
Persoalannya, sejauh mana warga KL menggunapakai ITIS ? Tahukah mereka akan kewujudan ITIS yang difahamkan kos untuk setup semuanya menelan belanja RM 360 juta .. wau .... Pegawai di ITIS mendakwa, berdasarkan ’ kiraan’ tertentu yang dilakukan, yang melibatkan penjimatan kos masa dan petrol oleh pengguna jalanaraya, ITIS dikatakan telah balik modal. Tidak didedahkan pula bagaimana pengiraan tersebut.

Persoalan lagi, patutkah ITIS diletakkan di bawah DBKL. Mungkin disebabkan skop adalah sekitar KL, Tetapi dengan kos penyelenggaraan yang mencecah RM25 juta setahun, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membaiki kerosakan jalan dan kerosakan kemudahan awam. Sekiranya bukan DBKL, siap yang sepattnya mengambil alih ? Kemeneterian Pengangkutan Malaysia ? Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ? Polis Trafik Kuala Lumpur ? Atau kembali semula kepada MAMPU sebagai agensi yang mempunyai kuasa ’tertinggi’ dalam hal ini ?
Persoalan lagi, sejauh mana maklumat tersebut boleh dikongsi oleh agensi atau jabatan kerajaan yang lain ? Setiap agensi atau jabatan mempunyai paranan dan fokus penggunaan mungkin berbeza. Kalau ITIS hanya untuk memaklumkan kesasakan jalan sama ada disebabkan kemalangan, banjir atau jalan rosak, bagaimana agensi lain yang sewajarnya bertindak, melakukan tindakan yang sewajarnya. Umpamanya kalau ada kemalangan, sepantas mana polis trafik, bomba atau ambulan dimaklumkan dan bertindak ? Atau agensi tersebut tak terima atau ’tak iktiraf’ pun maklumat daripada ITIS. Pengguna jalanraya tidak nampak apa ’masalah dalaman’ yang berlaku dan akhirnya yang disalahkan ialah sistem penyampaian kerajaan yang kurang berkesan.
1 Komen:
itulah masalah e-Kerajaan yg kita hadapi...sistem dah canggih..tetapi kurang dari segi pelaksanaan..apa yg ditekankan ialah output..bukanya impak dan hasil...
sepatutnya promosi itis diperhebat..atau swastakan sebagian kecil (bukan semua) seperti MyEG (sistem renew roadtax) promosi besar-besaran dibawah projek MyEG..
sistem itu mungkin boleh di intergrasikan dengan google maps..kat situ pun boleh paparkan maklumat kesesakan kan? tapi buat masa ini, US jer la..apa kata extend ke malaysia ?
Post a Comment