Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Kenangan di Bukit Fraser

Pertama kali sampai ke Bukit Fraser pada 20 Disember 2016 yang lalu. Dari Putrajaya, ikut lebuh raya Elite, Guthrie dan lalu Pekan Rawang serta Kuala Kubu Baru, kekira 132km jaraknya atau 2 jam perjalanan. Yang mencabarnya ialah beberapa kilometer terakhir, sempit dan berlingkar jalannya sampai rasa nak muntah dibuatnya. Rasanya bas tidak sampai ke atas Bukit Fraser.

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang ( dalam daerah Raub ), di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut..

Sesampai sahaja pekan Bukit Fraser begitu teruja dengan rekabentuk bangunannya yang agak unik, dikatakan mengikut cita rasa kolonial Bitish yang pernah menjajah Malaysia. Antaranya Balai Polis, Pejabat Pos, Klinik dan Restoran.

Malah ada antara bangunan tersebut merupakan yang asal semasa penjajahan British di Malaysia.

Bukit Fraser dikatakan mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengedar dadah dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Aku tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan di landmark utama Bukit Fraser iaitu tower clock yang unik. Kiranya itulah pusat bandar @ pekan Bukit Fraser.

Rupanya satu daripada keunikan pusat peranginan ini ialah sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Event berikutnya ialah pada 25-26 Februari 2017 akan datang.

Rasanya nak datang semula semasa pertandingan tersebut. Boleh tumpang melihat burung-burung yang sesetengahnya dikatakan datang daripada kawasan luar, termasuk luar negara dalam tempoh tersebut.

Kenyamanan suhu dan suasana yang tidak sibuk, begitu mendamaikan. Amat sesuai untuk bercuti dan berehat. Tambahan harga makanan di sini tidaklah mahal seperti pusat2 pelancongan lain.

Boleh cuba kemahiran memanah dengan hanya RM11 untuk 10 anak panah. Tetapi hari tu, dibaginya banyak-banyak anak panah. Cuba tak lart nak teruskan je ..

Menunggang kuda pula, satu round dengan harga RM9. Pelbagai aktiviti serta flora dan fauna dapat kita saksikan di sini.

Kebun tanaman strawberry walaupun kelihatan kurang menjadi dan tidak banyak dilakukan di sekitar Bukit Fraser.

Ok Bukit Fraser, kita jumpa lagi nanti.

Share:

0 Komen:

Blog Tazkirah

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Harian Metro

The Star Online

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

kata2