Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan dan lakonan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Masjid Kubah Lapan

Saja singgah ke Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, Terengganu yang mendapat jolokan sebagai Masjid Rusia kerana seni binanya seperti St Basil Cathedral di Moscow, Rusia


Masjid yang masih dalam pembinaan menerusi sumbangan derma orang ramai itu adalah bagi menggantikan masjid kayu sebelum ini, yang berusia lebih 100 tahun dan usang.
Namun ia telah mula digunakan Raya Aidil Fitri tahun lalu. Sumbangan masih dialu-alukan.

Bank : CIMB (Cawangan Jerteh)
Nombor Akaun : 8601938709
Pemegang Akaun : Masjid Kampung Lapan Kotak, Besut Terengganu Darul Iman
Sila Hubungi :
1. En. Azmi Bin Jaafar : 013-955 6003
2. Tn. Hj. Ahmad Wan Yaacob : 013-971 5840
3. En. Mat Din Bin Mohamed : 013-919 7543

Share:

0 Komen:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.