Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Disebalik Sesejuk Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Lama tidak berkunjung ke Cameron Hihglands. Apabila sebut je Cameron Highlands, teringat akan betapa sesaknya jalan raya di atas sana di sebalik kesejukan udara segarnya. Tetapi tpsnya pegi semasa 'orang tidak ramai', jangan pergi masa hujung minggu atau cuti kelepasan am.
Cameron Highlands bukan setakat tentang strawberri, ladang teh serta suasana sejuk dan nyaman. Selain kesesakan jalanraya pada hujung minggu, kini anda boleh bermanja (memberi makan, memeluk, mengusap dan bergambar) dengan pelbagai jenis kambing biri2 dan alpaka yang jinak dan lucu gelagatnya di The Sheep Sanctuary, Cameron Highlands.
Mula dibuka tahun 2017 dengan bayaran masuk RM12 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak2.

Teh boleh dianggap ikon Cameron Highlands. Apabila disebut Cameron Highlands, imej ladang teh yang luas dan hijau muncul dan terbayang di fikiran serta pemandangan ladang teh yang berbukit, menghijau dan berkabus.
Industri teh menyumbang kepada pendapatan utama melalui pelancongan, pekerjaan dan eksport. Cameron Highlands menjadi pusat utama industri teh di Semenanjung Malaysia. Kopi juga popular sebagai minuman di negara kita, tetapi kenapa tak boleh senasib Teh ??

Setiap hujung minggu atau cuti hari kelepasan, kesesakan melanda Cameron Highlands (CH). Perjalanan hanya beberapa kilometer tetapi memakan masa berjam-jam. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, boleh menjejaskan industri pelancungan dan ekonomi CH.
Namun apakah caranya ? Sediakan tempat parking yang mencukup, khususnya tempat tarikan. Besarkan jalan raya sehingga menjadi 4 lorong? Mungkin boleh difikirkan penggunaan kereta cable dan laluan sehala.
Tapi masalahnya, kedai2 yang kuat viral pulak, nak masuk makan pun jem beratur !!!
Share:

Buku 'Ini Semua Mitos'

Benarkah ucapan terakhir Rasulullah sebelum wafat ialah ummati, ummati ? Benarkah malaikat maut ziarah manusia 70kali sehari ? Benarkah kalau isteri benarkan suami berpoligami, dia akan dapat payung emas diakhirat nanti ? Benarkah sehelai rambut wanita dilihat lelaki bukan mahramnya, dibalas 70k tahun di neraka ? Benarkah bercerai bergegar Arasyh Allah ? Tidur lepas asar boleh jadi gila ?
Buku ‘Ini Semua Mitos’ menghimpunkan kira2 50 mitos dan kepalsuan yang sering tersebar dikalangan masyarakat kita. Juga diterangkan apa yang sahih berkaitannya. Rupanya cetakan pertama buku ini Mei 2022 dan kini dah masuk cetakan ke-7 !!! Buku ini dibeli masa Pesta Buku Pesta Buku Terengganu baru-baru ini.
Share:

Singgah @ Rumah Lat

Hari ni jalan jauh sikit, singgah Galeri Rumah Lat di Batu Gajah, Perak. Mungkin generasi upin ipin, Ejen Ali atau Omar Hana tak kenal siapa Kartunis Lat ni. Singgah sini betul2 mengembalikan nostalgia ketika meminati buku dan siri filem The Kampung Boy dulu2. Agak menarik kandungan galeri ini, warga emas percuma je !!
Nama penuh ata asal Lat ialah Mohammad Nor bin Mohd Khalid. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun.
Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia secara lelucon tanpa berat sebelah.
Karya Lat yang paling terkenal ialah Kampung Boy (1979) yang diterbitkan dalam beberapa negara di serata dunia.
Pada tahun 1994, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengurniakan gelaran Datuk kepada Lat sebagai pengiktirafan kepada jasa kartunis ini dalam membantu memupuk harmoni dan persefahaman sosial menerusi kartun-kartunnya.
Di bahagian belakang galeri berkenaan, terdapat sebuah model rumah kampung kayu lama yang yang mungkin diadaptasikan atau ilhamkan kepada rumah dalam filem Kampung Bos.
Memang unik dan perkakasan yang terdapat dalam rumah tersebut, mengingatkan kepada rumah-rumah lama dahulu.
Share:

Karnival Maulidur Rasul Masjid As-Solihin Padang Luas 2025

Selesai program Khas ke-2 yang dirancang, Karnival Maulidur Rasul 1447H Masjid As-Solihin Padang Luas, Republic of Besut. Ya, kita hanya mampu merancang. Banyak yang dipelajari daripada pengalaman ini, namun sekali fikir macam ini first and last. Banyak yang tidak memenuhi expectation, over-expectation and beyond expectation. Lain macam citarasa orang sini. Apapun semoga ramai yang mendapat manfaat daripada program2 berkenaan. Untuk program2 lain selepas, nak kena semak semula dulu.
Teringat jika Al-Ustaz Datuk Basit Abdul Rahman memberikan kuliah atau ceramah di Putrajaya dulu, ramai yang akan hadir mengikutinya. Itu yang jangkaan awal yang akan hadir di Karnval mengikuti tausiyah dari Datuk Abdul Basit adalah sekitar 100-200 orang.
Namun jauh meleset sedangkan pengisian beliau berdasarkan Buku "Sehari Dalam Kehidupan Rasulullah' amat baik dan menarik sekali. Mungkin tidak kena masa dan tarih sedangkan tarikh ini merupakan tarikh tambahan yang tetiba PMX berikan sempena cuti Hari Malaysia.
Sedangkan sesi bersama Datuk Abd Basit boleh dianggap key program dalam menarik hadirin, selain program pertandingan mewarna kanak-kanak.
Yang agak mendebarkan ialah Kempene Derma Darah bersama Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Jauh mereka datang dengan KPI sebanyak 30-50 bag. Ada orang ke yang akan datang menderma ?
Namun Alhamdulillah, 30 bag darah berjaya diperolehi manakala kira-kira 7 orang tidak melepasi tapisan kesihatan untuk menderma. Pihak mereka punkata seronok beekrja hari tersebut, mungkin kerana mendapat 30 bag.
Pro mereka sebelum ini ada bagi tahun, Besut terkenal dengan payahnya orang nak derma darah. Tak tahulah kenapa. Susah nak dapat 30 bag, tapi hari ini hampir2 pecah rekod.
Share:

Mencerap Gerhana Bulan Penuh

Hadir ke Balai Cerap Universiti Sultan Zainal Abidin, Merang Terengganu untuk menyaksikan sendiri fenomena gerhana bulan penoh menerusi peralatan teleskop yang canggih2, berbanding melihat secara direct dengan mata kasar. Langit yang cerah pada awalnya dengan bulan yang jelas kelihatan, tetiba awan tebal melindungi bulan sejak mula bayangan bumi kelihatan di atas bulan.
Takde rezeki nampaknya nak lihat betul2 gerhana-penuh masa ‘peak-time’. Namun penantian agak berbaloi apabila awan mula beralih setelah berlaku gerhana-penuh dan dapatlah lihat dengan jelas buat seketika bulan yang masih merah itu. Alhamdulillah.
Bila lagi next gerhana bulan penoh ? Dengan perkiraan yang betul, jangkaan sebenarnya dapat dibuat kerana perjalanan segala yang dilangit telah ditakdirkan oleh Allah ada kadar, orbit atau menurut fitrah tertentu yang telah manusia dapat membuat perkiraan berdasarkan ilmu astronomi.
Gerhana bukan sebab ada bala atau malapetaka yang bakal berlaku, namun ianya peringatan daripada Allah yang Maha Berkuasa supaya manusia akur dengan fitrah, hukum dan ketentuan Allah. Sekiranya ada penyimpangan, kebinasaan akan mendatang.
Share:

Pesta Buku @ KTCC Mall Kuala Terengganu

Berkesempatan hadir pada hari terakhir Pesta Buku SMO @ Kompleks Membeli Belah KTCC Kuala Terengganu. As usual, target hanya cari buku2 lelong murah-murah. Buku baharu tu kalau setakat 10-15%, beli online pun boleh dapat lagi murah !! Alhamdulillah dapat juga beberapa buku yang daripada segi tajuk macam menarik dan tak pernah dengar walaupun diterbitkan oleh penerbit yang terkenal.
Ternanti2 juga Pesta Buku yang ‘bebas’, tidak dianjurkan oleh penerbit tertentu sahaja.
Kalau Pesta Buku SMO, makanya tiadalah penerbit, penjual atau pengedar lain akan join. So terhad jualan dan buku2nya …tetapi tadi hanya belanja RM156 untuk 18 judul buku !!!
Share:

Kem Bestari Solat 2025

23 Ogos 2025 : Alhamdulillah. Ini cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang. Semoga objektif program, Kem Bestari Solat 2025 yang berlangsung pada 30 dan 31hb Ogos ini tercapai dan peserta mendapat manfaat darinya, insyaallah. Kira2 95 pesera telah mengkuti program selama dua hari ini. Sekitar 65% adalah dari kalangan anak-anak kariah setempat, selainnya daripada luar kariah. Malah ada yang sampai ke Bandar Permaisuri, Setiu lagi.

Oleh kerana ianya pertama kalinya di adakan, memang banyak kelemahan sepanjang pengendalian kurus, sama ada di peringkat pihak Masjid As-Solihin sendiri atau konsultant. Yang paling ketara tiadanya penyelerasan yang baik antara kedua pihak. Sepatutnya malam sebelum pelaksanaan atau sehari sebelum, diadakan mesyuarat penyelarasan. Akibatnya banyak perkara yang tidak selari dan tidak lancar.

Pihak konsultant pulak tidak memanfaatkan sepenuhnya fasliti multimdia dalam menyampaikan kandungan kursus. Ceramah dan buat demo di hadapan, yang belakang tu entah nampak entah tidak. Akibatny hilanga tumpuan dan mesej tidak sampai kepada peserta. Yang dipaparkan sehelai slide dari mula ceramah sampai habis sesi.
Kalau bergambar memang macam nampak canggih, konon guna slide presentation, namun hampa !! Beberapa hari sebelum memang minta projekor, tetapi penggunaanaya memang tidak memuaskan.
Share:

Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

23 Ogos 2025 : Dijemput menghadiri perbincangan Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh Besut Terengganu. Mungkin sebagai alumni Kelas Bahasa Arab Al-Quran di sini.
Alhamdulillah banyak pelan tindakan dan xtvt yang dibincangkan dan semoga dapat dijalankan dan dimanfaatkan oleh ahli kariah setempat khususnya dan seluruh umat Islam seluruhnya, selaras dengan misi dan visi masjid. Bagus kalau semua masjid surau buta camgini dan pihak Pejabat Agama Daerah patutnya boleh memainkan peranan.
Turut terlibat agensi dari sektor pendidikan dan keselamatan. Tahniah kepada pihak masjid atas penganjuran sesi yang jarang2 dilakukan oleh institusi masjid surau ini, semoga menjadi contoh kepada yang lain khususnya di Negeri Terengganu Darul Iman.
Share:

Ke Pameran Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kelantan 2025

Datang mencari idea untuk hobi kebun tepi rumah, kaedah serta jenis tanaman yang sesuai seperti terung, bendi, cili dan anggur kot ada.
Ini adalah pameran sempena Hri Peladang Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2025, tetapi takdela banyak sangat gerai pameran.
Cuma nampak lembu sado yang jadi tarikan. Bnyk dan besar-besar sehingga berat pun sehingga lebih 1,000kg. Kalau 1 Kg =RM25, makanya RM25,000 la seekor. Banyak reruai pameran yang menarik dan sangat informatif.
Share:

Majlis Makan Amal SK Pt Kadir 2025

Menghadiri Majlis Makan Amal Alumni SK Pt Kadir bagi kerja2 menaik taraf surau sekolah. Mode dah meriah macam hari raya !!
Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.
Alhamdulillah, dapat jumpa lawan2 lama masa sekolah rendah dahulu, mengembalikan nostalgia kepada sekolah yang mengajar dan mengenali ABC, 123 dan ا ب ت . Kini masa untuk membalas jasa kepadanya.
Dianggarkan sebanyak 40 meja berjaya 'dijual' pada hari tersebut, walaupun sasaran asal adalah 80 meja.
Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.