Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikan pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, pahit, indah, muram, genting & gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Menjamu Mata Di Bukit Keluang

3 Februari 2019 : Photobooth baru sebagai tarikan pengunjung ke Bukit Keluang, Besut.

Singgah di Pasat Siti Khadijah, Kota Bharu

4 Februari 2017 : Kenangan Singgah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Masjid Selat Melaka

Destinasi wajib kunjungi jika ke Melaka sambil rehat dan solat ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Putrajaya, I'm Coming !!! Called Off

Entahlah, tunggu punya tunggu. Deposit rumah pun dah bayar. Tetapi tiada khabar berita. Talipon punya talipon, kata masih dalam renovation, kontraktor belum pulangkan kunci. Sedangkan ikut surat asal, boleh dapat kunci dalam masa 2 bulan. Tapi kini udah nak masuk 3 bulan !!! Tapi OK juga sebab pejabatku pun belum tahu bila nak pindah, sedang barangan kat rumah sekarang dah banyak yang sudah packed masuk kotak. ASTRO tamat awal bulan Mei depan. Siap orang yang beri kotak untuk aku masukkan barangan yang nak dibawa pindah tu tanya, bila nak pindah ? Kalau tak jadik, minta pulangkan balik kotak tu ... ha ! ha ! ha !

Lantas aku diberikan pilihan kuaters di Precint 11 kalau nak cepat masuk. Akupun minta alamat rumah tersebut untuk aku survey. Katanya rumah baru siap dan baru aje dapat CF. Lalu last Saturday akupun pergi membuat kunjungan.

Wah besarnya rumah-rumah yang baru ditawarkan ini. Halaman rumah luas-luas. Boleh letak beberpa khemah kalau nak buat kenduri or rumah terbuka. Berap kali nak kenduri, berap kali nak buat rumah terbuka ? Enam bilik serta 4 bilik mandi. Dapor agak besar, siap dengan kitchen kabinet. Master bedroom ada wardrobe. Bilik air utama ada bathtub. Malah dekat juga dengan Kompleks Sekolah Precint 11(1), jalan kakipun boleh sampai. Terserempak dengan course-mate masa ngaji kat U dulu, yang dia ditawarkan juga kuaters disitu.

Tapi yang tak bestnya, tak sama level. Rumah sebelah boleh 'intai' rumah sebelah yang di level bawah sikit. Pokok masih gondol dan yang paling tak best suasananya tidak menarik. Belakang ada jalan raya dan ladang kelapa sawit. Sudahlah rumah tak berapa ada pagarnya, kalau nak rompak, senang perompak nak lari dengan kereta yang menunggu kat jalan sebelah ladang kelapa sawit tu. Itulah teorinya agaknya.

Fikir punya fikir, datang lagi buat kali ke-dua pada hari berikutnya iaitu hari Ahad. Anakku Kauthar Al-Najihah masam aje melihatkan rumah tu, tak ceria langsung. Ini mengesahkan aku untuk tidak jadik nak duduk rumah tu. Berbanding dengan Precint 14 yang nampak ceria, suasana Putrajaya dan lebih privacy, walapun lebih kecik saiznya daripada rumah yang ditawarkan di Precint 11 tu.

Aku harap dapat pindah angkut barang akhir Mei dan harap juga my wife dapat pindah sekolah di kawasan sekitar yang dipohonnya. Selalunya result permohonan masa cuti sekolah pertengahan tahun ( Jun ). Kalau tak siap juga rumah Precint 14, mungkin terpaksa ambik juga yang di Precint 11 tu. Ofisku entah bila hendak pindah. Sudah banyak kali tangguh. Bil api dan air walaupuncuma sikit, sudah mula bayar. Sekurang-kurangnya 2 bulan diperlukan dari tempoh kelulusan diberikan oleh Perbendaharaan mengenai perlantikan 'mover' yang nak angkut barang-barang ofis, khususnya ICT infra.
Share:

Konspirasi Pembunuhan JFK

Pada Sabtu 18 April 2009 yang lalu, aku berkesempatan mengikuti kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin di Surau Al-Hidayah. Dalam mengkisahkan detik-detik hampirnya berlakunya Perang Uhud, Ustaz turut menyebutkan bahawa pembunhan John Of Kennedy ( JFK ) dikatakan merupakan suatu konpirasi. Rasanya macam aku belum pernah dengar dakwaan seumpamanya sebelum ini. Namun apabila aku gelintar di internet, memang banyak rupanya kisah berkenaan.

JKF merupakan Presiden Amerika yang ke - 35. Beliau mati kerana dibunuh sewaktu beliau dan isteri sedang menaiki kereta tanpa bumbung pada 22 November 1963. Dua jam selepas kejadian, Lee Harvey Oswald yang dituduh sebagai penembak yang bertanggungjawab, telah ditangkap. Tetapi kemudiannya beliau dibunuh oleh orang lain iaitu Jack Ruby sebelum siasatan rapi serta perbicaraan dilakukan. Ini meninggalkan pelbagai misteri.

Bukan setakat orang awam, pelbagai badan kerajaan dan NGO pun menganggap konspirasi berlaku dan pembunuh tidak bertindak bersendirian. Malah ada juga yang mengatakan ianya juga perancangan peringkat kalangan pimpinan Amerika sendiri. Apa hubungan Jack Ruby dengan Oswald ? Ini kerana Jack Ruby dikatakan merupakan anggota gelap CIA dan terlibat dalam banyak silent operation CIA yang ditunjangi oleh Israel. Mengapa JFK dibunuh ? Pelbagai kemungkinan sebab diutarakan yang dikaitkan dengan konspirasi berkenaan.

Berikut adalah antara yang Ustaz Hishamuddin sebutkan, cuma aku cuba detailkan lagi.

1. JFK memerintahkan untuk menghentikan perang Vietnam dan mengarahkan pulang tentara Amerika yang masih berada di sana. JFK juga bercadang untuk bekerjasama dengan Mesir ( Pres. Jamal Nasser ) untuk menyelesaikan isu penempatan rakyat Palestin dan tidak melayan lobi pihak Israel ketika itu.

2. JFK ingin menghentikan perlombaan senjata dan menuju perdamaian dunia. Hal ini sangat tidak diinginkan oleh pengeluar senjata yang juga dikuasai oleh konspirasi yahudi. Henti perang maknanya tiada bisness persenjataan.

3. JFK tidak memberikan senjata nuklear kepada negara Israel. Walaupaun ilmuwan Yahudi yang menemukan senjata pemusnah peluru di Amerika, namun Israel tidak dapat memiliki senjata ini untuk perjuangan mereka. Perkara ini sama sekali tidak boleh diterima oleh konspirasi Zionis.

4. JFK memutuskan untuk membubarkan CIA yang bekerjasama dengan Mossad Israel. CIA dan Mossad merupakan entiti yang sangat penting bagi terorisme global Zionis.

Atas perkara di atas, teorinya konspirasi ini melibatkan gerakan Zionis Israel yang tidak bersetuju dengan JFK. Setelah JFK mati tertembak, ia digantikan oleh Lyndon Johnson yang merupakan “boneka” zionis dan saat Lyndon B. Johnson menjadi Presiden, serta merta Amerika diserahkan sepenuhnya kepada Zionis Yahudi.

Kelantangan Obama dikatakan telah mengundang perkara yang agak sama. Sama yang berlaku terhadap Martin Luther King dan Abraham Lincoln iaitu Kesamaan Amerika. Amerika yang kononnya memperjuangan hak asasi, nampaknya sekadar manis dibibir sahaja.

Share:

Pelancaran Pelan Integriti Jabatanku

Pada 20 April 2009 yang lalu, aku bersama-sama rakan sejabatan berkampung di Hotel Hilton untuk majlis Pelancaran Pelan Integriti jabatan. Pelan Integriti Nasional telah dilancarkan pada 2004, tetapi lima tahun kemudian barulah jabatanku melancarkannya. Lewat ? Bak kata bebatap, better late than never. Program diisikan dengan ucaptama daripada ketua Pengarah, diikuti dengan forum dan soalan jawab sebelum lunch dan pelancaran Pelan Integriti pada sebelah oleh pak Menteri. Suatu yang menarik dalam ucapan pak Menteri ialah, pengharapan pelan bukan sekadar cantik di atas kertas tetapi yang penting ialah penghayatan dan pelaksanaannya.

Balik rumah aku tertunggu-tunggu juga kat depan TV kot mukaku keluar kat TV. Tapi tak berkebetulan rupanya. Esoknya pelbagai paper aku selak dan kutemui pelbagai tajuk berkaitan majlis berkenaan dipaparkan. The Sun kata ‘Integrity Plan Problem Dept’, cilakak betul. Langsung tak berikan semangat. Bernama pula melaporkan SPRM yang akan membantu jabatanku pulihkan prestasi. The Star, ’Clean-up For Puspakom’. Mungkin silap jabatanku tidak menyediakan teks ucapan atau press release kepada wartawan yang memang ramai yang hadir dalam majlis berkenaan.


Tiada apa yang perlu dirisaukan dengan pelaksanaan Pelan ini sekiranya kita berkerja dengan betul sebagaimana ditetapkan. Mungkin bagi yang sering mengamalkan penyelewengan, rasuah, salahguna or salah urus akan terasa terancam dan tidak senang duduk. Tetapi banyk juga yang hendak dilaksanakan berdasarkan pelan yang disebutkan dalam majis berkenaan.

Persoalannya, sejauhmana pelan sebagaimana dirancang dapat direalisasikan memandangkan jabatanku agak kesuntukan daripada segi peruntukan. Nak buat itu dan ini banyak tyang terhalang disebabkan tiada peruntukan. Bagaimana nak juga laksanakan dengan budget yang terhad ? Mungkin kena ubah strategi.


Share:

KLIBF & Hari Buku Sedunia 2009

Berbanding dengan Hari Ibu, Hari Guru dan apatah lagi Hari Valentine, Hari Buku Sedunia ( HBS ) tidaklah begitu diingati apatah lagi nak diraikan dengan besar-besaran. Mungkin tidak ramai tahu bilakah HBS ini ? Menerusi kajian internet, sedikit sebanyak dapat diketahui bahawa HBS jatuh pada tarikh 23 April setiap tahun bermula sejak 1923 lagi. Sebenarnya ada sejarah di sebalik penetapan tarikh tersebut sebagai HBS. Tetapi nampaknya HBS ini ada pertalian dengan sambutan hari St George bagi penganut Kristian.

Apakah boleh kita anggap tidak mengapa, lantaran sekadar memperingatkan kita kepada kepentingan ilmu dan buku sebagai salah satu dari sumber ilmu ? Namun sebagai seorang Muslim, HBS mungkin bukanlah satu tarikh yang begitu signifikan dengan ajaran Islam. Ini adalah kerana Islam terlebih dahulu meraikan ilmu melalui wahyu pertama yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Hira' dengan surohan 'Bacalah'.

Tetapi malangnya umat Islam, khususnya di Malaysia bukanlah terkenal sebagai ummat yang paling menghargai, menguasai ataupun mencintai ilmu. Statistik juga menunjukkan betapa rendahnya kadar membaca di kalangan warganegara Malaysia. Malahan bahan bacaan yang paling diminati pun yang ’ringan-ringan’ sahaja. Budaya suka ke perpustakaan amatlah kecil peratusnya berbanding budaya suka ke pusat membeli-belah dan ke pusat hiburan. Rasa hormat terhadap ilmu, buku dan orang berilmu seperti guru, ustaz, alim-ulama' dan cendikiawan juga sangatlah mengecewakan dikalangan kita, terutama di kalangan generasi muda.

Berbalik kepada tarikh 23 April yang dijadikan sebagai HBS. Tarikh 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995. Ia sebenarnya telah diilhamkan daripada tradisi Catalan, yang lebih dikenali sebagai Festival of the Rose.

Mengikut legenda, Saint George telah membunuh naga untuk menyelamatkan puteri Catalan. Lantas daripada pembunuhan tersebut, darah naga yang mengalir telah menumbuhkan sepohon mawar, dan Saint George telah memetik sekuntum mawar yang paling cantik lalu diberikan kepada puteri tersebut. Sejak dari itu, pesta mawar ( Festival of the Rose ) telah disambut oleh masyarakat Barcelona. Setiap jejaka akan menghadiahkan sekuntum mawar kepada kekasihnya.

Pada tahun 1923, pesta tersebut kemudiannya telah digabungkan dengan ‘el dia del llibre’ atau Hari Buku yang juga telah disambut sempena kematian Miguel de Cervantes dan William Shakespeare serta beberapa penulis lain, iaitu pada 23 April 1616. Sejak dari tahun 1923 itulah, para wanita yang menerima hadiah mawar dari kekasih mereka, kemudiannya akan menghadiahkan buku sebagai hadiah ganti di atas pemberian mawar itu. Juga telah dikatakan pada tahun itu sahaja sebanyak 400,000 buah buku telah terjual yang menjadi hadiah balasan kepada 4 juta mawar!

Dalam kebanyakan negara meraikan HBS pada 23 April, di United Kingdom, mereka meraikan ulang tahun Hari Buku Sedunia pada 1 Mac setiap tahun. Di Malaysia promosi merayakan HBS rasanya baru beberapa tahun kebelakang. Pada tahun 2009, nampaknya ia disambut dengan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIBF ) yang diadakan di PMTC dari 17 hingga 26 April 2009.

Aku berkesempatan berkunjung ke sana dan seperti biasa yang menariknya bagiku ialah peluang bertemu dengan penulis tertentu. Antara yang aku sempat bertemu Kartunis Ujang, novelis Ramli Awang Murshid, motivator Ismail Zain dan penasyid Faizal of Hijjaz.
Yang lebih menarik kali ini ialah aku juga berkesempatan menghadiri pelancaran sebuah buku novel 'Bidadari Dari Syurga', terbitan Anbakri Publica oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penuh sesak Dewan Kedah dengan orang ramai yang ingin melihat Tuan Guru dengan lebih dekat lagi. Dalam ucapan pelancarannya, beliau menyentuh tentang the positif side of meniru. Memang kita disuruh meniru apa yang baik sebab Rasulullah itu diutus untuk menjadi contoh dan teladan untuk semua umat manusia. Anak-anak mencontohi atau meniru daripada ibubapa yang menjadi suri tauladan dalam rumah. Murid-murid meniru gaya dan perwatakan daripada gurunya di sekolah dan sebagainya.

Share:

Kejohanan Bowling@Saujanautama.net 2009

Satu Kejohanan Bowling anjuran Saujanautama.net telah diadakan di U-Bowl, One Utama, Kuala Lumpur pada 12 April 2009. Kejohanan ini diadakan ialah sebagai satu cara untuk memperkenal serta mempromosikan portal kepada masyarakat. Menerusi kejohanan ini juga, diharapkan akan dapat mempereratkan tali silaturahhim di kalangan penduduk serta komuniti setempat. Kejohanan ini juga adalah sebagai usaha untuk mendapatkan dana bagi menyelenggara portal serta merancang pelbagai aktiviti lain untuk kebaikan masyarakat setempat.

Sebanyak 28 pasukan telah menyertai pertandingan bagi tahun 2009 ini. Aku main dalam team Exora. Asyik amik gambar pasukan lain, tak terambik pulak ahli pasukanku yang terdiri daripada Jemay, Nazri si Abah Cool dan Hj Izmin. Daripada segi pasukan, kumpulan kami hanya berjaya dengan 1482 jatuhan pin dan dapat no 14 daripada 28 pasukan. Not bad tu ...

The last time aku main bowling ialah di Cineleisure tahun lepas. Berbanding dengan prestasi lalu, nampaknya kukira prestasi kali ini semakin meningkat. Kali ini aku guna bola nombor 10 sahaja. Aku target dalam 3 game untuk dapatkan 400 jatuhan pin, namun hanya beroleh 378 sahaja. Suatu ketika dulu, sebelum mengamali xcident yang menyebabkan 'tulang gagah' tangan kananku patah selalunya aku dapat sekitar 400-430 dengan bola saiz 13 yang ku beli.

Kejohanan ini nampaknya masuk juga dalam Sinar Harian. Tidak sangka juga, gambar yang diletakkan secara cut and paste menjadi pilihan pihak Sinar Harian. Sebenarnya baner yang dalam gambar itu diletakkan secara cut and paste.


dipetik daripada Laman Web Sinar harian, http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story2662747.asp

Saujanautama.net rapat hubungan komuniti

SAUJANA UTAMA – Penganjuran program riadah untuk komuniti Saujanautama.net di luar kawasan mampu mempromosikan portal komuniti berkenaan sekali gus mengukuhkan semangat kejiranan.

Pengerusi Panel Portal Saujanautama.net, Hassan Masrom berkata, satu kejohanan boling dianjurkan Saujanautama.net bagi memperkenalkan dan mempromosikan portal itu kepada masyarakat.

Menurutnya, kejohanan berkenaan dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat dan juga adalah usaha panel portal untuk mendapatkan dana bagi menyelenggarakan portal berkenaan.

“Aktiviti ini adalah perancangan ahli komuniti Saujanautama.net dalam mengaktifkan penduduk seperti di Saujana Utama, Seri Pristana dan Sungai Buloh Country Resort pada hujung minggu atau cuti sekolah.

“Dengan membawakan moto ‘Aspirasi Komuniti Saujana Utama’, portal Saujanautama.net menjadi medan bagi warga Saujana Utama untuk berbincang, bertukar pandangan dan mengikuti perkembangan komuniti ini,” katanya.

Hassan berkata, segala kegiatan ahli komuniti atau badan serta persatuan setempat dalam disiarkan dalam portal berkenaan sebagai makluman atau panduan penduduk sekiranya ada maklumat yang diperlukan.

Katanya, pada kejohanan berkenaan, sebanyak 28 pasukan menyertainya dan berbangga kerana kejohanan berlangsung meriah kerana masing-masing menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memenangi pelbagai hadiah ditawarkan penganjur.

“Pada kejohanan itu, pasukan Anggerik A muncul juara setelah berjaya menjatuhkan pin sebanyak 1,907 diikuti dengan Saujana Creative dengan 1,808 pin manakala tempat ketiga diraih pasukan Anggerik C yang berjaya menjatuhkan sebanyak 1,708 pin,” katanya.

Kejohanan berkenaan juga turut dimeriahkan dengan Cabutan Bertuah dan Juara Longkang manakala hadiah ditaja pelbagai syarikat sekitar Saujana Utama.


Share:

Bersyukur sebab masih ada kerja ...

Bersyukurlah sebab aku masih ada kerja. Kegawatan ekonomi yang melanda sekarang telah menyebabkan ramai yang terpaksa diberhentikan kerja, diberikan cuti sama ada bergaji atau tidak. Namun aku masih ada ofis, ada tugas yang perlu dibereskan dan ada gaji yang diterima pada akhir bulan. Malah bukan itu sahaja, aku berpindah bilik walaupun dalam Bahagian yang sama, sebab bertukar seksyen. Dulu aku incharge seksyen pembangunan aplikasi, tetapi kini tukar ke seksyen teknikal. Tak pastilah sama ada tugas baru ini lebih menarik, lebih mencabar atau lebih apa lagi. Yang penting ada kerja atau tugas yang perlu dilaksana serta selesaikan dan akau kena adapt dengan perubahan ini secepat yang mungkin.

Lepas ini pulak akan berpindah ke Cyberjaya. Majlis penyerahan bangunan telah diadakan pada 31 Mac 2009 yang lalu. Tetapi masih belum dapat nak plan bila masuk sebab ada suatu keputusan daripada pihak tertentu yang masih dinantikan. Dapat aje keputusan, terus bergerak dengan lebih objektif kearahnya. Tarikh cadangan pindah telah beberapa kali ditukar hanya disebabkan perkara ini.

Namun ... Ya, sekali lagi bersyukurlah sebab aku masih ada ofis, masih ada kerja dan peranan serta tugas-tugas ku masih diperlukan dan masih releven. Kerja pulak tu ku anggap banyak. Kekadang meeting tiga empat kali sehari. Pendek kata kalau meeting mula jam 4.30petang ke atas tu maknanya urgent atau sangat penting la tuh ...

Kerja sebagai kakitangaan kerajaan masih dianggap secure pada ketika ini. Kalau dulu orang tidak berapa pandang nak kerja kerajaan, kini orang mencari-cari kerja sebagai kakitangan kerajaan kerana selain imbuhan yang boleh dianggap tidak kurang menarik dan agak secure juga. Lantaran itu permohonan pinjaman atau pemiutang dari kakitangan kerajaan mudah mendapat kelulusan, berbanding yang kerja swasta. Oleh yang demikian, sebagai tanda syukur kerana masih ada kerja dan masih ada ofis, kerjalah dengan sesungguhnya. Hargailah kerja lantaran masih ada kerja ... tension, susah payah, tegang, stress, letih, kena marah, relaks .. kenalah hadapidengan sebaiknya.

Bagaimanakah agaknya mereka yang diberhentikan kerja tu, sekiranya ada keluarga yang perlu di sara selain diri sendiri. Makan minum, susu, lampin, belanja sekolah, sewa rumah atau pinjaman perumahan, petrol, loan kereta, loan persendirian serta pelbagai loan lagi. Bagaimana mahu diselesaikan. Memang ini satu ujian yang barangkali Allah turunkan. Tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

Namun, apakah penyelesaian terhadap kemelut ekonomi dan kewangan yang melanda sama melanda dunia atau Malaysia yangturut terkena tempiasnya ketika ini ? Sistem ekonomi dan kewangan Islam ? Daripada segi aqidah, ini aku yakini mampu menangani kemelut yang melanda, tetapi caranya bagaimana, terserah kepada yang pakar. Tetapi begitulah lumrah manusia, sudah terdesak, kesempitan baru nak kembali kepada Sistem Islam sebagai jalan terakhir.
Share:

ITIS dan Perkongsian Maklumat

Bebaru ini aku berkesempatan melawat bangunan yang menempatkan operasi ITIS atau Integrated Transport Information System atau Sistem Maklumat Pengurusan Pengangkutan di Bukit Jalil. Difahamkan bahawa Sistem ini pada asalnya di bawah seliaan MAMPU, tetapi kini diletakkan dibawah DBKL. Ini adalah kerana memandangkan skop penggunaannya kini adalah di sekitar Kuala Lumpur, walaupun apa yang ada tu dijadikan pilot sebelum di perluaskan ke bandar-bandar utama seluruh negara, malah ke seluruh negara !!!

Aku agak tertawan dengan Bilik Operasi, Bilik Simulasi serta Call Center ITIS. Sayangnya aku bawak kamera, tetapi tertinggal bateri ... argh !!!! Tak dapat nak ku abadikan lawatanku itu. ITIS lebih kepada memantau kelancaran aliran traffik di Kuala Lumpur. Beratus-ratus kamera pelbagai jenis dan fungsi dipasang di sekitar jalanraya utama Kuala Lumpur. Gambar daripada kamera tersebut dapat dilihat di Bilik Operasi ITIS yang kemudiannya di analisa berdasarkan aliran trafik berkenaan. Maklumat aliran trafik KL menerusi ITIS disalurkan kepada warga KL menerusi siaran Radio, TV, papan maklumat, internet, SMS dan pertanyaan menerusi telefon.

Persoalannya, sejauh mana warga KL menggunapakai ITIS ? Tahukah mereka akan kewujudan ITIS yang difahamkan kos untuk setup semuanya menelan belanja RM 360 juta .. wau .... Pegawai di ITIS mendakwa, berdasarkan ’ kiraan’ tertentu yang dilakukan, yang melibatkan penjimatan kos masa dan petrol oleh pengguna jalanaraya, ITIS dikatakan telah balik modal. Tidak didedahkan pula bagaimana pengiraan tersebut.

Persoalaannya, berapa ramai yang mendapat manfaat daripadanya atau merasakan maklumat yang dikeluarkan oleh ITIS berguna ? Kesesakan di KL telah menjadi lumrah bagi warga KL. So apabila mendapat tahu sesuatu jalan tu sesak, mereka sebenarnya tidak punyai pilihan kecuali meredah aje dengan redho. Tempat laihn pun sesak jugak. Bukan senang nak patah balik atau detour !!!

Persoalan lagi, patutkah ITIS diletakkan di bawah DBKL. Mungkin disebabkan skop adalah sekitar KL, Tetapi dengan kos penyelenggaraan yang mencecah RM25 juta setahun, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membaiki kerosakan jalan dan kerosakan kemudahan awam. Sekiranya bukan DBKL, siap yang sepattnya mengambil alih ? Kemeneterian Pengangkutan Malaysia ? Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ? Polis Trafik Kuala Lumpur ? Atau kembali semula kepada MAMPU sebagai agensi yang mempunyai kuasa ’tertinggi’ dalam hal ini ?

Persoalan lagi, sejauh mana maklumat tersebut boleh dikongsi oleh agensi atau jabatan kerajaan yang lain ? Setiap agensi atau jabatan mempunyai paranan dan fokus penggunaan mungkin berbeza. Kalau ITIS hanya untuk memaklumkan kesasakan jalan sama ada disebabkan kemalangan, banjir atau jalan rosak, bagaimana agensi lain yang sewajarnya bertindak, melakukan tindakan yang sewajarnya. Umpamanya kalau ada kemalangan, sepantas mana polis trafik, bomba atau ambulan dimaklumkan dan bertindak ? Atau agensi tersebut tak terima atau ’tak iktiraf’ pun maklumat daripada ITIS. Pengguna jalanraya tidak nampak apa ’masalah dalaman’ yang berlaku dan akhirnya yang disalahkan ialah sistem penyampaian kerajaan yang kurang berkesan.
Share:

PRK3B : PR 2 - BN 1

Sebaik sahaja menerima berita kematian MP PAS Bukit Gantang, ketika kemelut melanda di Perak, lantas berdetik di hatiku bahawa calon yang layak menggantikan allahyarham Roslan Shahrum ( pengamal Perubatan Darussyifa’ ) tentunya Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin. Betul rupanya. Tetapi berbanding dengan kemenangan BN di Batang Ai, kemenangan calon PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ku kira agak mengejutkan. Mengikuti siaran TV1 sampai TV9, seolah-olah calon BN di puncak kegemilangan untuk meneruskan kecemerlangan. Siaran Bernama 502 pun pada hari dekat mengundi nampak dah lain macam. Bak kata pengacara di RTM1 dalam mengakhiri siaran khas keputusan PRK-3B pada malam 7 April, yang menang tidak semestinya menang dan yang kalah tidak semestinya kalah ... apa barang !!!!

Keputusan di Batang Ai mungkin telah dijangka dan tidaklah setegang sebagaimana dijangka. Namun keputusan di Bukit Gantang dan Selambau memberikan 1001 mesej kepada parti pemerintah peringkat nasional. Apakah boleh rakyat di Bukit Gantang ingin memaklumkan bahawa Ir Nizar selayaknya 'menang' atau 'betul' dalam kemelut politik 2 MB di Perak, serta betul tindakannya terhadap Sultan Perak ? 21,800 pengundi Bukit Gantang menyokong 'penderhaka' Sultan atau memohon untuk turut 'menyembah derhaka' ? Pening Dr. Zamri memikirkannya. Najib dan Muhyiddin Yasin tak perlu risau sebab jawatan PM dan TPM sudah tentu dalam tangan.

Media arus perdana hari ini seperti takut untuk melaporkan berita kemenangan Pakatan Rakyat di kedua-dua kawasan pilihanraya kecil itu. Ini berbeza dengan paparan yang mereka buat saban hari menjelangnya tarikh pengundian. Tetapi entah kenapa PRK Bukit Gantang lebih mendapat liputan berbanding di Batang Ai mahupun Bukit Selambau. Apakah kerana Najib sebagai Ketua UMNO/BN Perak ? Kemenangan BN di Bukit Gantang umpama hadiah yang ingin dipersembahkan kepada Najib yang baru diangkat sebagai PM Malaysia ke -6, dan sedang mencari ilham dalam membentuk barisan kabinetnya.

Di sebalik pengumuman Najib bahawa tiada projek ’mee segera’, namun setiap hari dipaparkan tentang bantuan dan kebajikan yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat di kedua-dua kawasan itu. Selain memperlekehkan calon Pakatan Rakyat ( sudah tentunya ), tetapi yang lebih teruk lagi mereka memainkan isu-isu agama, perkauman dan sebagainya untuk meraih undi rakyat. Diulangi dalam TV ucapan Anwar Ibrahim ketika berada dalam kerajaan dulu bagi menunjukkan bahawa beliau bercakap tidak serupa bikin. Kemasukan semula Mahathir dicanang dapat menguatkan BN/UMNO, tetapi semua ini bukankah sekadar mengundang lagi kemarahan rakyat ?

Ini ditambah dengan tindakan PM Najib Razak dan MB Dr.Zambery yang memohon restu daripada rakyat Perak atas "rampasan kuasa" yang berlaku sebelum ini, mungkin menjadi penyebab tambahan rakyat melihat mereka bersalah dan akhirnya mengajar BN.

Kes calon BN di Bukit Gantang yang dikatakan payah memberikan senyuman, selalu ke selatan Thailand serta kehadiran Datuk Hj Zahid Hamidi dalam majlis yang diserikan oleh amoi seksi beraksi merayu undi atas pentas menambahkan lagi keperitan BN dalam meraih undi.

Namun ulasan menerusi RTM malam tadi iaitu Profesor Madya Adzmi Hassan yang secara jelas menyatakan kononnya kemenangan PAS sebenarnya tidaklah hebat. Malah katanya Ir.Nizar sepatutnya menang dengan majoriti lebih besar jika beliau benar-benar hebat katanya berbanding dengan Ismail Safian yang langsung tidak popular. Kata beliau lagi, dengan majoriti 2,789 undi bukanlah bermakna suara rakyat Perak secara keseluruhannya. Fuhh .. cuba Nizar yang kalah ...tentu ayatnya lebih kurang berbunyi, ’Walapun Ismail Safian tidak sepopular calon PAS, kekalahan Nizar menunjukkan bahawa rakyat tidak menerima calon yang derhaka kepada raja’ ....



Share:

Selamat Berkhidmat PM Ke-6 ...

Tak tahulah sama ada nak kata suka atau tidak, bagiku biasa saja dan memang telah ditakdirkan Datuk Seri Najib Tun Razak ( Najib ) sebagai Perdana Menteri ( PM ) Malaysia ke-6 mulai 3 April 2009. Tidak juga ku anggap penarikan balik penerbitan dua akhbar terbitan pembangkang serta pembebasan 13 tahanan ISA suatu yang amat dialu-alukan. Malahan ini seperti suatu tamparan kepada Menteri Dalam Negeri.

Namun perlantikannya Najib mengingatkan aku kepada beberapa perkara. Semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran ( Pendidikan ketika itu ), beberapa kali aku ke rumahnya di Taman Duta, sama ada majlis Jamuan Raya or Berbuka Puasa. Kadang tu pergi satu famili lagi. Aku pula menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada beliau pada tahun 1999 rasanya. Gambarnya entah dimana, dah packed dalam kotak ( sebab sedang siap sedia nak pindah ni ).

Dalam satu persidangan UMNO ( tidak ingat bila, tapi ketika itu PPSMI belum dilaksanakan ), dalam ucapan penggulongan, beliau pernah melahirkan impiannya untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Arab, untuk sekali gus mengurangkan dan menyelesaikan masalah pelajar yang buta jawi dan al-Qur’an. Sedap bunyinya ketika itu. Tapi ternyata memang begitulah. Apakah yang dimaksudkan ialah J-Qaf ?

Masa aku di universiti dulu ada suatu kenyataan beliau yang mengesa para pelajar memberikan fokus kepada tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar dan tidak melibatkan diri dalam program ’syura’. Tak pastilah sama ada wartawan atau surat khabar silap cetak. Aku rasa yang dimaksudkan ialah ’usrah’ or qiamullail ? Sehingga pelajar asyik mengantuk dalam kelas dan gagal siapkan assignment yang diberikan.

Satu lagi hal, Ops Lalang tahun 1987. Masa itu berlaku umpama perbalahan kaum berkaitan hak orang-orang Melayu akibat kata-kata Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh yang mengatakan ’Melayu juga pendatang’, seperti bangsa lain serta mempertikaikan hak istimewa orang Melayu. Akibatnya gelaran Dato’ yang diberikan oleh Sultan Selangor kepada Lee Kim Sai di tarik balik.

Dalam satu perhimpunan membantah oleh UMNO di Stadium TPCA, Najib selaku Ketua Pemuda UMNO ketika itu dengan emosinya memberikan ucapan berapi-api kepada ribuan yang hadir sambil menghunus keris dan berkata 'akan mengambil darah Cina dan India'. Anehnya ekoran daripada ketegangan itu, ramai pemimpin pembangkang, termasuk yang tak ada kena mengena di tahan di bawah ISA. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas khabarnya ke Australia. Dimana beliau sekarang, arwah ?

Yang terkini ialah berita yang mengaitkan beliau dengan kes pembunuhan Al-Tanthuya. Kiranya benar apa yang ditulis oleh wartawa Perancis tu, berat nampaknya. Bukan kerankalau penuia barat tulis tu nak diterima 100%, Tetapi sehingga hari ini, aku rasa belum ada sanggahan daripada Najib berhubung dengan tulisan wartawan itu, kecuali kata-kata mereka yang cuba membela dengan mengaitkan bahawa penulis itu diupah oleh musuh politik Najib. Masalahnya bagaimana pandangan negara luar mengenai Malaysia dan kepimpinan beliau ?

Anyway, selamat bertugas kepada PM Malaysia Ke-6, bukan sekadar melengkapkan teori Rahman ( Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib )
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah