Dengan pakej 4 hari 3 malam berharga RM1200, aku mengikuti rombongan cikgu sekolah isteriku, KL-Jakarta-Bandung yang seramai 20 orang. Mengapa ke Jakarta dulu ? Sebab katanya lebih murah berbanding kalau direct KL-Bandung. Hairankan ? Tak mengapalah, mungkin berpeluang lihat Jakarta.
Flight dari KLIA2 jam 7 pagi, terpaksa 4 pagi kena sampai dah di KLIA2 yang baru dibuka. Waduh besar dan luasnya. Terpaksa berjalan jauh dari tempat pemeriksaan masuk hingga ke gate penerbangan masuk. Dahlah tu, tak banyak escalator.
Tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Suharto-Hatta Jakarta jam 8.00pagi waktu Jakarta. Berbeza kurang satu jam dengan waktu KL. Suasana macam masih berkabus. Turun flight, kami naik bus untuk di bawa ke terminal ketibaan. Bagus, sekurang-kurangnya tak penat berjalan.
Saiz terminal airportnya sederhana luas sahaja. Seperti biasa, terdapat beberapa kedai di balai ketibaan kami.
Kemudian kami menaikki dua kenderaan bas dan MPV untuk terus ke Bandung yang terletak kekira 140km dari Jakarta. Pak Supir kenderaan kami dipanggil Pak Jajat dan merupakan orang kelahiran Bandung.
Kalau 140km menggunakan lebuhraya di Malaysia, boleh dapat 1 jam lebih sikit. Tetapi meredah pinggir Jakarta, sudah terasa kesesakan jalan raya. Makin mendekati Bandung, keadaan semakin teruk.
Kesesakan jalan raya dipanggil ‘macet’ di sini. Dari tol keluar terakhir terasa kesesakannya dalam perjalanan menuju destinasi pertama kami iaitu Pasar Baru.
Tetapi kesesakan ini rupanya menjadi punca rezeki untuk penduduk tempat dalam menjalankan perniagaan serta meminta sedekah.
Pasar Baru Trade Centre
Dianggap sebagai destinasi wajib dikunjungi jika hendak shopping pakaian di Bandung. nama aje 'baru' tetapi dikatakan telah wujud sejak 1930an. Kini ia merupakan bangunan 8 tingkat yang selain gedung membeli belah, turut menempatkan masjid di tingkat atas sekali serta ruang parking. Baguskan atas bangunan pusat membeli beli begini ada masjid. Senang kalau nak solat Jumaat khususnya.
Di Malaysia seingat aku di UTC Central Kuala Lumpur ada surau Jumaat. Tak kedengaran pulak tempat lain.
Memang ramai giler pengunjung di Pasar Baru ni. Sesak, nak berjalan pun payah khususnya di tingkat-tingkat yang bawah. Aku bermula dari tingkat ke-7 ke bawah. Agak lengang pada mulanya.
Pelbagai gerai atau kedai jualan pakaian dengan suasana seolah-olah seperti juga di Pasar Payang, Siti Khadijah dan juga di Madinah Mekah.
Kami dijanjikan kumpul semula di lobi Pasar Baru jam 5petang. Jam 5.30 katanya banyak kedai dah mula ditutup. Yang serabutnya masa menunggu ramai yang menghampiri merayu membeli barangan, meminta sedekah serta bermain gitar mohon sumbangan.
Bukan tak mahu bagi, tapi kata orang sebelum ini, kalau kita bagi sedekah maka ramai yang akan datang mendapatkan kita. Takut aku dibuatnya …
Memang sesak dengan pelbagai aktiviti di perkarangan Pasar Baru. Aktiviti jualan menjadikan laluan trafik menjadi macet.
Perjalanan menuju hotel penginapan memaksa kami meredah kesesakan jalanraya. Tidak mengapalah, at least boleh tengok bagaimana macet di Bandung.
Kami tiba di hotel penginapan, Hotel Grand Malabar hampir jam 7.00 malam. Bilik kami kecil sahaja. Lepas masukkan barang ke dalam bilik masing-masing, terus turun semula di lobi untuk bertolak ke lokasii makan malam.
2 remaja sengaja rentang tangga tengah jalan
1 hour ago
0 Komen:
Post a Comment