Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Melawat Ke Divisyen Kejuruteraan Proton

Pada 8 Oktober yang lalu, aku berpeluang melawat bahagian Kejuruteraan Proton di Dhah Alam, atau mungkin boleh dikenali dsebagai R & D Proton. Aku tak pasti pada mulanya kenapa lawatan ini diadakan, tetapi berkait rapat dengan sebahagian daripada Bahagian di Jabatanku dikatakan akan dipindahkan ke sini apabila Bahagian R & D Proton berpindahke Proton City Tanjung Malim. Bila .. entah !!

Menarik juga lawatan ini, sebab aku dapat melihat sendiri sebahagian daripada kerja-kerja jurutera di sini dalam mereka bentuk dan memastikan keluaran Proton bermutu serta menepati standard dan kehendak pengguna.

Rombongan kami di sambut oleh CEO Proton, Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir,. Memula kami dipertontonkan dengan video koperat bahagian R & D Proton. Kemudian pelbagai ujian mekanikal ditujukkan seperti sistem lampu, ketahanan pintu tepi, bonet Exora,power window, kebisingan dan asap.

Ujian ketahan bonet belakang, buka dan tutup.

Ujian ketahanan pintu sisi, buka dan tutup.

Ujian sistem lampu dalam kenderaan

Ujian ketahanan power window.

Kelihatan dalam gambar berikut, kereta yang sedia untuk packing bagi tujuan eksport yang juga terletak berdekatan.

Akhirnya aku berpeluang menguji sendiri memandu Proton Exora di atas circuit yang disediakan. Sebelum itu, kereta exora tersebut dipandu oleh penguji Protong, then aku sendiri. Apa yang menariknya ialah memandu di selekoh dengan kecerunan 45 darjah. Keseluruhan panjang litar adalah 1.8 km.

Dalam kelajuan 120 km/j oleh penguji Proton tu, terasa mentirap darah aku, kecut dan terasa out of control buat seketika. Namun apabila aku sendiri yang memandu, terasa takut nak cuba di puncak ketinggian selekoh tu, ambil yang tengah aje, itupun dalamkelajuan 90 km/j. Terasa memang mantap memandu Exora tu ..

Akhirnya kami dijamu dengan jamuan makan tengahari.


Share:

Kursus Haji Perdana Masjid Putra 2009

Pada 3 dan 4 Oktober 2009 yang lalu, aku serta isteri telah mengikuti Kursus Haji Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan. Seramai 2,700 peserta telah menyertai kursus ini dimana 1,200 darinya terdiri daripada bakal haji lelaki dan selebihnya wanita. Nampaknya wanita lebih ramai dari lelaki. Kenapa agaknya wanita lebih ramai ? Apakah memang wanita lebih ramai dari lelaki dewasa ini ? Atau wanita tidak perlu tunggu bersuami baru nak ke Mekah sedangkan yang lelaki selalunya tunggu dah berkahwin akan ke Mekah bersama isteri.

Dalam perjalanan pulang 4hb tu, isteriku menalipon Tabung Haji Centre, lantas kami dimaklumkan bahawa penerbangan kami ke Mekah adalah pada 1.30 pagi, 21 Oktober dengan menaiki KT03 dana pulang Ke Malaysia pada 4 Disember 2009. Kami agak terkejut, tak sangka penerbangan awal begitu. Tiba-tiba terasa macam tidak bersedia lagi. Entahlah ....

Berbalik kepada Kursus Haji Perdana tadi, hampir waktu Zuhor 3hb Oktober aku sampai dan parking kereta di hadapan bangunan Kementerian Kewangan. Telah banyak kereta tersusun di kawasan itu, maknanya telah ramai yang sampai. Kemudian kami diangkut dengan bas ke Masjid Putra.

Sebaik pendaftaran dan solat zuhor, kami diminta menukar kepada pakaian ihram. Tempat penginapan mengikut kumpulan atau Maktab hanyalah kawasan anjung masjid yang kosong dengan berlantaikan lantai masjid. Kemudiannya kami berkumpul untuk taklimat pelaksanaan program. Diumpamakan kami mengerjakan Haji Tamattu’, iaitu masuk ke Mekah awal dan mengerjakan umrah dahulu sebelum buat haji.

Pihak penganjur meminta yang lelaki khususnya memakai pakaian ihram betul-betul, iaitu tanpa baju dan seluar dalam. Memula terasa janggal pulak, tapi lama kelamaan tak adale rasa kekok. Tawaf dilakukan di dataran hadapan Masjid Putra dan Saie di Jambatan Putra. Semuanya dilakukan secara berkumpulan mengikut maktab. Aku dalam Maktab 70. Tapi di Mekah nanti tidak semestinya ikut nombor ini.

Setelah selesai taklimat, kami pun keluar beramai-ramai mengikut kumpulan atau Maktab untuk mengerjakan tawaf dan saie umrah. Berbanding dengan kursus bersiri serta kursus intensif sebelum ini, beza kursus perdana ini ialah untuk cuba merasai suasana dalam kumpulan yang lebih ramai. Barangkali supaya tidak terkejut apabila berhadapan dengan jutaan jemaah haji lain nanti.

Kepenatan selepas mengerjakan tawaf dan saie umrah, kami pun berehat dan mengambil peluang untuk berkenalan dengan orang sebelah dalam maktab yang sama. Agaknya begitulah suasana apabila di Mekah nanti, tapi setakat berkenalan tu takde hal. Kemudian makan malam pun sediakan walaupun masih awal lagi. Nampaknya time management agak lemah dalam kursus ini. Banyak masa terluang tanpa sebarang pengisian. Atau mungkinkah kami yang melaksanakan sesuatu aktiviti terlalu cepat ?

Selepas itu bersiap untuk solat maghrib. Di sini pengalaman menarik apabila memasing cuba mendapatkan tandas atau masuk bilik mandi. Kami terpaksa beratur panjang menunggu giliran. Lihat sahajalah gambar berikut. Cuma yang kurang eloknya adab berpakain masih tidak begitu di jaga iaitu dengan menampakkan aurat, walaupun ketika mengambil wuduk. Aku terfikir juga, jika masih berpakaian ihram, camana nak mandi. Mungkin aku merancang untuk tidak mandi ketika masih bertahallul. Itu belum lagi hal menjaga pakaian daripada najis.

Lepas solat maghrib, diadakan majlis perasmian oleh Y Bhg Dato' Jamil Khair Baharum, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Menarik juga pesanan beliau walaupun simple. Cara ucapan perasmian pun macam gaya berceramah dulu-dulu. Beliau mengingatkan supaya kita sentiasa banyak bersabar dan sentiasa memujuk hati jika berlaku sesuatu perkara. Jika selalu anggota badan seperti kaki, tangan dan badan selalu dipijak-pijak atau dilanggar orang, redhakanlah dengan anggapan sekiranya itu balasan Allah ke atas apa yang telah kita lakukan selama ini dengan anggota badan kita itu. Tidak perlulah untuk marah dan timbul keinginan untuk membalas dendam.

Selepas solat isyak, diadakan ceramah motivasi haji olah adik kepada Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim, iaitu Ustaz Ghazali Ibrahim. Menarik juga ceramahnya dan wajah beliau pun tidak jauh bezanya dengan allahyarham abangnya. Dalam ceramahnya beliau mengingatkan bakal haji bahawa sebenarnya memang kita terpilih untuk ke sana, oleh itu manfaatkan sepenuhnya ruang masa di sana dengan ibadah.

Selepas ceramah motivasi, kami pergi melontar dalam kumpulan mengikut Maktab. Kiranya diumpamakan dari Mudzalifah, ke Mina dan melontar Jumrah Aqabah. Jarak perjalanan agak jauh juga, iaitu pergi dan balik dalam 3 KM. Kemudian melakukan lontaran ketiga-tiga jumrah untuk hari ke-11, 12 dan 13.

Aku mulai terasa bahawa mungkin di sana tak dapat nak ikut sangat kumpulan-kumpulan Maktab ini. Apabila berada dengan orang yang ramai, semuanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk memastikan yang kita dapat melakukan segala rukun dan wajib haji dengan sempurna. Sudah tidak boleh tengok-tengok orang kiri dan kanan, apatah lagi nak bertanya itu dan ini. Malah sehingga kini pun aku taka kelihatan kelibat isteriku yang kali terakhirku lihat masa mula masuk masjid. Timbul persoalan bagaimana nak berhubungan di Mekah nanti ?

Kelihatan Ustaz Zamri Zainal Abidin, pengacara IKIM.fm turut serta sebagai pembimbing jemaah haji di Mekah nanti. Mengikut makluman, ini kali pertama Ustaz Zamri dilantik sebagai pembimbing haji. Pembimbing tidak semsstinya terbuka kepada sesiapa yang memohon, tetapi ada juga yang dilantik oleh Tabung Haji.

Habis dari melontar, disediakan minum malam dan kemudian terus tidur kerana terlalu letih. Walaupun di atas lantai keras, namun itu tidak menjadi hal. Cuma masalahnya ramai yang tidak tidur lagi sebaliknya berborak-borak hingga aku pun tidak lena tidur. Asyik terjaga.

Terjaga awal pagi, memula tu tidak begitu terasa nak bangun lagi. Tetapi teringatkan payah nak dapatkan giliran masuk bilir air, lantas itu menjadi motivasi untuk terus bangkit. Di Mekah nanti, mungkin cara begitu seswai dilakukan, iaitu mandi atau selesaikan qada hajat ketika orang tengah tidur.

Tapi apabila terjaga dan siap awal, apa pula pengisiannya ? Itu yang aku lihat pelbagai dilakukan di dalam Masjid sementara menunggu masuknya waktu suboh. Ada yang tersengguk-sengguk. Ada yang menyandar lena di tiang. Ada yang mengaji, berzikir dan mengerjalkan solat sunat. Agaknya begitulah juga suasana di Mekah dan Madinah nanti dalam memanfaatkan masa kehadiran kita di masjid.

Selepas solat suboh, kami diberikan taklimat rumusan awal serta aktiviti yang hendak dilakukan, iaitu Tawaf Haji dan Saie pula. Kali ini pergi secara sendiri, iaitu tidak dalam kumpulan. Mungkin diandaikan nanti di Mekah sudah biasa dan tidak perlukan pembantu. Namun kira ok sebab dilakukan pada waktu pagi dan takdelah terasa panas. Kami juga dimaklumkan suhu di Mekah dan Madinah ketika ini seperti di Malaysia sahaja.

Lepas Tawaf dan Saie Haji, kami berehat sambil menikmati sarapan pagi di sekitar Masjid. Kemudiannya kami berkumpul semula untuk majlis penutup dan rumusan program. Masa ini juga kami dah mula packing untuk balik ke rumah.

Majlis tamat pada kira-kira jam 10.45 pagi dengan selawat dan bersalam-salaman dikalangan peserta dan urusetia. Kami kemudiannya beratur untuk mendapatkan bas kembali ke tempat letak kereta kami. Mungkin inilah juga suasana menunggu bas nanti, tanpa berebut-rebut.

Ramai juga aku temui rakan-rakan atau orang yang aku kenali dalam kursus ini. Antaranya my senior masa di SMS Kluang Johor iaitu Jelani Jasmani ( ex-setiausaha akhbar Ustaz Ashari Al-Arqam ), Ahmad Mazlan F54 senior Sains Komputer di UKM, Saimin roomate kelas matrikulasi di SMS Melaka, Zainal Abidin yang pencen F48 di JPJ dua tahun lalu, Abg Rashid Saujana Utama, offismate di Lembaga Peperiksan dahulu dan Kahar Arkitek bangunan JPJ IT Cyberjaya. Memasing belum tahu flight bila tetapi kecuali Zainal yang dalam penerbangan KT01 yang akan pergi pada 20 Oktober 2009 dari KLIA.
Share:

The Jindo Miracle Moses

The Jindo Moses Miracle merupakan salah satu daripada keajaiban yang menakjubkan hasil fenomena nature yang berlaku. Dua kali dalam setahun iaitu pada akhir Februari dan pertengahan Jun, ketika air laut surut, terbuka saluran daratan sepanjang 2.8km dan lebar sehingga 40 meter antara pulau Jindo dan Mondo di Korea Selatan selama beberapa jam.

Kejadian ini mengingatkan kita kepada peristiwa terbelahnya Laut Merah apabila Allah memerintahkan Nabi Musa a.s memukul tongkatnya ke laut, ketika dikejar oleh Firaun dan tenteranya. Lantaran itulah kejadian ini dikaitkan dengan "The Miracle of Moses".

Bagaimanapun kejadian alam ini belum begitu diketahui dunia sebelum ini, sehinggalah pada tahun 1975, Mr. Pierre Randi, duta besar Perancis Ke Korea ketika itu berkunjung ke lokasi. Lantas beliau mempromosikannya di surat khabar Perancis dan tempat tersebut mulai dikenal ramai.

Ketika ini, orang ramai berpeluang dari kedua-dua belah pulau berjalan melalui laut yang terbelah itu untuk tempoh beberapa jam, sebelum air laut naik atau pasang dan menutupi semula daratan yang terhasil.

Menakjubkan ke ? Entahlah, mungkin kita macam pernah melihat fenomena ini acap kali berlaku di pantai-pantai negara kita. Umpamanya macam di Port Dickson. So apa istimewa dengan apa yang berlaku antara Pulau Jindo dan Modo ini ? Apakah saiznya ? Apakah kerana jaraknya yang jauh atau kerana antara dua buah pulau.

Namun terdapat legenda di Korea yang menjadi latar belakang fenomena alam ini. Dikatakan suatu ketika dahulu, desa Jindo telah diserang oleh harimau dan semua penduduk desa melarikan diri berlindung di pulau Modo. Seorang perempuan tua yang tidak berdaya telah ditinggalkan. Lantas dia berdoa kepada kononnya Dewa Laut, bermohon agar dapat berkumpul kembali dengan keluarganya. Dewa mengabulkan doanya dengan membuka jalan dipermukaan laut dan membantu perempuan tua tersebut lari dari pemangsa haus darah tadi.

Bagi memeriahkan suasana atau menjadikan fenomena ini memberikan kesan kepada pengunjung serta pelancung dari seluruh dunia, suatu pesta bersempena dengannya diadakan oleh pihak berkuasa. Pesta ini dinamakan The Yeongdeung Festival, didedikasikan khusus untuk meraikan keajaiban nature ini.



Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.