Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikan pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, pahit, indah, muram, genting & gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Jualan Gudang Utusan

Hasil tangkapan di Jualan Penutup Gudang Utusan Publication And Distributor Sdn Bhd tadi. Sedih pulak dengan penutupan Utusan.

Apakah kerana pengaruh media sosial atau kerana konsep dan kandungannya. NST, Berita Harian dan Metro pun khabarnya sedang bergelut untuk survive.

Ternanti bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dapat meneruskan penjualan Utusan yang telah berusia 80 tahun dan Kosmo 15 tahun pada tahun 2020 nanti.

Moga rakan2 yang berada dalam industri penerbitan buku dan suratkhabar dipermudahkan urusan dalam meneruskan kelansungan hidup masing2.
Share:

Renungan Dari Majlis Maulidr Rasul Al-Manar 2019

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersama sahabatnya pergi ke kawasan perkuburan Baqi’ dan bersabda yang bermaksud: “Sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita.”

Sahabat Baginda bertanya: “Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang Mukmin) yang belum muncul (orang-orang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah s.a.w ).” (H.R Muslim, Ibn Majah, an-Nasa’ie dan Imam Malik)
Share:

Bala 15 Akibat Perkara

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah a.a.w bersabda: “Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu : 1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja. 2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. 3. Zakat dijadikan hutang. 4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat). 5. Anak derhaka terhadap ibunya. 6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya. 7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya. 8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka. 10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 11. Arak sudah diminum secara berleluasa. 12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). 13. Para artis-artis disanjung-sanjung. 14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan. 15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”. ( H.R Tirmidzi )
Share:

Catatan CIO Convex 2019

8 Okt 2019 : Menghadiri Persidangan Kali Ke-4 'Public Sector CIO Convex' 2019 yang merupakan perhimpunan tahunan Ketua Pegawai Maklumat agensi kerajaan, rakan strategik daripada industri serta pakar tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan tentang teknologi, inisiatif dan pelbagai kaedah dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam ucapan perasmiannya berkata, kemajuan ICT seharusnya membolehkan agensi kerajaan bergerak lebih pantas dalam merancang dan memberikan perkhidmatan mereka dengan lebih efisien dan berkesan. Tak sangka Masuk TV walaupun sipi je.





Share:

Pelancaran Hari Akademia 2019

16 Mei merupakan Hari Guru di Malaysia bagi menghargai pendidik peringkat sekolah rendah dan menengah.

Namun kumpulan pendidik yang dikenali sebagai pensyarah, seolah-olah dilupakan. Oleh itu bagi menghargai sumbangan kumpulan akademia institut pendidikan tinggi kepada negara dan masyarakat,

Kementerian Pendidikan mengisytiharkan 5 Oktober bersempena dengan Hari Guru Sedunia Unesco, bermula hari ini sebagai Hari Akademia Malaysia.

YB Menteri Pendidikan dalam ucapan Perasmian Sambutan tadi menyeru warga akademia untuk sama2 turun ke lapangan bagi mencari penyelesaian terhadap pelbagai masalah rakyat.

Sudah tiba masanya para cendikiawan turut menjadi "cendekiawam” yang bergelumang dengan isu-isu masyarakat dan sama-sama membimbing mereka serta mencari solusi kepada semua permasalahan rakyat, memberi perkhidmatan kepada rakyat dan membawa mereka keluar daripada kegelapan.






Share:

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

12 Ogos 2019 : Bermulalah misi Ziarah Qurban Pursat Kemboja 11-15 Ogos 2019 Yayasan Raudhah bersama sukarelawan serta wakil Agensi daripada Jabatan Kerajaan, Masjid, Surau serta Syarikat Korporat yang melibatkan lebih 360 ekor lembu korban. Mengapa Kemboja menjadi pilihan ?


Telah habis ke lembu di Malaysia atau telah settle ke fakir miskin mendapat bahagian daging korbannya ? Di Airport tadi, dibanjiri rakyat Malaysia dengan misi yang sama. Apakah kerajaan Kemboja tidak menyedarinya dan apakah sikap kerajaan Kemboja terhadap warga umat Islamnya ?

Singgah lunch di rumah Mufti Pursat yang terletak atas air di pinggiran Tasik Tonlesap yang juga merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. Beliau menjadi penghubung penting bagi Yayasan ar-Raudah dalam membantu masyarakat Islam di Pursat Kemboja.

Malangnya Mufti ada urusan lain dan tiada di rumah yang juga merupakan sebuah kedai peralatan menangkap ikan. Suatu pengalaman yang unik sambil melihat perkampungan pingiran tasik yang rata2 mengharapkan generator dan sistem solar untuk bantuan elektrik.

OTW ke hotel penginapan, singgah di satu perkampungan Muslim bagi menyempurnakan penyembelihan korban pertama bagi group kami yang melibatkan 7 ekor lembu dihadapan Masjid Al-Hidayah yang sedang dalam pembinaan bangunan barunya. Kesempatan diambil bagi menyampaikan beberapa sumbangan.

13 Ogos 2019 : Berpeluang menyembelih sendiri lembu korban. Payah nak dapat pengalaman begini di tanah air tercinta. Kena langkah mayat tukang sembelih .. hehe. Namun teknik melapah disini nampak macam ringkas dan tak memerlukan ramai orang. Kat Malaysia pun sama sebenarnya, cuma ramai yang tolong2 nak amik berkat.

Bersama penduduk muslim dalam Majlis Kenduri Aqiqah dan Penyampaian Sumbangan berupa barangan makanan asas harian serta pakaian kepada kira2 100 keluarga di Kg Andung Chrum. Kawasan ini merupakan kali pertama dikunjungi oleh Rombongan Yayasan Ar-Raudhah dan kami diberi layanan terbaik.

13 Ogos 2019 : Tak tahulah apa nama kampung kunjungan terakhir Ziarah Korban hari ni, jauh terperusuk dengan jalan tanah merah yang bersekali-sekala berombak @ macam naik kuda untuk van kenaikan kami mengelak lubang jalan.

Hanya kami bertiga dan peserta ziarah lain masuk hotel kepenatan. Namun akhirnya tiba di satu perkampungan Muslim dengan 30 keluarga yang kebetulan ketika itu anak2 sedang mengaji di pondok burok. Bagaimana kehidupan harian mereka agaknya dan mengapa di sini penempatan mereka ?

14 Ogos 2019 : Hari terakhir di Svay Pak, Pursat. Selain daripada menyelesaikan baki2 lembu korban, turut diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk Islam setempat, pelajar madrasah serta sumbangan sebanyak RM160,000 kepada pembinaan bangunan tambahan Madrasah Tahfizul Quran Wal Hadith Ar-Raudhah.

Semoga penduduk Islam ini terus kuat menghadapi masa depan mereka selain bantuan doa dan material dari kita sedara seIslam.
Setelah berpenat dengan jadual padat ziarah korban, kembali semula ke Phnom Penh dan disajikan pulak kerehatan menikmati keindahan sun-set serta makan malam ala barbeque di atas cruise yang merentasi pertemuan Sungai Mekong dan Tonle Sap.

Lebih 10 tahun lalu, masyarakat Islam di Svay Park, Pursat Kemboja hanya pada namanya Islam. Jauh sekali diterjemahkan dalam amalan dan kehidupan harian. Justeru, Yayasan Ar-Raudhah terpanggil untuk membantu 'memulihkan akidah' mereka. Selain itu, bantuan diberikan untuk kemajuan dari segi pendidikan, sosioekonomi dan taraf hidup seperti menerusi penyediaan telaga air termasuk pam air, pembinaan bangunan madrasah tahfiz, menyediakan ustaz pembimbing, buku, kitab dan juga kilang roti menerusi saham wakaf daripada rakyat Malaysia.

Ketika menyusuri Sg Mekong semasa xtvt cruise, terkejut melihatkan satu kawasan yang terdapat banyak sampan berpenghuni di tebing sungai berlatar belakangkan sebuah hotel mewah. Rupanya mereka inilah yang dikatakan sebagai masyarakat sampan, tinggal dalam sampan lantaran kemiskinan dan tidak mampu memiliki rumah sendiri di atas tanah.

Dikatakan juga ramai dikalangan mereka adalah Muslim dan mereka juga antara mangsa kekejaman Pol Pot yang lari dengan sampan mereka ke negara jiran.

15 Ogos 2019 : Berpeluang melawat Museum Tuol Seng yang asalnya merupakan sebuah sekolah tinggi, tetapi telah dijadikan penjara yang menempatkan hampir 20,000 tahanan yang kemudiannya dibunuh ketika di zaman pemerintahan kejam kuku besi Regim Pol Pot di Kemboja dari tahun 1975 hingga 1977. Entah mengapa, sasarannya adalah kakitangan kerajaan, guru, peguam, doktor, wartawan, ahli agama atau sesiapa saja yang tampak 'intelek'.

Ia juga memberi kesan kepada jumlah umat Islam di Kemboja, sama ada turut terkorban atau lari ke negara lain termasuk Malaysia. Berpeluang bertemu dengan salah seorang mangsa yang terselamat, kini berusia 49 tahun dan aktif menjual buku pengkisahan pengalaman beliau dalam kawasan museum.

Sebelum kembali ke tanah air, rombongan Ziarah Korban Ar-Raudah di bawa ke Central Market untuk slot shopping 'barangan local'. Seperti kebanyakan kedai2 di Kemboja, mereka menerima pembayaran dalam USD. Kira mudah, USD1 = RIEL 4,000 @ RM 4.00 dan kami dinasihatkan bawak wang dalam USD sebab money changer tidak terima RM.

Kini Ar-Raudah cuba membantu daripada segi pertanian serta pembinaan asrama pelajar. Kebersamaan 4H3M dalam program Ziarah Korban mereka kali benar2 memberi peluang melihat dan menyaksikan sendiri hasilusaha yang telah dan sedang dilakukan. Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada Fb Yayasan Ar-Raudah. Sesamalah kita membantu sedara seislam kita, juga sebagai saham akhirat kita.

Pengalaman mengikuti Ziarah Korban Pursat Kemboja bersama Yayasan Ar-Raudhah meninggalkan kenangan dan pengalaman begitu berharga. Semoga Allah berikan kekuatan kepada umat Islam di sana, dipermudahkan urusan untuk terus bangkit. Semoga dipanjangkan umur dapat kesana lagi.

Share:

Perginya Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafidz

Perginya seorang lagi ulamak yang disegani ramai. Sekadar sempat ziarahi untuk memberikan penghormatan terakhir di rumah arwah Dato' Seri Abu Hassan Din Al-Hafidz pagi tadi.
Walaupun sering muncul di kaca TV, teringat kenangan bersamanya sebelum ni khususnya dalam program-program yang dikendalikan oleh Surau Al-Hidayah Saujana Utama sekitar 2006-2008.







Semoga Allah mengampuninya dan merahmati rohnya serta dikurniakan syurga buatnya. Al-Fatehah.
Share:

Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan Parlimen Putrajaya

Menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan Parlimen Putrajaya yang diadakan sendiri di kediaman Ahli Parlimen Putrajaya semalam.

Pada Ramadhan kali ini YB telah bermurah hari menyumbang bahan2 untuk morey, beberapa gulong tikar sejadah serta wang tunai kepada semua Surau di Putrajaya.

Selain daripada itu, sumbangan tajaan juadah berbuka puasa juga akan dibuat kepada semua surau sekitar Putrajaya secara bergilir setiap hari.

Ini bermakna Majlis Berbuka Puasa percuma di Food Court P8 yang telah idadakansaban tahun oleh beliau, tidak lagi diadakan pada tahun ini.

Sebaliknya diganti dengan buka pose di surau2 yang ditajanya, setiap malam 3 buah surau. lhamdulillah.
Share:

Ramadhan Dirai Pembaziran DIhindari

Sungguh ironi sekali, apabila dikatakan Ramadan sebagai bulan kita mengekang hawa nafsu dan runtunan selera, tetapi di bulan inilah pembaziran dan sikap berlebih-lebihan seolah-olah menjadi kebiasaan. Itulah yang diperkata oleh khatib dalam khutbah bertajuk 'Ramadhan Dirai, Pembaziran Dihindari' hari ini.

Gejala pembaziran itu hakikatnya sangat luas dan sebahagian besarnya kita tidak sedari antaranya ialah pembaziran masa, ilmu, amalan, harta, hati, tubuh badan dan akal.

a. Pembaziran masa berlaku apabila peluang beribadah dalam bulan Ramadan tidak digunakan dengan sebaiknya dengan amal ibadah dan kebaikan sehingga berlalu begitu sahaja dengan sia-sia.

b. Pembaziran ilmu berlaku jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

c. Pembaziran amalan berlaku jika ia dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas kerana Allah SWT.

d. Pembaziran harta berlaku jika ia dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

e. Pembaziran Hati berlaku jika ia kosong daripada perasaan kasih dan cinta kepada Allah SWT.

f. Pembaziran tubuh badan berlaku jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

g. Pembaziran akal berlaku jika ia tidak digunakan untuk memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Islam

Share:

Kisah Orang Mati

Catatan hadith panjang dalam kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dasuki baru-baru ini yang memetic dari Buku Ziarah Ke Alam Barzah, berkata Al-Bara’ bin Azib r.a, “Kami pernah pergi bersama Nabi s.a.w membawa jenazah seorang lelaki Ansar. Kami pun ikut menghantarnya sampai di perkuburan. Ketika jenazah tersebut dimasukkan ke lubang kubor, Rasulullah s.a.w duduk dan kami piun ikut duduk di sekeliling beliau, seakan-akan di atas kepala kami terdapat seekor burung, sementara di tangan Baginda terdapat tongkat yang hendak di hentakkan ke tanah.

Baginda melihat ke langit kemudian menunduk ke tanah. Baginda memandang ke atas seraya berkata, “Mohonlah perlindungan kepada Allah dan azab kubor” (sebanyak dua atau tiga kali).

Kemudian Baginda bersabda, “Jika seseorang hamba mukmin akan meninggal dunia ( mati ) menuju akhirat, turunlah beberapa Malaikat dari langat dengan wajah putihayatSesungguhnya seorang hamba yang beriman ketika hampir berakhir kehidupan dunianya dan bermulanya kehidupan akhiratnya, turunlah kepadanya malaikat-malaikat yang putih wajahnya bagaikan matahari.

Mereka datang membawa kain kapan dari Syruga dan wangian mayat Syurga. Mereka kemudian duduk di depan orang itu sejauh mata memandang.Lalu datang Malaikat Maut a.s. dan duduk di kepalanya seraya berkata: “Wahai roh yang baik (dalam riwayat lain: jiwa yang tenang), keluarlah menuju keampunan dan keredaan Allah.

Lalu roh itu keluar mengalir bagaikan mengalirnya titisan air dari muncung bekas air dan Malaikat Maut pun mengambilnya.

Dalam riwayat lain: Sampai ketika roh itu keluar maka seluruh malaikat antara langit dan bumi dan seluruh malaikat di langit bersalawat kepadanya, dan dibuka buatnya pintu-pintu langit. Tidak ada penjaga pintu-pintu itu melainkan mereka berdoa kepada Allah agar roh itu naik dari arah (pintu) mereka.

Ketika dia (Malaikat Maut) mengambil roh itu, para malaikat yang lain tidak membiarkannya walaupun sekelip mata sehingga mereka mengambilnya dan meletakkannya dalam kain kapan serta wangian itu. Itulah firman Allah, “Dia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan mereka tidak lalai” (Al-Anaam, 61).

Dia keluar dari situ dalam keadaan bau aroma kasturi terharum yang ada di atas muka bumi. Mereka naik membawa roh itu dan setip kali mereka melewati sekumpulan malaikat, mereka akan berkata, “Roh siapakah yang baik ini?” Malaikat yang membawa menjawab, “Ini adalah Fulan bin Fulan”. Disebutkan namanya yang terbaik yang biasa dia dipanggil ketika di dunia. Sehingga mereka tiba di langit dunia dan mereka minta dibukakan pintu untuk roh yang mereka bawa. Pintu pun dibuka buat mereka. Roh itu akan diiringi oleh semua penghuni langit itu sehingga tiba di langit yang berikutnya, sehinggalah sampai ke langit tujuh. Maka Allah pun bertitah: “Tulislah kitab hamba-Ku ini dalam Illiyyin”.

“Tahukah kamu apakah itu Illiyyin? Ia kitab yang bertulis, yang disaksikan oleh para malaikat pendamping” (Al-Mutaffifin, 19-21).

Maka ditulis kitabnya dalam Illiyyin dan dikatakan: Kembalikan dia ke bumi, kerana Aku sudah berjanji kepada mereka bahawa aku menciptakan mereka daripadanya, kepadanya Aku kembalikan mereka dan daripadanya Aku akan bangkitkan mereka semula. Lalu dia dikembalikan ke bumi dan dimasukkan semula rohnya ke dalam jasadnya. Dia mendengar bunyi derapan kasut sahabat-sahabatnya tatkala mereka meninggalkan perkuburannya.

Setelah itu dua orang malaikat yang kasar bentakannya menyergah dan mendudukkannya seraya berkata, “Siapa tuhanmu?”
Dia menjawab, “Tuhanku Allah”.
Mereka bertanya lagi, “Apa agamamu?”
Dia menjawab, “Agamaku Islam”.
Mereka bertanya lagi, “Siapa orang yang diutus untuk kalian?”
Dia menjawab, “Dia adalah Rasulullah sallalahu alaihi wasallam”.
Tanya mereka lagi, “Apa amalanmu?” Jawabnya, “Aku membaca Kitab Allah, beriman dengannya dan membenarkannya.”

Mereka membentaknya dalam pertanyaan, “Siapa tuhanmu, apa agamamu, siapa nabimu?” Itu adalah fitnah (ujian) terakhir yang dihadapkan kepada seorang mukmin dan itulah yang difirmankan oleh Allah, “Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia” (Ibrahim, 27).

Sehingga dia mampu menjawab, “Tuhanku Allah, agamaku Islam dan Nabiku Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Lalu kedengaran suara panggilan dari langit yang berkata, “Hambaku ini telah berkata benar, maka bentangkan tilamnya daripada Syurga, pakaikan dia pakaian Syurga dan bukakan untuknya pintu menuju ke Syurga!” Sehingga dia dapat mencium keharuman bau Syurga dan diperluaskan kuburnya sejauh mata memandang.

Lalu datanglah seorang lelaki yang bagus wajahnya, bagus pakaiannya dan berbau harum yang berkata, “Bergembiralah dengan apa yang membuatmu senang. Inilah hari yang dijanjikan untukmu.”

Dia berkata kepadanya, “Kamu siapa? Wajahmu adalah wajah yang datang membawa kebaikan.”
Orang itu menjawab, “Aku adalah amal solehmu. Demi Allah, aku tidak mengetahui tentangmu kecuali engkau cepat melaksanakan perintah Allah dan lambat mengerjakan kemaksiatan terhadap Allah, maka Allah membalasmu dengan kebaikan.”

Kemudian dibukakan buatnya salah satu pintu Syurga dan salah satu pintu Neraka, lalu dikatakan, “Ini adalah tempatmu kalau kamu bermaksiat terhapa Allah tetapi Allah telah menggantinya dengan yang ini.” Tatkala dia melihat apa yang ada di dalam Syurga dia berkata, “Tuhanku, percepatkanlah Hari Kiamat, agar aku dapat kembali kepada keluargaku dan hartaku.” Dikatakan kepadanya, “Bertenanglah.”

Rasulullah s.a.w selanjutnya berkata, “Sedangkan kalau yang mati itu adalah orang kafir, ketika hampir berakhir kehidupan dunianya dan bermulanya kehidupan akhiratnya, akan datang kepadanya malaikat-malaikat yang kasar lagi bengis. Mereka berwajah hitam dan mereka membawa bersama mereka pakaian daripada Neraka. Mereka duduk di hadapan orang kafir itu sejauh mata memandang. Lalu datanglah Malaikat Maut duduk di kepalanya dan berkata, “Wahai jiwa yang jelek, keluarlah menuju kemurkaan dan kebencian daripada Allah.

Lalu rohnya keluar dari jasad dan disentap umpama sabut yang berserat banyak daripada bulu domba yang basah sehingga banyak keringat dan urat-urat yang terputus bersamanya.

Dia lalu dilaknat oleh sekelian malaikat antara langit dan bumi dan setiap malaikat di langit. Pintu-pintu langit ditutup buatnya. Tidak ada pintu kecuali penjaganya akan berdoa kepada Allah agar roh itu tidak naik melewati mereka.

Ketika dia (Malaikat Maut) mengambil roh itu, para malaikat yang lain tidak membiarkannya walaupun sekelip mata sehingga mereka mengambilnya dan meletakkannya dalam pakaian neraka itu. Ketika itu keluar daripadanya bau bangkai paling busuk yang pernah ada di atas muka bumi. Mereka membawanya naik dan setiap kali mereka melewati sekumpulan malaikat mereka akan berkata, “Roh siapakah yang jelek ini?” Jawab mereka, “Fulan bin Fulan.” Disebutkan nama yang paling jelek yang pernah diberikan kepadanya ketika di dunia. Sampai akhirnya mereka tiba di langit dunia dan mereka minta dibukakan pintu untuk roh yang mereka bawa tetapi tidak diperkenankan.

Lalu Rasulullah s.a.w membaca firman Allah, yang ertinya, “Tidak dibuka buat mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk ke dalam lubang jarum” (Al-A’raaf, 40).

Allah Azza wa Jalla kemudian bertitah, “Tulislah buku hambKu ini dalam Sijjin dalam perut bumi yang paling bawah!”

Kemudian dikatakan, “Kembalikan dia ke bumi, kerana Aku sudah berjanji kepada mereka bahawa aku menciptakan mereka daripadanya, kepadanya Aku kembalikan mereka dan daripadanya Aku akan bangkitkan mereka semula.”

Kemudian roh itu dilemparkan dari langit sampai menimpa tubuhnya. Kemudian Baginda membacakan firman Allah, yang ertinya, ““Barangsiapa menyukutukan sesuatu dengan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh” (Al-Hajj, 31).

Maka dikembalikan roh kepada jasadnya dan dia mendengar derapan kasut teman-temannya tatkala mereka berpaling meninggalkan perkuburannya.

Selanjutnya, dia didatangi dua malaikat yang keras bentakannya yang langsung membentak dan mendudukannya, lalu berkata, “Siapa Tuhanmu?”. Dia menjawab, “Aah..aah... aku tidak tahu.”
Malaikat itu bertanya lagi, “Apa agamamu?”. Dia menjawab, “Aah..aah... aku tidak tahu.”
Malaikat bertanya lagi, “Apa pendapatmu tentang orang yang diutus kepada kalian ini?” Dia tidak dapat mengetahui namanya.
Maka dikatakan kepadanya: “Muhammad!”

Dia menjawab, “Aah..aah... aku tidak tahu. Aku hanya mendengar manusia mengatakan sesuatu lalu aku mengatakan hal yang sama.”
Lalu dikatakan, “Kamu memang tidak tahu dan tidak membaca.”

Setelah itu kedengaran panggilan dari langit yang mengatakan, “Dia berdusta! Bentangkan buatnya tilam dari neraka dan bukakan pintu neraka ke arahnya.” Maka ketika itu dia merasai kepanasan bahangnya dan disempitkan buatunya kuburnya sampai tulang sendinya bersilang-silang.

Kemudian datanglah kepadanya seorang lelaki yang buruk rupanya, berpakaian jelek dan berbau busuk. Dia berkata kepadanya, “Dengarlah khabar yang akan memburukkanmu, inilah hari yang dijanjikan untukmu.”

Dia berkata, “Siapa kamu?”. Orang itu menjawab, “Aku adalah amal burukmu. Demi Allah, aku tidak tahu kecuali engkau lambat dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah tetapi cepat dalam bermaksiat terhadap Allah. Maka Allah memberi ganjaran buruk kepadamu.

Kemudian didatangkan kepadanya orang yang bisu, tuli dan di tangannya cemeti besi! Sekiranya gunung dipukul dengannya nescaya ia akan hancur menjadi tanah. Orang itu lalu memukulnya dengan sebuah pukulan sampai dia menjadi tanah. Kemudian dia dikembalikan semula seperti sebelumnya dan dipukul lagi. Dia menjerit dengan jeritan yang akan didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia. Lalu dibukakan buatnya pintu neraka dan dia pun berkata, “Tuhanku, jangan Engkau datangkan Hari Kiamat.”

(Riwayat Abu Daud, Al-Hakim dan Imam Ahmad. Hadis disahihkan oleh Imam Albani dan kitabnya Ahkaam Al-Janaa’iz, 198-202)

Share:

Masjid Selat Melaka Lagi

Singgah lagi ke Masjid Selat Melaka yang terletak di Pulau Melaka, sebuah pulau buatan yang terletak di Selat Melaka, berhampiran Banda Hilir atau Bandaraya Melaka. Mungkin antara masjid tercantik di Malaysia yang kelihatan seperti struktur terapung sekiranya paras air adalah tinggi.

Dengan kos pembinaan kira2 RM10 juta, masjid itu mula digunakan pada tahun 2005 dan mampu menampung 2,000 jemaah pada satu2 masa.

Mungkin berbeza dengan masjid2 lain di Melaka kerana masjid ini diinspirasi daripada masjid terapung di Jeddah, Arab Saudi hasil cetusan idea mantan Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Namun difahamkan kurang aktiviti ilmu seperti kuliah maghrib dan subih diadakan di sini. Mungkin lantaransering diknuungi pelancong serta kurang ahli karih khususnya waktu suboh.

Pembangunan lain di Pulau Melaka pula nampaknya agak kurang rancak dan tidak banyak kedai komersial dibuka dan berpenghuni sejak mula dibuka. Kalau tiada masjid ini, tenti lagi sunyi agaknya.


Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah