
Hasil dua kali mesyuarat yang diadakan iaitu pada 6 April di premis KIDaS dan 16 April di Surau An-Nur, akhirnya persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan jalinan kerjasama dan permuafakatan antara surau-surau di Saujana Utama, SBCR dan Sri Pristana atas nama Majlis Gabungan Surau ( MGS ). Cadangan penubuhan ditimbulkan dan dipersetujui dalam Bengkel Pelan Strategik Surau Al-Hidayah 2008/2010 yang diadakan pada November 2007 di Dusun Eco Resort,...