Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Meredah Pulau Tioman : Hari Pertama

Main redah dan nekad sahaja. Selalunya bulan Disember banyak resort di Pulau Tioman yang tutup kerana musim tengkujoh. Memang benr, hari pertama sampai, hujan gerimis dan sesekali hujan lebat turun di Pulau Tioman. Inilah kali pertama sampai di Pulau Tioman

Walaupun naik feri untuk ke Pulau Tioman di Jeti Mersing Johor, Pulau Tioman yang asalnya merupakan dalam jajahan Johor kini merupakan sebahagian Pahang setelah diserahkan kepada Pahang oleh sultan Johor dulu-dulu semasa British. Dari Pahang untuk ke Tioman boleh naik feri di Jeti Tanjung Gemok, tetapi ditutup masa itu. Sebaik suboh dah kena berada di Jeti, ramai juga orang masa tu ..

Cerita dongen orang tua-tua, dikatakan Pulau Tioman berasal dri naga yang sesat dari Tasik Chini Pahang. Nama Tioman pula dikatakan daripada seekor burong tiong yang dipunyai oleh seorang bernama Man.

Pulau ini memang dikenali dengan keindahan pulaunya. Malah lebih daripada itu dikatakan mempunyai air yang jernih serta baru karang yang menarik. Itu antara tujuan aku ke sini. Snorkeling suatu yang mesti.

Namun tetiba sahaja, cuaca nampak kurang mengizinkan. Maka kami set untuk sesi snorkeling esok hari sahaja. Memang benar banyak kedai dan resort yang kosong bercuti. Kami menginap di Damai Resot di Kg Genting secara pakej untuk 2 hari 1 malam.

Lepas check-in, ambil peluang main-mainair di pantai. Tak Nampak peluang nak bersnorkeling lantaran air yang agak keroh, ombak yang kuat serta hujan yang sesekali turun.

Lepas makan malam, cuba merayau-rayau melihat sekeliling dicelahan lampu-lampu yang menyala malam itu.

Rupanya Pulau Tioman terdiri daripada beberapa kampung yang mempunyai penduduk tetap. Di Kg Genting sahaja, terdapat kemudahan seperti klinik dan masjid.

Sayangnya masa aku di sana, tak kedengaran pulak azan masjid, malah tiada orang ketika aku berkunjung ke sana. Imam balik kampong ke darat kot ?
Share:

Kenangan di Bukit Fraser

Pertama kali sampai ke Bukit Fraser pada 20 Disember 2016 yang lalu. Dari Putrajaya, ikut lebuh raya Elite, Guthrie dan lalu Pekan Rawang serta Kuala Kubu Baru, kekira 132km jaraknya atau 2 jam perjalanan. Yang mencabarnya ialah beberapa kilometer terakhir, sempit dan berlingkar jalannya sampai rasa nak muntah dibuatnya. Rasanya bas tidak sampai ke atas Bukit Fraser.

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang ( dalam daerah Raub ), di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut..

Sesampai sahaja pekan Bukit Fraser begitu teruja dengan rekabentuk bangunannya yang agak unik, dikatakan mengikut cita rasa kolonial Bitish yang pernah menjajah Malaysia. Antaranya Balai Polis, Pejabat Pos, Klinik dan Restoran.

Malah ada antara bangunan tersebut merupakan yang asal semasa penjajahan British di Malaysia.

Bukit Fraser dikatakan mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengedar dadah dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Aku tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan di landmark utama Bukit Fraser iaitu tower clock yang unik. Kiranya itulah pusat bandar @ pekan Bukit Fraser.

Rupanya satu daripada keunikan pusat peranginan ini ialah sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Event berikutnya ialah pada 25-26 Februari 2017 akan datang.

Rasanya nak datang semula semasa pertandingan tersebut. Boleh tumpang melihat burung-burung yang sesetengahnya dikatakan datang daripada kawasan luar, termasuk luar negara dalam tempoh tersebut.

Kenyamanan suhu dan suasana yang tidak sibuk, begitu mendamaikan. Amat sesuai untuk bercuti dan berehat. Tambahan harga makanan di sini tidaklah mahal seperti pusat2 pelancongan lain.

Boleh cuba kemahiran memanah dengan hanya RM11 untuk 10 anak panah. Tetapi hari tu, dibaginya banyak-banyak anak panah. Cuba tak lart nak teruskan je ..

Menunggang kuda pula, satu round dengan harga RM9. Pelbagai aktiviti serta flora dan fauna dapat kita saksikan di sini.

Kebun tanaman strawberry walaupun kelihatan kurang menjadi dan tidak banyak dilakukan di sekitar Bukit Fraser.

Ok Bukit Fraser, kita jumpa lagi nanti.

Share:

Forum Untuk Apa Dakwah Ini

Padu dan padat hujah dua ilmuan terkenal tahanair yang membicarakan 'Untuk Apa Dakwah Ini ?' dalam Forum Khas sempena 3 Tahun Geng Surau Putrajaya di Masjid Besi pada 8 November 2016. Malangnya voice recorder buat hal pulak, tak dapat merakam keseluruhan forum yang berlangsung kira-kira 2jam 40 minit.

Geng Surau Putrajaya ditubuhkan oleh kalangan anak muda bagi menyemarakkan lagi aktiviti dakwah di sekitar Putrajaya. Mereka mempunyai group Facebook yang boleh diakses menerusi akaun Geng Surau Putrajaya ( GSP ) atau https://www.facebook.com/groups/gengsurauputrajaya/.

Mengapa Perlu Berdakwah ?
Dakwah adalah untuk menyeru bagi umat kepada syurga dan meyelamatkan dari neraka sebagai balasan di akhirat nanti. Ia bukan sahaja tugas para Rasul, ia juga tugas setiap hamba Allah yang ingin berdampingan dengan Rasulullah s.a.w di akhirat nanti.

Ini adalah kerana matlamat kehidupan kita nanti ialah kebahagaian di akhirat. Malah mungkin akan dipersoalkan lantaran tidak melaksanan tugas dakwah ini.

Kaedah Berdakwah
Dato’ Dr Muhamad Izhar Arid ( DDMIA ) pula berkongsikan beberapa kaedah dalam melaksanakan dakwah ini.Pertama, kita hendaklah faham dan bijak dalam menganalisis apa yang menarik untuk disampaikan oleh hadirin, khususnya orang muda ketika ini. Perlu ada lawak disamping ketegasan.

Kedua, tidak perlu maki hamun atau merendahkan orang lain. Jika terdapat sebarang persoalan dikemukakan, jawablah dengan berhikmah dan ikut akal. Orang mudah kini minat dengan isu semasa yang perlu dijelaskan dengan ringkas, tidak berbelit-belit dengan pelbagai pendapatt para ulama’.

Ketiga: jawab dengan penuh ketegasan, jelas dan ikhlas. Jika haram, katakan sahaja haram. Sokong dengan dalil dan hadit berkaitan. Anak-anak muda kini ingin lihat ketegasan kita memegang prinsip syariat.

Halangan Dalam Berdakwah
Tidak dinafikan akan ada halangan dan cabaran ditemu, itu adalah fitrah. Untuk bangkit melaksanakan solat bukan suatu yang mudah, berpuasa pula terpaksa menahan lapar dan dahaga. Pekerjaan haji juga memerlukan kekuatan tenaga.

Halangan atau ujian yang pertama ialah lantaran kita terlalu sayangkan masa dunia kita. Masa kena dikorbankan. Jika tidak tiadalah orang hendak datang ke masjid surau solat berjemaah, tiadalah orang datang mendengar cermah atau majlis majlis ilmu.

Halangan kedua ialah kewangan. Kewangan diperlukan dalam mengadakan majlis-majlis ilmu. Oleh yang demikian digalakkan menghulurkan sedeqah, menginfakkan harta untuk kerja-kerja mulia ini.

Kehadiran pemimpin dalam ceramah serta majlis-majlis ilmu memberikan galakkan kepada orang ramai untuk turut hadir. Merekaperlu menunjukkan teladan sehingga menimbulkan rasa hormat dikalangan pengikutnya. Sebab itu Rasulullah s.a.w sering ke masjidnya.

Tanda Kejayaan Dakwah
Tanda kejayaan dakwah bukan dilihat daripada hasil usaha di dunia, namun balasan diakhirat nanti lantaran terbukanya pintu hati atau hidayah adalah kerja Allah s.w.t. Rasulullah sendiri tidak dapat mengislamkan bapa saudaranaya, Abu Talib.

Ganjaran atas usaha kita ke atas diri kita ialah sentiasa dalam jalan Allah dan sentiasa dekat dengan Allah s.w.t.

Share:

Pelancaran Job Fair @ UTC Kuantan

Keperluan untuk mendapatkan pekerja adalah suatu yang real, suatu yang benar-benar berlaku, suatu yang dicari-cari, khususnya mereka yang mempunyai pelbagai kelulusan akademik dan kemahiran. Walaupun mungkin bukan semua, bekerja makan gaji masih menjadi sasaran pencari kerja.

Inilah yang aku rasai apabila menghadiri Majlis Pelancaran JOB Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan di UTC Kuantan pada 5 November 2016 yang lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia yang mewakili Menteri Sumber Manusia.

Kira-kira 1,800 kerja kosong tawarkan daripada lebih kurang 30 syarikat. Aku lihat sejak pagi lagi orang ramai khususnya di kalangan belia remaja telah berpusu-pusu datang memenuhi sekitar lokasi majlis. Mungkin lebih daripada 5,000 orang !!!

Tidak pastilah sejauh mana 1,800 jawatan kosong itu dipenuhi atau tidak pada tersebut, tetapi rata-rata menawarkan gaji yang lebih tinggi daripada gaji minimum atau lebih daripada RM1,000.

Yang di UTC Kuantan hanyalah pelancaran peringkat kebangsaan, manakala majlis yang sama diadakan di 8 UTC lain seluuh negara, iaitu UTC Kuching, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Alor Star, Pudu Sentral, Melaka dan Johor Bahru.

Lepas ini Job Fair akan dirancang pelaksanaannya sepanjang masa di setiap UTC berkenaan, buka hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Lagipun pencari kerja ada sepanjang masa. Menganjurkan program seumpama ini besar juga belanjanya dan pihak majikan tentunya dikenakansebarang caj, kalau tidak tak adelah majikan nak join. Baik buat di premis masing-masing sahaja.

Satu lagi perkara, sejauh mana pencari kerja dapat kerja yang sesuai dengan aliran atau pengkhusussan semasa belajar dulu. Ini yang payah hendak dipenuhi daripada segi job-matchingnya. Bak kata Exco Sumber Manusia dalam ucapan alu-aluannya, kalau pencari karja tidak memperolehi kerja yang sesuai dengan kelulusannya, maka pandai-pandailah menyesuaikan diri dengan alam pekerjaannya.
Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.