama, kami mengadakan sedikit telematch antara 4 kumpulan yang dibahagikan sebelum permainan diadakan. Letih juga sebab bermain dalam air yang menyukarkan pergerakan.

Tak pastilah bila mula BMLTR ini mula dibuka, sebab kelihatan bangunannya nampak macam menunjukkan usianya telah lama. Kelihatan ada yang telah berkarat. Berkonsepkan taman tema air, pelbagai permainan disediakan.

Rupanya permainan wet buble yang terdapat di BMLTR, didakwa sebagai merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Betul ke ... tapi mungkin sekarang sudah banyak bersepah. Tapi memang menarik melihatkan pengalaman orang ramai bermain dengannya.

Bukan sekadar untuk keseronokan, tetapi ada yang mencabar serta menguji sejauh mana kita mampu melakukannya. Umpamanya di permainan 'boomerang', dimana di atas pelampung menuruni ke bawah curam 80 darjah dan berulang alik dengan lajakan. Pesakit jantung agaknya boleh terus mati kalau mencubanya.

Lelain tu banyak ala gelongsor panjang yang menyebabkan kita mengelongsor laju melaluinya. Itu yang thrill nya ... tapi tak berani untuk aku mencubanya. Ada yang kecik, tapi itu untuk yang berusia 12 tahun ke bawah !!!

Malam hari pertama, kami adakan jamuan ala barbequeu. Sebelum tu aku diminta memberikan ucapan dan seterusnya menyampaikan beberapa hadiah untuk cabutan bertuah. Semua dapat, cuma besar kecik sahaja. Tapi yang tak ku sangka ialah aku diminta berkaraoke !! Kira first time, tapi aku memilih lagu nasyid Pergi Tak Kembali. Anakku kata, tak sedap sungguh abah menyanyi !!!

Pada hari kedua, naik chairlift untuk ke taman haiwan. Mulanya terasa agak ghayat juga, namun tidaklah tinggi sangat. Cuma persoalannya ialah tentang ciri keselamatan. Macam tidak berapa ada. Perjalanan kekira 10 minit baru sampai di penghujung di mana terletaknya taman haiwan.

Agak menarik juga binatang yang terdapat di taman ini. Antara yang rasanya tidak pernah ku temui ialah binturong atau Bear Cat. Pelbagai spesis arnab nampaknya sungguh jinak sekali. Cuma kesian nengok sang beruang, kurus kering macam tidak cukup makan.

Kemudian kami dipersembahkan dengan pertunjukan haiwan yang terdiri daripada 3 ekor burong, monyet serta ... lupa pulak apa binatangnya, macam memerang aje !! Pandai burong-burong tu naik basikal, main bowling, main bola, malah selesaikan masalah matematik !!!

Cuma frust sebab tak dapat nak ke Pulau Orang Utan kerana air tasik cetek yang mengelilinginya kering akibat kemarau, dibimbangi bot terlanggar tunggul kayu. Tasik ini dikatakan menjadi punca air bagi daerah yang berdekatam. Kalau gitu gayanya, nampak parah. Di pulau tengah-tengah tasik tersebut didiami dengan beberapa orang utan yang memang dipelihara dengan elok. Malah inilah antara keistimewaan BMLTR.

Namun akhirnya aku dapat tahu kenapa air di tasik tu tidak naik parasnya. Ianya disebabkan batang paip gergasi yang terdapat berhampiran jambatan ke jeti tu yang tidak mengeluarkan air ... ha ! ha !
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah