
Semasa aku tinggal di Saujana Utama dan berulang alik ke tempat kerjaku di Kuala Lumpur sekitar awal 2000, sambil memandu aku sering mengikuti siaran yang membincangkan tentang perkembangan ICT di Radio Malaysia Kuala Lumpur ( RMKL ) yang dikendalikan bersama Sdra Azli Paat. Kemudian entah mulai bila aku mulai hilang daripada mengikuti celoteh beliau di Radio sehinggalah kepada minggu lalu, aku terkejut apabila mendapat berita tentang kematian beliau...