Suatu ketika dahulu, aku pernah dengar yang tidak dibenarkan gerai-gerai tepi jalan beroperasi di Putrajaya. Di rumah-rumah pula tidak dibenarkan berpagar dan bergrill. Malah di laman or sekitar rumah tidak dibenarkan tanam pokok pisang serta ubi kayu ( tapi aku belasah aje ). Semuanya ini mungkin bagi memastikan bandar yang kononnya tersusun rapi lengkap dengan pasar-pasar, taman, hospital, sekolah serta pelbagai kemudahan orang ramai disedia, dengan rekabentuk yang sesuai.
Malaysian tetap Malaysian walau di mana berada. Ingat boleh paksa orang kampung yang duduk kat Putrajaya akur dengan hal demikian ? Di tengah-tengah pemandangan bandar pusat pentadbiran kerajaan yang serba moden, cantik dan bersih itu nampaknya budaya berbelanja di Pasar Malam tidak dapat tidak.
Tak pasti mulai bila, Pasar Malam Mega atau Pasar Tani Mega telah dibuka pada setiap hari Selasa dan Jumaat, dari pagi sampai kekira 11.00 malam. Pelbagai barangan keperluan basah dan kering, makanan serta pakaian boleh diperolehi Apakah layak di panggil pasar tani sedangkan barangan selain produk berasaskan pertanian juga dijual seperti pakaian hinggalah kepada kereta !!!
Pasar Malam ini difahamkan dikendalikan oleh FAMA dan terletak di Presint 2, berhadapan bangunan indah Kementerian Kewangan serta Bahagaian Pinjaman Perumahan. Kenapa tidak dibuat dalam bangunan Kementerian Kewangan yang indah tu, atau bangunan-bangunan lain ? Barangkali peniaga yang telah menyewa ruang niaga dalam bangunan yang disediakan sebelum pada kadar yang agak tinggii rasa tidak puas hati dengan polisi yang berubah ini, menyebabkan mungkin mereka hilang pelanggan. Adat berniaga, persaingan ?
Namun pasar tani itu memang layak dipanggil 'Mega' sebab memang luas. Jualannya pun sangat banyak. Apakah yang terbesar di Malaysia ? Barisan peniaga disusun dengan baik mengikut jenis barangan atau perkhidmatan yang didagangkan. Maknanya tidak bercampur macam pasar malam tempat lain. Peniaga pun nampaknya berpakaian seragam. Agak bersih juga kawasan pasar tani tersebut, kerana setiap depan gerai disediakan bakul sampah. Mungkin warganya yang berdisiplin ?
Selalunya kalau aku pergi, selepas solat Isyak. Kalau pergi awal petang tersangat sibuk sampai nak dapatkan parking pun sangat payah. Beliau pun sikit-sikit sahaja sebab rega barangan mentahnya seperti sayuran dan ikan, agak mahal sikit berbanding tempat lain yang pernah aku kunjungi sebelum ini. Makanan pun begitu juga. Peniaga tu ingat, orang Putrajaya ini kaya-kaya agaknya. Sewa tapak niaga mahal juga ke ? Tapi kebanyakkan peniaga adalah bumiputera Melayu dan biasalah, pekerjanya ada yang international.
Aku ternampak baner yang menyatakan satu lagi pasar malam seumpamanya baru dibuka, iaitu di Presint 8 pada setiap hari Ahad mulai tengahari sampai 10.00 malam. Wah, silap-silap setiap Presint nanti ada pasar malam.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
4 minutes ago
3 Komen:
Pasar malam putrajaya mahal giler...
SALAM BRO - VERY NICE BLOG - THANKS FOR THE INFO - womenattitude.blogspot.com
kt psr mlm putrajaya ni sy suka beli laksa dia mmg sedap
Post a Comment