
Dengan pakej 4 hari 3 malam berharga RM1200, aku mengikuti rombongan cikgu sekolah isteriku, KL-Jakarta-Bandung yang seramai 20 orang. Mengapa ke Jakarta dulu ? Sebab katanya lebih murah berbanding kalau direct KL-Bandung. Hairankan ? Tak mengapalah, mungkin berpeluang lihat Jakarta.
Flight dari KLIA2 jam 7 pagi, terpaksa 4 pagi kena sampai dah di KLIA2 yang baru dibuka. Waduh besar dan luasnya. Terpaksa berjalan jauh dari tempat pemeriksaan masuk...