Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Bandung Jakarta - Part 2 ( 29 Mei 2014 )

Sarapan pagi dengan hidangan yang disediakan oleh pihak Hotel. Just nasi goreng dengan gulai telur serta tempe goreng, roti, buahan dan air minuman. Biasa sahaja, takdelah banyak plihan seperti hotel 3 atau 4 bintang di Malaysia.

Aku notice yang hotel Malabar ini cuma lima tingkat, tetapi di lif tiada button tingkat 4. Ia merupakan kepercayaan tawkey hotel yang merupakan orang Cina, akan kepercayaannya bahawa nombor 4 membawa ‘sial’.

Hari ini kami di bawa ke factory outlet yang kebanyakannya berupa pakaian. Mungkin inilah istimewanya Bandung sehingga suatu masa dulu dipanggil The Paris of Java atau Parijs van Java, lantaran banyak boutique dibuka.

Namun melawat dari satu kedai ke satu kedai factory outlet ini menjadikan aku mulai penat dan boring. Tambahan apa yang aku nak beli sama ada takde atau reganya aku kira lebih mahal berbanding dengan Pasar Baru. Juga lepas ini katanya nak ke Pasar Baru lagi.

Mungkin aku jenis orang yang dikira tidak berfesyen, jadi rasanya tidak sesuai ke factory outlet yang terletak di sebahagian besar sepanjang Jalan Riau.

Seketika aku memerhatikan gelagat kenderaan lalu lalang dan aktiviti jualan di hadapan The Heritage. Antara yang menariknya ialah jenis angkutan kota serta ruang berhenti motorsikal di hadapan lampu trafik merah. Di Malaysia takde rasanya.

Sambil menunggu ahli rombongan lain, aku singgah di Restoren Mamak di The Heritage. Ia cuba menampilkan gabungan makanan popular di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Best juga pekena Roti Canai Manis Cokelat.

Kemudian kami makan tengahari di Restoren Kedai Belacan. Sekali lagi seperti semalam, makan nasi padang lagi. Tapi kali ini ada macam tomyam ....huhu.

Menunggu di bas kami, jurujual merayu. Tipsnya kalau nak beli, tawar separuh daripada yang harga yang ditawarkan. Then buat jual mahal konon tak mahu beli. Tentunya harga yang menarik akan diberikan.

Ke Pasar Baru Lagi
Selepas solat di ruang yang disediakan, kami sekali lagi ke Pasar Baru demi memenuhi permintaan sebahagian besar ahli rombongan. Aku follow saja. Lagipun baik Pasar Baru compare dengan factory outlet.

Orang semakin ramai memenuhi Pasar baru. Katanya hari ini memang hari cuti umum memperingati Israk Mikraj.

Tidak sangka, dalam kunjungan kedua ini aku menemui bag pakaian saiz cabin yang aku cari-cari serta pakaian renang lelaki dewasa saiz 6XL.

Selepas membeli bag di kedai Budik yang peramah, aku mendapat maklumat daripadanya lokasi kedai kitab yang aku cari-cari. Budik nampaknya banyak mengikuti perkembangan Malaysia apabila menyebut tentang Panda, BN ( Bini Najib ) dan Dr Maza.

Katanya berseloroh, boleh pesan apa sahaja untuk dihantar ke Malaysia, kecuali bibik sahaja. Huhu …

Kedai Buku Al-Falah
Dengan bantuan beca tradisional serta maklumat daripada Budik, aku dan isteri ke Toko Kitab Al-Falah yang terletak kekira 750 meter dari Pasar Baru. Sesambil tu saja nak merasa naik beca di Bandung.

Bandung sebagai sebuah bandar yang turut dipenuhi dengan pelbagai institusi pendidikan sehinga ke peringkat Universiti, tentunya mempunyai kedai buku yang besar untuk keperluan pelajarnya.

Kedainya tidaklah nampak moden. Namun aku amat berpuas hati apabila dapat membeli set kitab hadis Sahih Sunan Nasai dengan Sahih Sunan Tarmizi dengan masing-masing berharga Rp344,500 ( Harga asal Rp 459,000 ) dan Rp370,000 ( Harga asal Rp 493,000 ) atau berjumlah Rp 714,500 ( RM 210 ) sahaja. Harga di Malaysia ? Juga boleh bayar dengan kad kredit lagi.

Namun perjalanan balik ke Pasar Baru amat mencabar dan mencemaskan. Jika perjalanan pergi ok mengikut arus trafik dengan beca dari Pasar Baru, tetapi balik semula ke Pasar Baru dengan beca yang sama menentang arus yang sesak.

Pengayuh beca rileks je, kita penumpang yang ketakutan melihat pelbagai kenderaan tak putus-putus datang, mengelak daripada hadapan. Kesian dengan pengayuh beca tu, aku bagilah Rp100,000. Lagipun aku berpuas hati sebab dapat beli buku yang aku hajati.

Sampai di Pasar Baru sambil menunggu kedatangan bas, tetiba tersadar bahawa kad kredit aku tiada dalam saku. Rupanya tercicir entah ke mana. Aku cuma sempat membuat email aduan ke bank. Untuk call bank, tidak cukup kredit dalam kad pra bayar yang aku beli di Pasar Baru semalam.

Kedai Rajut
Maksudnya kedai kain yang coraknya dijahit atau dikait dengan tangan sendiri. Entah macamana dia orang boleh terjumpa kedai ini. Aku follow sahaja, lagipun tengah agak cemas lantaran kehilangan kad kredit tadi.

Harapnya email yang aku hantar tadi diterima oleh pihak bank dan terus mengambil tindakan yang sewajarnya. Berbaloi juga beli prepaid internet dengan pek permulaan + topup sebanyak Rp7,500 di Pasar Baru tadi.

Pelbagai Cara Mendapatkan Wang
Jika di Pasar Baru berserabut dengan kaedaan peminta wang selain yang berjual, terdapat pelbagai perkara lain yang agak kreatif dapat aku perhatikan.

Pertamanya pertunjukan di laluan pejalan kaki ketika lampu trafik berwarna merah. Ketika itu kenderaan akan berhenti dan pertunjukan monyet melintas dengan kaki kayu panjang diadakan. Sebaik selesai, tuan punya monyet akan menadahkan bekas memohon sumbangan ramai. Menarik juga.

Satu lagi ialah manusia bercat badan dengan cat perak. Mereka sanggup mewarnakan seluruh badan dengan cat silver lantas memohon sumbangan di jalanan. Siapa mereka sehingga sanggup berbuat demekian. Terlalu terdesak ke ? Kalau mereka beragama Islam camana nak bersihkan badan nanti untuk solat ? Berapa agaknya mereka boleh dapat sehari ? Apapun masih ramai yang saling bersimpati dengan yang lain di Bandung.

Masjid Cipaganti
Tetiba terpisah dan miss communication antara dua rombongan kami. Lantas MPV yang aku naikki, singgah solat Maghrib-Isyak di Masjid Cipaganti yang merupakan masjid lama yang asalnya dibina sejak zaman pemerintahan Belanda di Indonesia iaitu pada tahun 1933.

Cantik bersih ruang solat masjid ini. Orang silih berganti keluar masuk. Mungkin lantaran terletak di tepi jalan utama khsusunya ke pusat membeli belah seperti Chihampales, jadi ramai yang berhenti singgah.

Tetapi tidaklah nampak sangat bagaimana pengaruh senibina Belanda dalam masjid ini. Atau aku yang tidak mengerti apa yang dimaksudkan senibina Belanda.

Makan Malam
Lepas makan malam nasi padang lagi, kami pun terus pulang ke hotel penginapan tanpa mengambil kisah apa aktiviti bas yang satu lagi. Khabarnya pergi SPA dan urutan.

Aku berhasrat dapat bangun awal untuk solat subuh di masjid yang kedengaran azannya pagi tadi.

Share:

Bandung Jakarta - Part 1 ( 28 Mei 2014 )

Dengan pakej 4 hari 3 malam berharga RM1200, aku mengikuti rombongan cikgu sekolah isteriku, KL-Jakarta-Bandung yang seramai 20 orang. Mengapa ke Jakarta dulu ? Sebab katanya lebih murah berbanding kalau direct KL-Bandung. Hairankan ? Tak mengapalah, mungkin berpeluang lihat Jakarta.

Flight dari KLIA2 jam 7 pagi, terpaksa 4 pagi kena sampai dah di KLIA2 yang baru dibuka. Waduh besar dan luasnya. Terpaksa berjalan jauh dari tempat pemeriksaan masuk hingga ke gate penerbangan masuk. Dahlah tu, tak banyak escalator.

Tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Suharto-Hatta Jakarta jam 8.00pagi waktu Jakarta. Berbeza kurang satu jam dengan waktu KL. Suasana macam masih berkabus. Turun flight, kami naik bus untuk di bawa ke terminal ketibaan. Bagus, sekurang-kurangnya tak penat berjalan.

Saiz terminal airportnya sederhana luas sahaja. Seperti biasa, terdapat beberapa kedai di balai ketibaan kami.

Kemudian kami menaikki dua kenderaan bas dan MPV untuk terus ke Bandung yang terletak kekira 140km dari Jakarta. Pak Supir kenderaan kami dipanggil Pak Jajat dan merupakan orang kelahiran Bandung.

Kalau 140km menggunakan lebuhraya di Malaysia, boleh dapat 1 jam lebih sikit. Tetapi meredah pinggir Jakarta, sudah terasa kesesakan jalan raya. Makin mendekati Bandung, keadaan semakin teruk.

Kesesakan jalan raya dipanggil ‘macet’ di sini. Dari tol keluar terakhir terasa kesesakannya dalam perjalanan menuju destinasi pertama kami iaitu Pasar Baru.

Tetapi kesesakan ini rupanya menjadi punca rezeki untuk penduduk tempat dalam menjalankan perniagaan serta meminta sedekah.

Pasar Baru Trade Centre
Dianggap sebagai destinasi wajib dikunjungi jika hendak shopping pakaian di Bandung. nama aje 'baru' tetapi dikatakan telah wujud sejak 1930an. Kini ia merupakan bangunan 8 tingkat yang selain gedung membeli belah, turut menempatkan masjid di tingkat atas sekali serta ruang parking. Baguskan atas bangunan pusat membeli beli begini ada masjid. Senang kalau nak solat Jumaat khususnya.

Di Malaysia seingat aku di UTC Central Kuala Lumpur ada surau Jumaat. Tak kedengaran pulak tempat lain.

Memang ramai giler pengunjung di Pasar Baru ni. Sesak, nak berjalan pun payah khususnya di tingkat-tingkat yang bawah. Aku bermula dari tingkat ke-7 ke bawah. Agak lengang pada mulanya.

Pelbagai gerai atau kedai jualan pakaian dengan suasana seolah-olah seperti juga di Pasar Payang, Siti Khadijah dan juga di Madinah Mekah.

Kami dijanjikan kumpul semula di lobi Pasar Baru jam 5petang. Jam 5.30 katanya banyak kedai dah mula ditutup. Yang serabutnya masa menunggu ramai yang menghampiri merayu membeli barangan, meminta sedekah serta bermain gitar mohon sumbangan.

Bukan tak mahu bagi, tapi kata orang sebelum ini, kalau kita bagi sedekah maka ramai yang akan datang mendapatkan kita. Takut aku dibuatnya …

Memang sesak dengan pelbagai aktiviti di perkarangan Pasar Baru. Aktiviti jualan menjadikan laluan trafik menjadi macet.

Perjalanan menuju hotel penginapan memaksa kami meredah kesesakan jalanraya. Tidak mengapalah, at least boleh tengok bagaimana macet di Bandung.

Kami tiba di hotel penginapan, Hotel Grand Malabar hampir jam 7.00 malam. Bilik kami kecil sahaja. Lepas masukkan barang ke dalam bilik masing-masing, terus turun semula di lobi untuk bertolak ke lokasii makan malam.
Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.