Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Forum Untuk Apa Dakwah Ini

Padu dan padat hujah dua ilmuan terkenal tahanair yang membicarakan 'Untuk Apa Dakwah Ini ?' dalam Forum Khas sempena 3 Tahun Geng Surau Putrajaya di Masjid Besi pada 8 November 2016. Malangnya voice recorder buat hal pulak, tak dapat merakam keseluruhan forum yang berlangsung kira-kira 2jam 40 minit.

Geng Surau Putrajaya ditubuhkan oleh kalangan anak muda bagi menyemarakkan lagi aktiviti dakwah di sekitar Putrajaya. Mereka mempunyai group Facebook yang boleh diakses menerusi akaun Geng Surau Putrajaya ( GSP ) atau https://www.facebook.com/groups/gengsurauputrajaya/.

Mengapa Perlu Berdakwah ?
Dakwah adalah untuk menyeru bagi umat kepada syurga dan meyelamatkan dari neraka sebagai balasan di akhirat nanti. Ia bukan sahaja tugas para Rasul, ia juga tugas setiap hamba Allah yang ingin berdampingan dengan Rasulullah s.a.w di akhirat nanti.

Ini adalah kerana matlamat kehidupan kita nanti ialah kebahagaian di akhirat. Malah mungkin akan dipersoalkan lantaran tidak melaksanan tugas dakwah ini.

Kaedah Berdakwah
Dato’ Dr Muhamad Izhar Arid ( DDMIA ) pula berkongsikan beberapa kaedah dalam melaksanakan dakwah ini.Pertama, kita hendaklah faham dan bijak dalam menganalisis apa yang menarik untuk disampaikan oleh hadirin, khususnya orang muda ketika ini. Perlu ada lawak disamping ketegasan.

Kedua, tidak perlu maki hamun atau merendahkan orang lain. Jika terdapat sebarang persoalan dikemukakan, jawablah dengan berhikmah dan ikut akal. Orang mudah kini minat dengan isu semasa yang perlu dijelaskan dengan ringkas, tidak berbelit-belit dengan pelbagai pendapatt para ulama’.

Ketiga: jawab dengan penuh ketegasan, jelas dan ikhlas. Jika haram, katakan sahaja haram. Sokong dengan dalil dan hadit berkaitan. Anak-anak muda kini ingin lihat ketegasan kita memegang prinsip syariat.

Halangan Dalam Berdakwah
Tidak dinafikan akan ada halangan dan cabaran ditemu, itu adalah fitrah. Untuk bangkit melaksanakan solat bukan suatu yang mudah, berpuasa pula terpaksa menahan lapar dan dahaga. Pekerjaan haji juga memerlukan kekuatan tenaga.

Halangan atau ujian yang pertama ialah lantaran kita terlalu sayangkan masa dunia kita. Masa kena dikorbankan. Jika tidak tiadalah orang hendak datang ke masjid surau solat berjemaah, tiadalah orang datang mendengar cermah atau majlis majlis ilmu.

Halangan kedua ialah kewangan. Kewangan diperlukan dalam mengadakan majlis-majlis ilmu. Oleh yang demikian digalakkan menghulurkan sedeqah, menginfakkan harta untuk kerja-kerja mulia ini.

Kehadiran pemimpin dalam ceramah serta majlis-majlis ilmu memberikan galakkan kepada orang ramai untuk turut hadir. Merekaperlu menunjukkan teladan sehingga menimbulkan rasa hormat dikalangan pengikutnya. Sebab itu Rasulullah s.a.w sering ke masjidnya.

Tanda Kejayaan Dakwah
Tanda kejayaan dakwah bukan dilihat daripada hasil usaha di dunia, namun balasan diakhirat nanti lantaran terbukanya pintu hati atau hidayah adalah kerja Allah s.w.t. Rasulullah sendiri tidak dapat mengislamkan bapa saudaranaya, Abu Talib.

Ganjaran atas usaha kita ke atas diri kita ialah sentiasa dalam jalan Allah dan sentiasa dekat dengan Allah s.w.t.

Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah