Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikan pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, pahit, indah, muram, genting & gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Menjamu Mata Di Bukit Keluang

3 Februari 2019 : Photobooth baru sebagai tarikan pengunjung ke Bukit Keluang, Besut.

Singgah di Pasat Siti Khadijah, Kota Bharu

4 Februari 2017 : Kenangan Singgah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Masjid Selat Melaka

Destinasi wajib kunjungi jika ke Melaka sambil rehat dan solat ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Gerhana Matahari 26 Januari 2009

Ketika kaum Cina seluruh dunia merayakan Tahun Baru Cina pada 26 Januari 2009, berlaku juga Gerhana Matahari pada hari yang sama. Apakah ada maksud tersendiri bagi mereka yang merayakan Tahun Lembu pada tahun ini. Entahlah, tetapi berbanding dengan tahun lepas, tahun ini nampak macam kurang meriah. Apakah ada kaitan dengan kemelesetan ekonomi dunia yang sedang melanda ? Gerhana Matahari ini dapat dilihat merentas dari Lautan Hindi ke timur Indonesia, termasuk di Malaysia. Namun di Malaysia hanya berlaku Gerhana Separa, berbanding dengan dibandar Anyer Indonesia, berlaku gerhana penuh atau gerhana annular . Kali terakhir rakyat Malaysia 'menikmati' suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 22 Ogos 1998, di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Kejadian kali ini berlaku mulai kira-kira 4.30 petang dimana bayang Bulan mulai kelihatan ‘menyentuh’ Matahari dan Matahari kelihatan ‘sopek’. Yang sebenarnya Bulan sudah mula melindunginya. Aku sekeluarga yang ketika itu sedang dalam perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) cuba-cuba mendongak ke langit, namun awan yang sangat tebal menutupi pandangan. Di Saujana Utama, khabarnya hujan lebat turun.

Alhamdulillah, aku akhirnya berjaya juga melihat Gerhana tersebut dan sempat merakamkannya dengan kamera. Puncak Gerhana dikatakan berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari dilindungi Bulan. Suasana ketika itu begitu redup. Tak pastilah sama ada disebabkan awan tebal yang sesekali-sekala melindungi matahari ataupun sebab kurangnya cahaya yang sampai ke bumi walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit. Kemudian Bulan dikatakan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan Gerhana tamat pada jam 6.58 petang.

Tahun 2009 tercatat ada dua gerhana. Jika 26 Januari, gerhana cincin dapat dilihat di Indonesia, gerhana cincin kedua pada 22 Julai nanti dapat di lihat di Hangzhou, China. Gerhana seterusnya ialah pada 15 Januari 2010. Gerhana Matahari terjadi apabila Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Ini sebenarnya menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. Sedang perjalanan segala yang ada dilangit seperti bulan, bintang, planet dan matahari mempunyai peredaran yang telah ditentukan dan sempurna tanpa sebarang perlangaran. Malam dan siang silih berganti, perjalanan masa, hari, bulan dan tahun dapat ditentukan. Menerusi ketetapan ini juga, ahli falak atau astronomi mampu menjangkakan dengan tepat bila berlakunya Gerhana Matahari ini. Hanya manusia sahaja yang engkar dan mahu lari daripada ketetapan Allah sebagaimana yang ditentukan oleh Al-Quran serta yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w, dengan pelbagai alasan.

Di Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islamnya telah mengeluarkan surat bagai meminta semua masjid mengadakan solat Sunat Gerhana Matahari ( mungkin kebetulan hari cuti ) sebaik selesai solat Asar. Bersama surat arahan tersebut disertakan juga Teks Khutbah serta tatacara solat Gerhana Matahari. Oleh kerana solat sunat ini dalam kategori tuntutan sunat muakkad dan fenomena gerhana jarang berlaku, maka umat Islam dinasihat bersedia lebih awal dan melakukan solat ini secara beramai-ramai. Surau Al-Hidayah Saujana Utama turut tidak ketinggalan mengadakan solat Gerhana Matahari yang diimam oleh Ustaz Dr Mohd Zaki Abdul Rahman yang juga bertindak sebagai khatib.

Aku harap 22 Julai 2009 nanti, jika diizinkan Allah aku nak buat secara besar-besaran sambutan Gerhana Matahari ini di Surau Al-Hidayah. Selain solat sunat, mungkin boleh bersama berkumpul dengan juru kamera tempatan atau persatuan astronomi sekolah, bagaimana boleh kita mengetahui lebih lanjut mengenai Gerhana Matahari serta mengambil pengajaran daripadanya.
Share:

Pakaian Punca Dirogol ?

Aku tertarik dengan suatu artikel atau rencana khas dalam Berita Harian yang disiarkan pada 25 Januari 2009. Tajuknya ”Pakaian punca dirogol”. Yang menariknya kenyataan ini dikeluarkan oleh orang bukan Islam. Kalau para ustaz atau alim ulamak yang buat kenyataan, tentunya ramai pengamal ”Islam Liberal” dan ”Islam Moden” yang akan menentang. Hujah mudahnya ”Iman Bukan Terletak Pada Pakaian” dan ”Ada juga wanita dirogol oleh Imam”.

Statistik yang dilaporkan oleh pertubuhan Keganasan ke atas Wanita (VAW) menunjukkan kes itu semakin meningkat dengan 3,756 kes keganasan wanita dilaporkan berlaku pada 2007 berbanding 3,264 kes pada 2006. Antara bentuk keganasan terhadap wanita yang utama ialah kes rogol yang bukan lagi asing di kalangan masyarakat. Menerusi statistik yang dikeluarkan di VAW, sebanyak 2,431 kes dilaporkan berlaku pada 2006, tetapi meningkat kepada 3,098 kes pada 2007.

Menurut Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah, walaupun ramai wanita yang enggan menerima hakikat cara berpakaian antara punca utama yang membawa kepada jenayah rogol, kajian dijalankan mendapati sebaliknya. “Antara perkara yang mendorong kepada kejadian ini ialah pakaian seragam sekolah yang ada kalanya terlalu jarang. Pakaian sekolah yang nipis sehingga boleh menampakkan bahagian dalam wanita dikategori sebagai seksi yang secara tidak langsung ia nampak berahi dan menggalakkan kepada kes rogol terhadap pelajar.

“Selain itu, faktor pemakaian wanita dewasa juga seharusnya diambil kira. Mengenakan pakaian jarang, ketat atau pendek sehingga mendedahkan bahagian dada, kaki dan perut juga boleh mendorong kejadian rogol,” katanya.

Ivy berkata, VAW memperkenalkan kempen ‘Kembali ke Sekolah’. Menerusi kempen itu, WAO mengeluarkan mahu isu keganasan terhadap wanita terutama kes rogol ditangani segera dengan fokus permulaan kepada pelajar sekolah. “Mengenakan pakaian nipis ke sekolah sangat tidak bersesuaian dan ia agak tidak bermoral di kalangan pelajar yang seharusnya menimba ilmu bukannya mendorong kepada kejadian yang mereka sendiri tidak mahu terjadi ke atas diri mereka,” katanya.

Keganasan terhadap wanita tidak akan berhenti selagi tiada kesedaran sivik dan simpati dalam diri setiap individu. Bagi seorang muslim, kesedaran dan penghayatan terhadap ajaran Islam itu sendiri memainkan peranan. Baik lelaki mahupun wanita seharusnya memainkan peranan

Share:

TESCO : Penyumbang Tetap Pembangunan Israel ?

Pasaraya TESCO telah mula bertapak di Malaysia sejak 2002, tetapi aku belom pernah menjejakkan kaki ke premisnya, lantaran larangan daripada anak-anakku untuk memboikotnya sejak dulu lagi. Katanya TESCO banyak membantu Israel. Membeli di TESCO seolah-olah membantu perjuangan Israel dalam berhadapan dengan Palestine. Memang sudah lama dengar, tapi tak perolehi bukti atau keterangan lanjut serta sejauh mana kebenaran akan dakwaan serta tindakan anak-anakku itu.

Dalam isu yang berkaitan dengan pemboikotan barangan syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Amerika, Yahudi atau mempunyai hubungan dengan mereka secara langsung atau tidak langsung, kerap dijadikan bahan utama sebagai tanda penentangan kita terhadap keganasan serta pencerobohan Israel ke atas bumi Gaza dan Palestine. Akupun cuba membuat sedikit kajian menerusi internet mengenai TESCO. Rupanya TESCO sejak 30 tahun lebih yang lalu membantu dan menyokong negara Israel. Tapi kenapa TESCO boleh bertapak bukan sahaja di Malaysia, tetapi termasuk juga di negeri Kelantan Serambi Mekah ? Setelah membeli rangkaian syarikat Makro, TESCO kini mempunyai hampir 30 outlet dalam rangkaiannya di Malaysia. Kemasukan TESCO di Malaysia dibuat dengan bersama Sime Darby Sdn Bhd yang mempunyai 30% pegangan saham.

TESCO diasaskan oleh Jack Cohen di East End, London. Beliau merupakan seorang anak tukang jahit. Pada mulanya, beliau menjual pelbagai barangan di pasar Jalan Weel, Hackney. Selepas Perang Dunia Pertama berakhir pada tahun 1919, beliau menggunakan wang simpanannya untuk membeli gerai sendiri.

Jenama TESCO bermula tahun 1924 selepas Cohen membeli kedai teh daripada T.E Stockwell. TESCO adalah gabungan nama T.E Stockwell dan Cohen. Ada juga yang mengatakan nama pasaraya TESCO diambli daripada nama isterinya yang bernama TESSA COHEN. Seterusnya TESCO berkembang sehinggalah di senarai Bursa Saham London pada 1947 sebagai Tesco Stores Holding, London"

Apa pula hubungan TESCO dengan Yahudi dan Israel ? Tahun 1973, Jack Cohen meletakkan jawatan dan digantikan oleh anak menantunya iaitu Leslie Porter sebagai Pengerusi TESCO yang juga suami kepada anaknya iaitu Shirley Porter. Mungkin dari sini bermula dan kaitannya.

Di Israel, Shirley Porter merupakan seorang yang begitu dihormati dan dermawan yang prominent, yang begitu bermurah hati terhadap hal kebajikan, ekologi dan akademik, khususnya kepada Universiti Tel Aviv ( UTV ). Ini dilakukan menerusi yayasan yang ditubuhkan bersama suaminya, The Porter Foundation. Kiranya yayasan ini menjadi penyumbang tetap kepada UTV.

Hasil sumbangannya, beliau dilantik sebagai canselor kepada UTV. Yayasannya juga menyediakan biasiswa, memberikan bantuan buku dan peralatan. Banyak sumbang menerusi projek projek pembangunan di UTV. Yang terdekat ialah pembinaan “green building”, pertama seumpamanya di Israel yang bertujuan untuk menjadi "living laboratory", tempat kajian dan pembelajaran mengenai green architecture.

Setakat ini, tidak pula ku temui tentang bagaimana TESCO dikatakan mempromosikan produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia serta membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England. Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.

Konklusinya TESCO adalah penyumbang tetap kepada pembangunan Israel. Namun keputusan ditangan anda, sekiranya anda mahu terus menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di pasar raya TESCO.

Tapi aku rasa ramai yang akan tetap berkunjung ke sana dengan pelbagai alasan. Antara katanya ialah apa yang buruk jangan diambil, kita ambil yang baik dan positif sahaja. Yang pasti selesa shopping di sana, parking, tandas bersih dan free, surau pun besar dan bersih untuk solat. Kita pergi ke sana bukan nak sokong sangat agama dan budaya mereka, tapi kita ikut cara perniagaannya yang amat positif dan memberikan kepuasan yang menyeluruh kepada pelanggan. TESCO banyak bayar cukai kepada kerajaan untuk dibayar juga gaji kakitangan awam.

Apakah kita tidak mempunyai lain pilihan ?
Share:

Hari Muslimat Al-Hidayah 2009

Berbanding dengan tahaun lepas, kali ini sambutan lebih baik lagi. Namun masih tidak seperti yang diharapkan. Mungkin penduduk merasakan ini hari untuk perempuan atau muslimat sahaja. Muslimin pun tidak ramai, hanya AJk saja yang nampak berlegar-legar membantu pihak Muslimat serta perjalanan program dari 7.00 pagi sampai 5.30 petang. Bilangan penderma darahpun tidak sampai 40, begitu juga dengan transaksi berkaitan pendaftaran pemilih oleh SPR. Namun aku ambik kesempatan ini untuk tukar ke peti undi Saujana Utama. Sebelum ini di Selayang Pandang, Parlimen Selayang.

Namun ramai muslimat telah hadir mengikuti ceramah Lambaian Kasih yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Harlina Siraj( Ketua Wanita Jemaah Islah Malaysia ). Ini merupakan kali ke-2 Prof hadir memberikan kuliah di Surau Al-Hidayah. Kali pertama dahulu bersama Pengacara TV3, iaitu Pn Wardina dalam sesi 'Cinta : Antara Realiti Dan Fantasi'. Tahun depan nak panggil sapa pulak. Ceramah ini boleh dianggap sebagai 'core program' dalam pengisian Hari Muslimat, supaya dengan pengisian ilmu ini, sambutan menjadi lebih bermakna.

Dalam intronya Dr Harlina menyebutkan yang kematian salah seorang anaknya sewaktu masih kecil menjadi pendorong baginya dan suami untuk 'kerja kuat' berdakwah menyampaikan risalah Islam supaya di Padang Mahsyar nanti, anaknya mudah memberikan 'syafaat' untuk ibubapanya masuk kesyurga. Terharu aku mendengarnya.

Nampaknya Hari Muslimat kena 'rebranding'. Tukar nama or imej bagi menggalakkan orang lelaki nak datang ke surau menghadiri Hari Muslimat. Ini penting bagi memastikan para peniaga berpuas hati dengan jualan mereka yang agensi yang membuka kaunter perkhidmatan juga berpuasa hati. Apakah sudah tengah bulan, duit pun habis untuk persiapan persekolahan anak-anak.

Daripada segi program nampaknya program yang buat pertama kalinya dianjurkan iaitu busan Muslim mendapat sambutan yang mengalakkan. Next time kena sedia hadiah saguhati lebih banyak sikit. Kesin juga tengok bebudak ( mak bapaknyalah yang bersungguh ) tu bukan main lagi persiapannya serta gaya persembahan. Tapi yang penting ialah pakaian menepati syariat Islam. Congkak dan mewarna masih mendapat sambutan dan sering menjadi acara tetap dalam setiap Jamuan Aqiqah atau perhimpunan di surau.

Game sukaneka terus dimonopoli oleh remaja. Nampanya masih sukar nak dapat penyertaan daripada yang dewasa. Kalau nak kategorikan as Dewasa saja, bimbang tidak akan ada pesertanya. Anakku Najihah Al-Kauthar masuk semua acara agaknya dan menang 3daripadanya. Aku tak tahu yang diapun pun bakat yang tersendiri dalam boling padang dan musical chair. Aku main juga boling padang berpasukan khas untuk dewasa. Acara ini dibuat khas sebab ada baki hadiah. Tapi tewas juga.


Share:

Di Tree Steak House Paya Jaras

Sering melalui kedai tersebut. Tapi tak pernah singgah. Kecuali dulu-dulu, itupun singgah kedai sebelahnya yang satu ketika dulu kedai gunting rambut. Tetapi pada 10 Januari lalu kami singgah nak merasa, sekali nak celebrate Kak Yong sempena besdaynya semalam dan nak balik UTP keesokannya. Result UTP yang baru diterimanya pun ok juga, masuk 'Dean List'.

Kedai tersebut terletak di Paya Jaras, bersetenteng dengan Kedai Tayar ( entah apa nama ). Jika dari rumah menghala ke Kuala Lumpur, nak masuk parking di kedai tu memanag payah. Kereta tidak putus-putus dari arah Kuala Lumpur, tambahan ada pasar malam petang tu. Terpaksa lajak dan buat U-turn kat Bandar Baru Sungai Buloh. Parking kedai ada di belakangnya.

Tapi petang tu lengang kedai dan cuma kami sekeluarga saja jadi pelanggan. So order pun cepat. Tetapi biasalah bagi makanan steak nie, biasanya frozen then 'reheat' ( betul ke ? ). Tenok set kerusinya sebijik sama dengan yang ada dalam dapor rumah kami. Anyway, best !! Makanan yang kami order, sedap rasanya. Tentang rega, aku tak pasti. Tapi rasanya macam agak mahal sikit berbanding dengan yang pernah dirasai di Langkawi suatu ketika dahulu. Tapi nak compare gitu payah, sudahlah masa yang berbeza, kandungan pun tidaklah sama. So tak dapat nak compare 'apple to apple'. Anyway kira puas hati dan kenyang juga menikmati hidangan pada malam tersebut.


Share:

Mentarang : Rezeki Selepas Tsunami, Tetapi ...

Cuti 1 Januari lalu, aku sebenarnya ke Sungai Besar. Isteriku mengajak jalan ke sana nak kenal Pekan Sungai Besar yang kononnya ‘murah’ dengan kain pakaian serta tudung. Dari rumah perjalanan kira sejauh 85km dan aku juga sempat membeli beberapa keperluan Surau Al-Hidayah seperti kain baner dan tikar plastik untuk solat Jumaat. Kira murah juga berbanding di Bandar Baru Sungai Buloh.

Dalam perjalanan balik, kami sunggah di gerai tepi jalan yang menjual mentarang di Sekinchan. Apa dia menatang ni ? Masa perjalanan pergi pun sudah kelihatan iklan serta gerai-gerai menjual mentarang. Itu yang pasang niat, nak beli masa balik nanti. Bila singgah tengok ‘binatangnya’ agak pelik sikit.

Menurut penjual tu ( tidakku tanya pulak namanya ), ‘Ini rezeki kami lepas tsunami. Sebelum ini ada sikit-sikit, tetapi kini banyak’. Aku tanya lagi, makan macamana ?'. ’Buat macam masakan kerang aje bang’, katanya. Besar sikit daripada lala, tapi memanjang, kerangnya kasar dan terkeluar macam lidah daripada badannya. Terasa geli pulak. Isteriku beli 2kg dengan rega RM 7 sekilogram. Banyak juga ...

Bila buat sedikit penyelidikan, ada beberapa perkara menarik mengenai mentarang ni. Sebelum ini dikatakan banyak di patai Perlis. Tetapi sejak tsunami melanda pada Disember 2004, mentarang atau nama saintifiknya Pholas Sp. boleh didapati di sekitar pesisir pantai di kawasan Jeram, Kuala Selangor hingga ke Tanjung Karang dengan banyaknya. Mentarang di dalam lumpur sedalam 50 cm dari permukaan dan biasanya didapati pada jarak 300 meter hingga setengah batu dari pesisir pantai. Untuk memperolehinya terpaksa dengan mengorek lumpur tersebut apabila bila air laut surut.

Kehadiran mentarang dikatakan menjadi petunjuk bahawa rupabumi dasar laut telah berubah setelah kejadian tsunami yang meranapkan Acheh. Di sebalik kesengsaraaan akibat tsunami, nampaknya ianya memberikan rezeki kepada para nelayan atau pencari mentarang.

Sampai rumah, isteriku terus membasuh mentarang dan membilas beberapa kali dengan air. Sebabnya, aku lihat mentarang agak berlumpur. Kalau kerang, tijah ( istilah Besut ) dan kupang tu memang biasa dengan rasanya. Tapi ketika itu aku tidak dapat membayangkan rasanya bagaimana. Kemudian isteriku pun masak ’rebus steam’ macam yang dibuat ke atas kerang or kupang tu.

Sambil isteriku mengopek kulitnya kulit mentarang untuk mengeluarkan isi, dia merasanya. Sedap katanya. Aku masih lagi ’ragu-ragu’. Kelihatan seperti isi kepah tapi bentuknya memanjang. Anakku kata, ’terasa masih berlumpurlah Umi’.

Keesokan pagi isteriku masukkan mentarang yang telah dikopek kulitnya ke dalam nasi goreng. Aku cuba merasanya .... alamak !!! Aku tak dapat nak menahannya, lalu ku muntahkan semula. Nasi goreng tu tak dapat ku habiskan. Sorry my dear, I can not take it. Nampaknya memang bukan selera aku. ‘Kalau takde sapa yang makan, bagi kat kuching ajelah’, kata isteriku. Anak bungsuku pun macam tak larat nak makan.

Aku tidak dapat membayangkan bagaimana mentarang dikatakan dijadikan juadah istimewa dengan pelbagai jenis masakan oleh restoran-restoran besar di sekitar Sekinchan dan Sabak Bernam. Malahan dikatakan orang Jepun dan Singapura pun suka. Takpelah, biarlah pengenalan menu mentarang di restoran itu secara tidak langsung membantu penduduk tempatan menambahkan pendapatan mereka daripada hasil jualan mentarang.

Berikut adalah kisah mentarang sebagaimana tersiar dalam akhbar The Star pada 3 Januari 2009.

http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2009/1/3/lifeliving/2914652&sec=lifeliving

Buried treasure
By ROSE YASMIN KARIM

Gathering mentarang from thick sludge under the glaring sun is hard work, but collecting the bounty of the sea can be rewarding. I EASED my car onto the sandy shoulder of a beach that ran along Sekinchan, Selangor. At low tide, the flats reach out 300m or more before the sea laps the shore. In this muddy terrain, the mentarang is highly sought after.

Harvesting mentarang often results in Amran Samudi being covered in mud from the neck down.

These whitish shellfish, which are about the length of an index finger (but which can grow to the size of a cellphone), burrow deep in the mud to escape predators – crabs, birds, and people like Amran Samudi, 30, who make a living harvesting them. Amran’s activity depends on the tides. When the water recedes during low tide and land is reclaimed momentarily from the sea, Amran glides over the sludge and treads the shallow water to collect mentarang to sell at his roadside stall.I managed to coax him to take me along to work. Still, he wanted to be sure I was really up for it.

The treacherous territory can pull one down like quicksand, he warned. “Some years back a television crew came here to shoot footage of the villagers collecting mentarang. Halfway through, the host had to be dragged back to shore on a plastic board because she was too exhausted to walk back through the mud. Still want to come along?” Amran asked.

The mollusks are placed in a net and swirled in the water to rinse away the mud.

Since my rubber football boots had been laced and I had driven all the way out here, there was no turning back. So, armed with a pair of gloves and a plastic container roped to our waists, Amran and I made out way out to sea to join the rest of the mentarang collectors. When the water reached our thighs, we knelt down and scooped about in the mud.

“Digging for mentarang is all about feeling for them, not seeing them. Even when we go out at night, we don’t use lamps because we don’t need the light,” Amran explained.

Using his upper body, Amran dug his hands into the bottom and pulled the mud towards his chest. “When you feel something, chances are it’s mentarang,” he said. I got a little bit too excited when I felt my first mentarang and roughly yanked it out, breaking its fragile shell.

“We can’t sell the ones with brokens shells, but they’re still good to eat. We’ll have that cooked later,” Amran said. I rinsed off the mud, and proudly deposited the shellfish into my bucket.

Unlike fishing, you don’t have to be quiet when hunting mentarang. The collectors were indeed a noisy bunch, laughing and merrily teasing each other as they dug around under the blazing sun. “A few more rounds of this and your hair will be in tight curls,” one of them joked.

Amran dragging his haul back to shore.

Some collect mentarang full time, like Amran, while others do it to supplement their income from working fruit orchards, freshwater prawn farms or trapping birds. On a good day Amran can bring home 40kg.

Mentarang, according to him, can be found along the shores of Pantai Remis all the way to Tanjong Karang. Apparently, it was only seven years ago that the locals learned of this shellfish’s existence.

“After the tsunami, there were more mentarang than usual,” Amran recalled. He said mentarang were first harvested in Kuala Perlis but the supply there had started to dwindle. “Nowadays, even the sellers from there come to buy from us.”

“Do you come across other marine life, while you’re looking for mentarang?” I asked. “There are mostly small crabs and other shellfish. You want to watch out for sea snakes, crabs, caterpillars, and eels, though,” he cautioned.

Gulp. I scraped hard at the muddy bottom to distract from thoughts of eels worming its way through my pants.

“Once you’re done with that spot, you can move on to a new area,” Amran hollered. After an hour or so, we had a formidable haul and Amran decided it was time to go back. He dragged both his and my container, while I carried a mentarang-filled net over my shoulder. Despite the heavy load, Amran beat both the photographer Glenn, and myself, to the shore, gliding effortlessly across the muddy terrain. By now, I was caked in mud – it was in my hair, ears, shirt, pants, and socks. I couldn’t wipe myself with the back of the hands without smearing on more of the muck. The mud here was salty and it tasted like shellfish.

Rosnah separating the mentarang by size at her stall.

My shoes were like two bricks. It felt like I was walking in a steel-toed Dr Martens boots, but five times heavier. What I needed was a good hose-down, but all we had were two two-litre bottles between the three of us. “Go clean up in the puddles first. Later, you can have a proper wash behind those bushes,” Amran urged. Waiting for us at the stall close to their home in Parit 8, Sungai Leman, were Amran’s wife, Rosnah Basri, and their three kids. Our freshly-caught mentarang were soaked in water to remove the grime before they were arranged on the counter. “We sell them in two sizes. The big ones is RM8 per kg and the smaller ones are priced at RM7. It’s easier to eat the bigger ones but the smaller ones are more tender,” Rosmah opined.

“The deeper you dig into the mud, the bigger the mentarang. And what we have noticed is that from the 30th to the 3rd day of the Muslim calendar, the mentarang we get are larger,” commented Amran.

Most of the customers, he added, were locals who live out of town. “We also have some curious first-timers who will keep coming back,” Rosnah chipped in. The mentarang are normally sold out on the day itself but unsold mollusks are kept in a tank where they can last up to two weeks. Some days, the couple also sells cockles. “We price it at RM1 a kg but it’s always the mentarang that gets snapped up first.”

Rosnah then showed me the trick to de-shelling the mentarang. Pointing to a tiny latch on the shell, she said: “Once you remove this piece, it’s easy to separate the shell and scoop out the flesh. To remove the sand and grit when cooking, I half-boil the mentarang first.” Her children, she said, liked them best coated with eggs and flour, and fried KFC-style.

The mentarang is a versatile ingredient. “You can also sauté them whole with ginger and onions, or simply boil them with a seasoning of salt and lemongrass. It has been said that gout patients can benefit from eating steamed mentarang,” Rosnah informed me.

While Rosnah, her daughter Intan Azra Shahira, 11, and I de-shelled the broken mentarang, her two sons Muhd Fat-hi Amrin, 11, and Luqman Hakkem, seven, happily cast their lines and reeled in freshwater fish from a ditch behind the stall that had many lotus flowers.

The bait? Mentarang, of course.

Later, Amran stayed back to man the stall while the rest of us went for a late lunch at a restaurant nearby. It was pretty laidback here, for the staff didn’t seem to be in any sort of a hurry. It took a whole hour before our dishes finally arrived. Rosnah had ordered mentarang soup, mentarang paprik, fried mentarang and mentarang tiga rasa (three-flavoured mentarang). I liked the simplicity of the mentarang soup, which was cooked in its own juice with chillies and onions. But whatever way they were cooked, I liked them – the chewy texture and earthy flavour, somewhere between cockles and lala.

However, the dishes were a bit gritty because the cook didn’t clean the mentarang of impurities. As we ate, Rosnah pulled out something stringy and translucent from a mentarang and said, “People with a delicate stomach should remove this jelly because it might upset their stomach. It doesn’t bother me or the kids, though, so we eat it whole.”

That day had been an eventful one, and I went away with three important lessons: that cute tiny crabs really can pinch; that my tummy can handle the gooey bits of the mentarang; that persistence and hard work pays even when one is mucking about – provided one knows what one is doing.
Share:

Kenangan Di Bukit Melawati Warisan Sejarah

Pada 1 Jan 09, aku singgah ke Kuala Selangor. Selalu lalu saja tapi kali ini singgah. Kali terakhir aku singgah naik ialah kekira tahun 1984/5, iaitu ketika buat praktikal melihat anak bulan sebagai sebahagian daripada aktiviti dalam mengikuti Kursus Falak Syarie yang aku ikuti semasa ngaji di UKM dulu.

Kini sudah jauh berubah rupanya .. Kini sudah ada menara tinjau khas untuk melihat anak bulan bagi menentukan menentukan tarikh mula puasa, hari raya dan permulaan awal Zulhijjah. Rumah api yang terletak berhampiran masih berfungsi sebagai panduan kepada kapal. Rumah tersebut kini dalam kawalselia Jabatan Laut.

Bukit Melawati yang berdepan pemandangan indah Kuala Selangor dan Selat Melaka memiliki sejarah yang tersendiri dan amat rapat dengan kesultanan Melayu Melaka. Pernah juga dipanggil Bukit Selangor. Berdasarkan kepada kedudukan bukit ini yang menghadap muara Sungai Selangor, ia pernah menjadi pusat pentadbiran kesultanan Selangor di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19.

Dipuncak bukit ini terdapat sebuah kota pertahanan silam yang memainkan peranan besar dalam sejarah awal negeri Selangor. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1778-1826) untuk mempertahankan dari serangan Belanda kerana Negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan Johor dan Riau.

Mengikut sejarah, kota ini pernah ditakluki Belanda pada 1784 selepas kuasa penjajah itu menewaskan Portugis di Melaka. Belanda kemudian memusnahkan kota lama dan menggantikannya dengan istana Eropah sebelum memberi nama baru, Fort Atlingsburg, sempena nama komander mereka, Gabenor Jeneral Alting.

Lokasi kota ini memang strategik dan tidak hairanlah ia menjadi sasaran dan sering kali digempur oleh beberapa kuasa besar utama termasuk British dan Kesultanan Selangor yang mahu menguasai bukit ini. Pada tahun 1785, Sultan Selangor dengan bantuan orang Pahang dan penggawa Permatang telah menawan semula kota ini daripada pihak Belanda.

Naik ke Bukit Melawati dengan kenderaan yang dipanggil 'trem' yang stesennya berdekatan Masjid Lama Kuala Selangor. Cuma RM2 bagi dewasa dan RM1 (kanak-kanak). Dalam perjalanan, boleh melihat tiga makam Sultan Selangor, runtuhan kota lama dan batu hampar yang pernah menjadi tempat pesalah menjalani hukuman pancung. Sebenarnya banyak lagi kesan sejarah, tapi aku tak sempat nak meround. Lain kali kot.

Tapi yang agak mengejutkan ialah para pengunjung disambut dengan pulohan lotong apabila sampai ke puncak. Pengunjung boleh memberikan kacang panjang kepada haiwan ini yang boleh dibeli daripada penjual dengan harga RM1 sahaja. Para pengunjung termasuk aku, tidak melepaskan peluang bergambar bersama lotong-lotong berkenaan. Meriah suasana dengan gelagat anak-anak bersama lotong-lotong tu. Dikatakan lotong ini memang telah wujud lama sejak dari asal dulu lagi.

Semasa pulang dengan trem, lalu saja ke Taman Alam. Nampak menarik ... ah lain kali ajelah nampaknya jika panjang umur.


Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah