Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Pengalaman LIMA 13

Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition atau LIMA yang diadakan pada tahun 2013 atau LIMA 13 merupakan edisi ke-12 penganjurannya. Wah sudah lama juga jika mengambilkira diadakan pada setiap dua tahun. Selalunya diadakan pada penghujung tahun cuti sekolah bulan Disember ... tetapi bagi edisi ke-12 telah diadakan pada 26-30 Mac 2013. Aku hanya hadir untuk sesi yang dibuka kepada orang awam iaitu pada 29 dan 30 Mac sahaja.

Aku yang tidak pernah menghadiri sebarang pameran LIMA sebelum ini telah bernekad sejak tahun lepas untuk tidak melepaskan peluang untuk hadir pada kali ini. Maka segala tempahan penginapan serta pengangkutan pergi dan balik aku tempah awal-awal lagi.

Rupanya aku terpaksa membayar dengan harga yang mahal juga lantaran ketika LIMA 13 berlangsung, juga berlangsung Putrajaya Hot Balloon Fiesta serat kenduri majlis kahwin anjuran bapa sedaraku. Argh … sejak pindahke Putrajaya, aku tidak pernah terlepas peluang mengunjungi Fiesta Belon Panas Putrajaya !!!

Ternyata memang LIMA 13 begitu dinantikan oleh ramai peminatnya. Bas penoh, nak dapat tiket feri terpaksa beratur panjang sejak awal pagi. Jeti Kuala Perlis serta gerai makanan penuh sesak dengan orang ramai sejak suboh lagi, pelbagai bangsa serta peringkat umur termasuk pelancung luar Negara.

Tak tahu bagaimana keadaannya pula di Airport. Selalunya ketika musim ini, harga sewa kereta, hotel penginapan dan homestay meningkat. Harga makan juga dikatakan sama naik.

Apa yang istimewanya LIMA sehingga begitu ramai pengunjungnya ? Malah media massa mendakwa bahawa penganjuran LIMA 13 lebih baik dan terbaik berbanding penganjuran sebelum ini. Baik daripada segi jumlah exhibitor, perjanjian jual beli atau lebih ramai pengunjungnya. Aku pun tak tahu nak komen sebab tidak pernah pergi sebelum ini.

Hari Pertama – Sekitar Porto Malai
Sebaik tiba, aku terus ke kawasan pelabohan Porto Malai untuk ke Pameran Maritime. Nak check-in hotel penginapan tadi pun masih terlalu awal dan mungkin tidak ready lagi. Kelihatan agak ramai orang yang datang, kena jauh parking.

Memasukki kawasan pameran ialah beberapa pesawat milik TUDM dan Agensi Maritime negara.

Aku kurang bernasib baik sebab bukan time pertunjukan penggunaan perslatan tersebut dalam melaksanakan operasi. Cuaca tengahari panas sungguh, terasa membakar muka.

Pameran Maritime
Aku kira Agensi Maritime Malaysia telah berkembang maju jika dilihat dengan dengan pemilikan pelbagai pengangkutan dan kelengkapan penguatkuasaan yang dipamerkan. Ini termasuklah helicopter dan bot peronda.

Aku sempat naik dan meninjau kapal penguatkuasa Maritime berharga RM13 juta buatan Turki. Dikatakan kita ada 6 seumpamanya yang mana 4 buah di buat Turki dan dua lagi di Malaysia untuk proses pembelajaran dan pemindahan teknologi.

Selain untuk meronda ia juga boleh bertempur. Telah banyak melaksanakan pebagai operasi penguatkuasaan di laut termasuk yang 'off-record' , bahaya tu ….

Pameran Kapal Perang
Banyak kapal perang kelihatan jauh di sekitaran perairan Porto Malai. Kenapa letak jauh-jauh, tak dapatlah pengunjung melihat dengan lebih dekat. Takut rosak, sensitif atau penuh rahsia ?

Baik tak payah berada di situ. Aku juga terlepas waktu feri berlayar mendekati kapal-kapal perang tersebut.

Kemudian terus berjalan melalui jeti yang agak panjang sebelum bertemu dengan beberapa kapal perang yang berlabuh termasuk kapal selam milik kerajaan Malaysia.

Kapal Selam Malaysia
Frust sangat-sangat sebab hanya boleh dilihat daripada jauh saja kapal tersebut timbul sebahagian di permukaan air dan berlabuh. Kapal selam itulah yang dulunya pernah timbul kontraversi cerita yang kononnya kapal tersebut tidak berupaya menyelam. Tak tahulah setakat mana kebenarannya.

Menurut pegawai yang bertugas, katanya sudah banyak jam ianya menyelam dan menjalankan operasi di perairan negara.

KD Jebat
Kapal Diraja ( singkatan KD ) Jebat adalah antara KD TLDM milik Malaysia yang berupaya untuk berperang. Memang kelihatan besar, tetapi dikatakan bukanlah yang terbesar yang dimiliki oleh Malaysia.

Walaupun telah berusia 14 tahun ia masih gagah digunakan. KD Jebat mempunyai seramai 150 crew dan baru pulang dari sebulan operasi di perairan Lahad Datu, Sabah khususnya dalam isu pencerobohan yang sedang hangat sekarang.

Aku berpeluang naik dan menyusuri apa yang terdapat dalam kapal ini, termasuk bilik kawalan pemanduan, bilik kawalan electrical dan mekanikal, klinik sehingga termasuk bilik airnya sekali. Senjata tempur banyak diletakkan di bahagian atas dan luar kapal.

Dengan kawasan laluan yang agak sempit serta serabut wayar sana dan sini, bagaimanalah kehidupan crew agaknya. Nasib baik sejuk dan nyaman dalam kapal tersebut.

Selepas itu, aku ke kapal perang milik Bangladesh iaitu BN Delshwari yang dikatakan tiba setelah satu minggu belayar dari Dacca. Ada dua lagi, tapi tak larat aku naik tengok.

Sebelum pulang ke hotel, aku singgah di suatu tempat tinggi yang dikatakan menarik untuk melihat pertunjukan udara yang sedang berlangsung ketika itu.

Orang agak ramai dan susah pula nak dapatkan tempat parking kereta. Daripada kedudukan ini, jelas kelihatan kawasan pameran berdekatan Lapangan Terbang Langkawi.

Hari Kedua – Area Lapangan Terbang Langkawi
Pagi lagi selepas sarapan aku bergegas ke Lapangan Terbang Langkawi bagi mengunjungi pameran LIMA yang diadakan di sana. Dewan Pameran Mahsuri terletak di sebelah lapangan terbang dan sebahagian landasan digunakan untuk pemeran pelbagai pesawat.

Pergi pagi bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Pukol 9.00 pagi dah sampai di tempat parking sedangkan pintu masuk buka mulai 9.30pagi.


Ramai sudah orang menunggu, namun masuk mengikut kumpulan. Mungkin untuk elakkan kesesakan semasa pemeriksaan di pintu masuk bahagian dalam.

Pameran Statik Pesawat
Pamerana ini melibatkan pelbagai jenis kapal terbang, helikopter atau pesawat sama ada digunakan di dalam atau luar Negara. Ini mungkin pulohan pesawat yang terdiri daripada kapal perang, penyelamat dan cargo.

Memang kena berpanas, tetapi antara satu pesawat dengan yang lain disusun berdekatan dan tidaklah terasa penat sangat apabila mengunjungi dari satu pesawat ke pesawat yang lain.

Sambil membaca keterangan yang disediakan, boleh bertanya kepada petugas yang berkenaan. Selain ambil gambar, ada jua yang dibenarkan untuk naik untuk mengalami sendiri suasana sehingga kepada tempat duduk pilot.

Kebanyakkan pesawat adalah daripada negara kita sendiri serta negara seperti Singapura, Australia, Indonesia, Thailand dan Russia.

Melihat pesawat Singapura F-16D bersebelahan dengan Sukhoi dan F/A-18D TUDM Malaysia, nampak daripada segi kecangihan macam pesawat tentera udara Singapura lebih canggih berbanding Malaysia. Entahlah.

Pertunjukan Udara
Mungkin ini yang menariknya. Walapun jauh di udara, berpanas dan terpaksa mendongak ke atas. Beberapa jenis pertunjukan di udara diadakan sama ada secara solo atau berkumpulan.

Bising bingit ruangan udara Langkawi pada hari itu, ditambah dengan ulasan selari penuh semangat oleh DJ bertugas di Lapangan Terbang Langkawi.

Sepanjang pertunjukan semalam 1jam 30 minit, nampaknya tak adelah kapal terbang komersial lain turun naik di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Walaupun agak sukar, aku cuba merakamkan detik pertunjukan udara oleh beberapa pesawat pada hari tersebut dengan kamera yang aku bawa.

Akhir sekali pasukan juruterbang dari Indonesia menemui orang ramai. Sambil mengedarkan beberapa cenderahati, orang ramai sempat juga berbual dengan mereka.

Kapal U.S Air Force
Entah macamaan selepas pertunjukan udara, kami dibenarkan mengunjungi kapal terbang perang USA yang agak besar dinamakan U.S Air Force. Ia terletak paling jauh sekali dan menuju ke sana melalui kapal perang yang lain.

Memang agak menakjubkan ruang dalaman kapal U.S Air Force dan aku pun turut beratur untuk mengalami sendir pengalaman berada dalam cok-pit pemandu.

Menurut askar yang bertugas, katanya 2 hari mereka terbang dari pengkalan tentera mereka di Hawaii dan USA mempunyai kira-kira 200 unit kapal terbang perang seumpamanya.

Berada dalam cokpit tidaklah lama, sekadar untuk bergambar. Melihatkan keliling butang kawalan serabut juga. Tapi menurut juruterbang, kawalan pemanduan adalah automatik. Entah, tak faham nak sebut.

Dewan Pameran Mahsuri
Ini merupakan bahagian terakhir aku lawati, sejuk dan nyaman terasa setelah berpanas di lapangan terbang tadi. Walaupun orang ramai dan dewan nya besar, namun alat penghawa dinginnya cukup menyegarkan.

Dalam dewan ini dipamerkan pelbagai pameran komersial pesawat udara dan laut daripada syarikat dalam dan luar negara.

Termasuk juga pameran daripada university tempatan yang menawarkan kursus yang berkaitan. Tak sangka juga banyak bidang pengajian berkaitan dalam university tempatan sekarang ini.

Nampaknya industri pembinaan kapal laut telah ada penerajunya di Malaysia, begitu juga bagi penyelenggaraan pesawat atau kapal terbang. Boleh tahan hebat juga kepakaran tempatan.

Rumusan ?
Walau bagaimanapun aku dapati LIMA13 tidaklah best sangat sebagaimana yang aku jangkakan. Mungkin aku tidak berhasrat untuk datang lagi, khususnya pada LIMA 2015. Tetapi kalau datang juga kena pastikan plan betul-betul dan yang penting dapat melihat sendiri aktiviti pertunjukan yang dianjurkan.

Dua hari satu malam sudah mencukup dimana Hari Pertama untuk bahagian Laut dan Hari Kedua untuk di Dewan Mahsuri dan Lapangan Terbang. Shopping hanya masa petang hingga malam dan ambil flight balik lewat malam pada hari kedua atau hari terakhir.

Untuk menerokai LIMA juga kena sanggup berpanas terik sambil berjalan kaki. Ini kerana jarak antara tempat parking dengan pintu masuk yang jauh serta jalan dari satu bahan pameran ke bahan pameran yang lain.

Kalau sakit kaki or ghout, lupakanlah. Tak nampak plak orang berkereta roda. Jika perlu bawalah alat peneduh seperti payong, topi serta pakai losyen sub-burn dan bawak air mineral. Mungkin boleh juga beli air di tapak pameran. Kalau dalam Dewan Pameran Mahsuri tu memang sejuk nyaman la …
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah