Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikan pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, pahit, indah, muram, genting & gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Menjamu Mata Di Bukit Keluang

3 Februari 2019 : Photobooth baru sebagai tarikan pengunjung ke Bukit Keluang, Besut.

Singgah di Pasat Siti Khadijah, Kota Bharu

4 Februari 2017 : Kenangan Singgah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Masjid Selat Melaka

Destinasi wajib kunjungi jika ke Melaka sambil rehat dan solat ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Halatuju KIDaS II

Bulan ini amat mencabar dalam menentukan halatuju KIDaS yang aku sendiri menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusnya. Tetapi alhamdulillah, berkat sokongan dan pandangan rakan-rakan AJK, rasanya keputusan secara kolektif dicapai. Atas semangat yang ditunjukkan oleh masyarakat semasa bersama melibatkan diri dalam pemindahan kontena KIDaS pada 20 dan 21hb Januari, jelas dan yakin bahawa perjuangan perlu diteruskan. Pemindahan ini merupakan satu lagi catatan sejarah KIDaS yang tersendiri.

KIDaS masih ada dan akan terus ada pelajarnya. Awal tahun pendaftaran murid KIDaS hampir mencapai 900 orang ( berbanding akhir tahun 2006 seramai 833 orang ) dan terpaksa tambah sewa kedai 1 lot untuk tampung tambahan murid dalam senarai menunggu dan yang belajar dalam surau. Usaha untuk mendapatkan tanah daripada MDKS di hadapan mihrab Surau Al-Hidayah tetap diteruskan. Permohonan semula kita telahpun diangkat oleh Jabatan Agama Kuala Selangor kepada YDP MDKS. Sekiranya gagal, terpaksa membina blok bangunan KIDaS di tempat lain di dalam kawasan surau yang difikirkan sesuai. Pihak MDKS ada membayangkan kepada tapak tadika yang juga bersebelahan Surau Al-Hidayah. Kami menyatakan tidak sesuai sebab boleh mengganggu penduduk berhampiran sama ada semasa pembinaan ataupun ketika persekolahan harian. Dengan jumlah pelajar yang ramai, Jalan Cemara 6 dan 9 akan menjadi sesak lantaran tiada tempat menunggu yang sesuai. Manakala perkara ini mungkin tidak berlaku jika di dirikan di atas tapak yang dipohon berdekatan dengan Persiaran Saujana 2 dan 3.

Fasa Pertama yang akan dimulakan dalam masa terdekat ialah bangunan setinggi 2 tingkat dengan kapasiti 10 bilik darjah, Pejabat dan Bilik Guru dan tandas. Usaha mendapatkan sumbang terus berjalan. Berdasarkan pengalaman pembinaan Surau Al-Hidayah, setelah bangunan mula naik pada dana baru sekitar RM 80K, sumbangan bertali arus diterima sehinggalah hampir RM 300K. TV3 dulu nak datang, tapi tak jadik sebab kamera habis diguna. Baru ni, TV9 pulak. Entah jadi entah tidak asyik tertangguh-tangguh. Semoga Allah memudahkan usaha kita bersama dalam membangunkan KIDaS, demi memberikan pendidikan asas al-qur’an dan fardu ain kepada anak-anak Islam dengan lebih selesa, generasi kini dan akan datang.
Share:

Halatuju KIDaS I

Awal Januari 2007, aku dimaklumkan permohonan KIDaS untuk mendapatkan peruntukan harta modal bagi pembinaan KIDaS ‘diluluskan’. Beberapa dokumen diminta oleh pihak JAIS telah diberikan seperti pelan tapak, pelan bangunan serta dokumen sokongan lain. Alangkah girangnya jika RM800K yang dipohon diluluskan. Terbayang wajah-wajah ceria anak-anak pelajar KIDaS dapat belajar dengan lebih selesa. Rupanya bukan yang itu, sebaliknya dimaklumkan bahawa telah ada tapak dan sejumlah peruntukan untuk pembinaan bangunan Sekolah Rendah Agama ( SRA ) JAIS dengan kapasiti 25 kelas. Kenapa tetiba dikatakan ada peruntukan dan ada tapak ? Apakah ini usaha dan strategi pemaju untuk menaikkan nilai hartanah di Saujana Utama. Tapaknya bukanlah tapak yang pernah dipohon oleh KIDaS sejak akhir ini. Tetapi terletak di Sungai Buloh Country Resort ( SBCR ), yang dulunya tapak Sekolah Kebangsaan.

Jika ini benar, bermakna tanah inilah barangkali yang dimaksudkan oleh pihak MDKS sebagaimana surat yang diterima pada tahun 2005 ( surat bertarikh 29 Disember 2004 ), ketika ‘pemerintahan’ YDP MDKS Amin Jaya. Memandangkan tanahnya berbukit-bukau, persekitaran yang belum dimajukan, dulu ‘kita’ merasakan biarlah itu untuk generasi akan datang. Apakah generasi akan datang tu telah menjadi kinilah generasinya ? Kalau dulu dikatakan keutamaan ialah pembinaan Masjid Saujana Utama, kini dikatakan kedua-duanya dikatakan akan dibangunkan serentak. Khabarnya peruntukan yang kononnya patut disalurkan kepada pembinaan SRA Sri Pristana telah dialihkan ke Saujana Utama. Pembinaan Masjid Saujana Utama dulunya diwar-warkan akan dimulakan pada April 2006, tetapi sampai sekarang tak tahu apa perkembangannya.

Mungkin orang berkata apa susah-susah lagi membina bangunan KIDas, susah-susah cari derma atau perlu menderma lagi sedangkan SRA akan dibina oleh kerajaan. Memang ada kemungkinan juga susah sikit nak dapat derma or sokongan selepas ini. Persoalannya, apakah sebuah sekolah agama dengan 25 kelas cukup untuk menampung keperluan Saujana Utama 2, Saujana Utama 3 dan SBCR ? Hatta Saujana Utama sendiri ? Lihat sahaja bilangan pelajar di SK Saujana Utama ketika ini, khabarnya lebih daripada 3,000 orang.

Pembinaan bangunan KIDaS masih lagi relevan, khususnya bagi anak-anak qaryah serta yang berdekatan kekira walking or cycling distance. Dengan jarak yang jauh, tentu menimbulkan masalah daripada segi masa serta kos pengangkutan yang turut berkait dengan keselamatan. Antara jalan kaki or naik basikal ke KIDaS, berbanding dengan hendak ke SRA SBCR.

Kemungkinan yuran SRA jauh lebih rendah daripada yang dikenakan oleh KIDaS. Orang akan mula membuat perbandingan khususnya daripada segi yuran dan memasing mula lari ke SRA. Tetapi jika mengambilkira kos pengangkutan, kemungkinan tiada penjimatan sangat. Sekiranya KIDaS telah memiliki bangunan sendiri dan tenaga pengajar di bayar gajinya oleh JAIS, tentu yuran KIDaS akan dapat dikurangkan. Sebahagian besar perbelanjaan KIDaS ialah untuk elaun pengajarnya. KIDaS kini ada kekira 900 pelajar dan 32 kelas. Ini bermakna kutipan sebulan RM40 X 900 = RM 36,000. Elaun pengajar RM900 X 25 orang = RM 22,500. Sewa kedai RM 1,200 X 3 + Rm 800 = RM 4,400. Baki RM 8K itulah kos operasi lain spt api dan air. Itupun kalau semuanya bayar... tapi selalunya ??? Tanya Bendahari ....

Cabaran KIDaS dan KAFA lain yang ada sekarang rasanya tidak berkait dengan kelulusan or permit untuk beroperasi. Wakil pemaju ada menyatakan rasa bimbangnya jika KIDaS tidak dibenarkan beroperasi setelah SRA SBCR beroperasi nanti. Rasanya ini tidak timbul selagi SRA yang bakal dibina tidak berupaya menampung keperluan seluruh penduduk Saujana dan SBCR. KIDaS boleh survive terus. Kendatipun jika JAIS tak bagi permit untuk teruskan KIDaS, since sudah ada bangunan, bermacam-macam boleh dibuat sebagai pejabat dan aktiviti surau, seperti kelas tuisyen, mengaji, masak memasak, bilik tahanan yang ditangkap khalwat or tak puasa. Kiranya boleh jadi macam Pusat Tarbiyah Al-Hidayah or Kompleks Islam Saujana Utama... fuyoo.
Share:

Kucing oh kucingku ....

Pada 20 Disember 2006, aku dihadiahkan oleh rakanku 4 ekor kucing. Katanya kucing Parsi, tapi entahlah. Seekor ibu dengan 3 ekor anaknya. Ibunya dinamakan 'Angel' manakala yang lainnya diberikan nama Blacky, Whitty dan Brownie berdasarkan warna. Cabaran bermula pada malam pertama apabila kucing berkenaan berak dalam sangkarnya sedang kami belum bersedia dengan segala keperluannya. Ah, busuk benor !!! Esoknya belikan makanan, pasir tandas serta beberapa bekas. Alhamdulillah nampak ok sikit. Pelan-pelan kena 'ajar' kucing tu berak di tempat yang betul. Ini penting bukan setakat tak mahu kotorkan kawasan rumah, tapi juga bagi menjaga keharmonian jiran. Beberapa hari kemudian baru nampak seronok dengan telatah kucing berkenaan. Si Angel pulak selalu ikut gi surau, lepas tu entah pegi ke mana. Kekadang tu balik 'rumah' asal dia, begitulah yang dikhabarkan oleh tuan asalnya. Waktu malam dan waktu kami sekeluarga keluar takde rumah akan dipastikan dikurung dalam sangkarnya. Itu yang sibuk sikit waktu pagi, antara nak bersihkan sangkar dan beri sarapan sebelum keluar gi kerja or sekolah.

Awal Januari, ketiga-tiga anak kucing berkenaan nampak tak sihat. Mata berair dan tak ceria. Disebabkan nampak makin kritikal maka pada Ahad 7 Januari lepas, terpaksa hantar ke Klinik Verterina di Shah Alam. Kiranya first time jumpa doktor haiwan. Katanya sakit mata serta flu bagi Brownie dan Whitty. Tapi bagi Blacky nampak kritikal, selain cirit-birit disyakki kena virus. Diberikan suntikan serta ubat pil. Kena caj RM 110, fuyoo ... Demam manusia pun tak semahal itu. Beberapa hari lepas berubat nampak OK kecuali Blacky yang masih susah dan enggan makan ubat. Kena paksa-paksa dia ...

Memang sukar menjaga dan membela kucing terutama tinggal kat rumah teres. Rasulullah s.a.w juga dikatakan suka juga kepada kucing, tapi kat sana pasir banyak dan senang kot kucing tu nak berak mana-mana. Kalu juga difikirkan daripada segi kos, boleh tahan juga kos manitenancenya, makanan dan pasir tandas lagi. Cuba berikan susu khas untuk kucing, tapi tak minum setakat ini. Nak yang 'mahal' jugak. Teringat satu ustaz yang juga amil zakat fitrah cerita yang beliau ditanyakan sama ada kucingnya kena juga fitrah. Maklumlah maintenancenya tinggi mengalahi manusia ... heharapnya kucingku tak berikan banyak masalah penjagaan dan ongkosnya.
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah